Tuesday, March 12, 2019

Lelaki Ditahan Hina Agama Hindu.




POLIS menahan pengguna Facebook kerana memuat naik komen jelik terhadap agama Hindu, semalam.
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, lelaki yang berusia 52 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan (Atas alasan agama, menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci-membenci atau niat jahat atau memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan.

“Suspek juga disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dan lain-lain),” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, permohonan reman ke atas suspek akan dibuat hari ini.

“Orang ramai diingatkan untuk tidak menyalahgunakan media sosial atau sebarang rangkaian komunikasi dengan memuat naik atau berkongsi kenyataan berbentuk provokasi yang menyentuh mana-mana agama di negara ini,” katanya. (HMetro)

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Mac 2019 @ 9:30 AM

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails