Thursday, March 14, 2019

Pencemaran: K'jaan Negeri Tidak Agresif.


SUASANA cemas dengan sebahagian pelajar mengalami sesak nafas dan muntah-muntah di Sekolah Menengah
SUASANA cemas dengan sebahagian pelajar mengalami sesak nafas dan muntah-muntah di Sekolah Menengah Kebangsaan Nusa Damai, Pasir Gudang, Joho, semalam. – UTUSAN/NUR AISYAH MAZALAN

KL: Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor, Juwahir Amin berkata, pengurusan penguatkuasa di bawah pemerintahan Pakatan Harapan dilihat lemah sehingga ada pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan melepaskan sisa kimia secara terbuka.

Hal ini, ekoran pembuangan sisa kimia oleh tangan tidak bertanggungjawab sehingga menjejaskan kesihatan ramai murid, guru, kakitangan sekolah dan orang awam di kawasan sekitar Sungai Kim Kim, Pasir Gudang.

Tambah beliau, tindakan daripada pihak kerajaan negeri dilihat tidak begitu agresif dalam menyelesaikan isu berkenaan.

“Susasana kegagalan PH untuk menguruskan isu ini secara serius sama ada di peringkat menyelamat dan membuat tangkapan kepada pihak yang bertanggungjawab.

“Sebab sehingga kini masih belum mendapat laporan bahawa pihak yang bertanggungjawab ditanggap malah, pencemaran itu masih tidak dapat dihalang sehingga kini,” katanya.

Hal ini, jelas menunjukkan kelemahan pengurusan pimpinan Pakatan Harapan.

Sementara itu, beliau turut menegaskan agar pihak berkuasa menjalankan siasatan secara menyeluruh sekali gus mengambil tindakan terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab.

Menurut beliau, sekiranya tiada apa-apa tindakan terhadap pihak yang melakukan kesalahan, pihaknya akan membuat satu tindakan agar pihak berkuasa menyiasat serta pesalah harus bertanggungjawab ke atas perkara yang dilakukannya. – HARAKAHDAILY 13/3/2019

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails