LELAKI dan dua remaja perempuan ditahan disyaki menjadi operator pusat panggilan kegiatan judi dalam talian dalam Op Dadu Khas di sebuah rumah di Bandar Bukit Tinggi, Klang, awal pagi tadi.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap D7 Bukit Aman Datuk Rohaimi Md Isa berkata, remaja tempatan berumur 17 dan 19 tahun serta lelaki warga Indonesia berumur 24 tahun itu ditahan jam 3 pagi.
“Mereka (operator) ini dikesan mempromosi laman web judi secara online (dalam talian) dengan ‘user ID’ akan diberikan kepada pelanggan untuk bermain judi.
“Sindiket judi juga kini dikesan menggunakan gadis belasan tahun terutama warga tempatan dan Indonesia sebagai operator pusat panggilan judi,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.
Rohaimi berkata, sindiket ini mengendalikan laman web bercirikan judi seperti loteri dengan sasaran mereka adalah pelanggan warga tempatan dan Indonesia.
Rohaimi berkata, sindiket ini mengendalikan laman web bercirikan judi seperti loteri dengan sasaran mereka adalah pelanggan warga tempatan dan Indonesia.
Katanya, berdasarkan hasil semakan dan analisis terhadap akaun laman web yang digunakan, jumlah wang pertaruhan yang dimasukkan mampu mencecah RM300,000 sehari.
“Sindiket ini dipercayai beroperasi sejak tujuh bulan yang lalu dengan semua transaksi pembayaran dan kemenangan akan dibuat secara dalam talian,” katanya.
Polis turut merampas beberapa peralatan komputer serta 10 telefon bimbit dalam operasi itu.
Beliau berkata, kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan untuk siasatan lanjut. (HMetro)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Orang ramai, jom sama-sama awasi, sila bantu dan buat laporan polis!
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Orang ramai, jom sama-sama awasi, sila bantu dan buat laporan polis!
No comments:
Post a Comment