Hakim Datuk Azmi Ariffin memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan pihak pendakwaan.
"Dalam kes ini, pihak pendakwaan berhasrat untuk menarik balik pertuduhan terhadap Siti Aisyah.  Dengan ini, Siti Aisyah dilepaskan tetapi tidak terjumlah kepada pembebasan," katanya dalam penghakiman di sini hari ini.
Terdahulu, Azmi membuat keputusan itu setelah pihak pendakwaan yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Iskandar Ahmad memohon menarik balik pertuduhan terhadap Siti Aisyah mengikut Seksyen 254 (1) Kanun Tatacara Jenayah.
SITI AISYAH selepas dilepas tanpa dibebaskan daripada pertuduhan membunuh lelaki Korea Utara, Kim Jo SITI AISYAH selepas dilepas tanpa dibebaskan daripada pertuduhan membunuh lelaki Korea Utara, Kim Jong-nam di Mahkamah Tinggi Shah Alam di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
Kedua-dua wanita itu didakwa atas tuduhan membunuh Jong-nam,45, bersama-sama empat lagi individu yang masih bebas di Balai Berlepas, KLIA2, Sepang kira-kira pukul 9 pagi, 13 Februari 2017.
Pertuduhan terhadap kedua-dua wanita itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. - UTUSAN ONLINE