Sunday, March 10, 2019

K'jaan Penyatuan Ummah: Pas terbuka...- Abdul Hadi

Kerajaan Penyatuan Ummah: Pas terbuka, kami banyak pengalaman - Abdul Hadi Abdul Hadi ketika ditemui selepas merasmikan program Pidato Perdana Islam dan Kerohanian di Telipok, Tuaran, malam tadi. - Astro AWANI
Keraaan Penyatuan Ummah: Pas terbuka, kami banyak pengalaman - Abdul Hadi

TUARAN: Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan cadangan kerajaan campuran di antara parti itu dan UMNO untuk mentadbir beberapa negeri masih terlalu awal dan tidak lengkap.

Beliau berkata, usaha mewujudkan kerajaan campuran itu dilihat masih belum mencukupi memandangkan ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan, termasuklah mengambil kira semua parti-parti Melayu Islam.

Jelasnya, ini termasuk dengan mengambil kira kepentingan kepimpinan Melayu Islam Bumiputera yang merupakan dominasi dalam demografi penduduk di kawasan terlibat itu nanti.

"Itu yang diperjuangkan oleh Pas, iaitu Islam, Bumiputera dan Melayu. Tidak terikat dengan UMNO sahaja. Termasuklah parti Bersatu yang masih dalam kerajaan, termasuklah Gagasan Sejahtera yang sudah bergabung dengan kita dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam.


"Yang penting, kita mengelak daripada perkauman. Kita perlu melibatkan masyarakat majmuk di negara ini, yang tidak ekstrim, yang boleh menerima kepimpinan Islam, dan tolak (pihak) yang ekstrim yang saya tak perlu sebut nama," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Astro AWANI selepas merasmikan program Pidato Perdana Islam dan Kerohanian di Telipok, di sini, malam tadi.

Abdul Hadi merasmikan program Pidato Perdana Islam dan Kerohanian di Telipok, Tuaran, malam tadi. - Astro AWANI Abdul Hadi merasmikan program Pidato Perdana Islam dan Kerohanian di Telipok, Tuaran, malam tadi. - Astro AWANI
Terdahulu pada Sabtu, UMNO menerusi Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam satu majlis di Jasin, Melaka, mencadangkan untuk mewujudkan kerajaan campuran di empat negeri yang ditadbir Barisan Nasional (BN) dan Pas.

Negeri yang dimaksudkan dalam kerjasama kerajaan campuran yang digelar sebagai Kerajaan Penyatuan Ummah itu adalah Terengganu, Pahang, Kelantan dan Perlis.

Di samping itu juga, Mohamad menjelaskan negeri seperti Kedah dan Perak juga sedang 'diintai' memandangkan jumlah perbezaan yang kecil di antara BN, Pas dan Pakatan Harapan (PH).

Bagaimanapun ketika ditanya mengenai kesediaan Pas untuk bekerjasama dalam kerajaan campuran tersebut, Abdul Hadi berkata, pihaknya terbuka selepas melihat kepada pengalaman parti itu menyertai kerajaan campuran dengan parti lain sebelum ini.

Menurut beliau lagi, perkara tersebut haruslah dilihat secara menyeluruh daripada pelbagai sudut dan penjuru.

"Pas mempunyai pengalaman yang banyak, kita pernah menyertai kerajaan campuran pada 1973, menubuhkan BN 1974, dibubarkan Perikatan, pernah dengan Semangat 46 dan dengan DAP pun pernah.

"Itu menunjukkan pengalaman bagi pihak kita. Dengan sebab itu, kita perlu lihat dengan lebih luas. UMNO sahaja, pandangan kita terima, tetapi mesti perlu dilihat oleh pihak parti-parti lain," tambahnya. (AA)

2 comments:

Anonymous said...

Jom join Penyatuan Ummah

Anonymous said...

Suatu idea yang sangat baik dari tghh. Tapi idea ini pasti tidak disenangi oldh PH dan sudah tentu tidak di war2 kan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails