Tuesday, March 12, 2019

'Kahwinlah' Kata Tun M. 'dengan lelaki tak boleh lagi'..



KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad tidak kisah dengan ‘perkahwinan’ antara UMNO dan PAS kerana Malaysia sebuah negara demokrasi.
Perdana Menteri berkata, parti pembangkang bebas bersatu dengan mana-mana parti sekali pun.
“Kalau dia nak bersatu, dia bersatulah, dia nak kahwin, dia kahwinlah.
“Negara kita bebas, cuma dia nak kahwin dengan lelaki tak boleh lagi tapi dia nak kahwin dengan yang lain boleh,” katanya selepas Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Kedua Parlimen ke-14 di sini, semalam.

Majlis itu disempurnakan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.


AL-SULTAN Abdullah berkenan menerima buku titah Diraja yang disampaikan Dr Mahathir.
Perdana Menteri berkata demikian ketika mengulas mengenai gelombang sokongan kaum Melayu kepada UMNO dan PAS selepas kedua-dua parti itu mengisytiharkan kerjasama berdepan Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya kecil yang diadakan selepas ini.
Sementara itu, Dr Mahathir menegaskan kerajaan juga menjaga kepentingan kaum Melayu tanpa membuat kecoh mengenainya.
Perdana Menteri berkata, berbanding parti pembangkang, kerajaan tidak pernah mengabaikan kaum Melayu, apatah lagi memisahkannya dengan kaum lain.
“Mereka (pembangkang) cuba memisahkan (kaum) Melayu dengan kaum lain sedangkan itu sangat buruk untuk sebuah negara berbilang kaum.
“Pakatan Harapan tidak pernah mengabaikan kepentingan kaum Melayu dan kita bukan sekadar sama rata tetap juga adil kerana hubungan kita ialah berkongsi sama,” katanya.


TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (kanan) dan Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin (tengah) berbual bersama Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
Mengenai titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, Dr Mahathir berkata, baginda menyentuh semua sudut penting pentadbiran kerajaan dan rakyat di negara ini.
“Pastinya baginda bercakap soal perpaduan, agama, jangan menyalahgunakan agama selain isu ekonomi.
“Ia titah yang sangat komprehensif,” katanya.
Ditanya mengenai ciapan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mempersoalkan kewajaran penyertaan Malaysia dalam Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), Perdana Menteri berkata, “Dia bukan wakil rakyat, dia cakap untuk diri dia.”(hmetro)

5 comments:

Anonymous said...

Hihihi. Cemburu ker?
Kahwin dengan parti kafir tentu ker selamat dunia akhirat?
Islam liberal amat kecewa bila pas bekerjasama dengan umno, dan rakyat sangat marah bila org islam bekerjasama dengan parti kafir yg menentang islam.
Mahadey diusia tua masih tiada tanda taubat melainkan lebih keras liberalnya.

Anonymous said...

Mahathir !!!jaga parti PH kau..jangan komen apa parti lain buat. Tunaikan manifesto yang kau gula-gulakan tu!!!!!!

Anonymous said...

kawin paksa. pas pas nk romen2 je. umno nk UG. pas tk rela nyaah. mana blh pas bg exco klntan nganu kt umno. nmpknya cita UG makin hampir jd... bkn fitnah

Anonymous said...

We all cemburu? kah kah jkah, tak pasal membazir air mani jer nak cemburu!

Woi cek non 12:11PM, YDP AGONG tu ketua aku, rakyat Melayu, rakyat Malaysia, Islam tulen lagi bukan liberal. Baginda tak marah pon kita orang kerjasama dalam Kerajaan Pakatan Harapan yang ada parti DAP tu!

Baru semalam Baginda ucap Tahniah kat kita orang di Parlimen dengan menyokong padu Kerajaan PAKATAN HARAPAN mengamalkan konsep Kerajaan Rahmatan lil `Aalamin kami tu!

Lu apa cerrrr? Kodok hijau pekak tuli buta , dok la dlm gua belumut ijau ko tu sampai mampos!

Anonymous said...

Kodok o kodok, kenapa engkau kau kodok

Macam mana dia tak kodok, meeemang dia kodok, meeemang nak kena sodok, meeeemang nak kena rorrrooodddddooooookkkkkkkkkkkkk!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails