Sunday, March 10, 2019

‘Hentikan Kahwin Kanak2, Jangan Kacau LGBT’. Lawan Himpunan Hina Nabi? -WAO &SIS

Polis terima aduan, sedang siasat perarakan LGBT di ibu negara
Polis terima aduan, sedang siasat perarakan LGBT di ibu negara

KUALA LUMPUR: Polis Kuala Lumpur mengesahkan menerima laporan polis berhubung perarakan sempena Hari Wanita Antarabangsa yang disertai sekumpulan komuniti penyokong lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di ibu negara pada Sabtu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, pihaknya akan menyiasat laporan itu di bawah Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman.

“Kami ada terima laporan mengenai perarakan wanita di hadapan pusat beli-belah Sogo. Ada kumpulan komuniti LGBT yang turut serta.

“Kita ambil maklum mengenai laporan ini dan sedang menjalankan siasatan,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Warga kota terkejut dengan kehadiran peserta yang ramai dalam perhimpunan tersebut yang memulakan perararakn dari pusat beli belah Sogo hingga ke Masjid Jamek.

Memetik laporan Sinar Harian, jumlah peserta perarakan itu adalah kira-kira 1,000 orang.

Mereka yang dilengkapi sepanduk dan bendera pelangi turut melaungkan slogan ‘hentikan perkahwinan kanak-kanak’, ‘hidup wanita’ dan ‘jangan kacau LGBT’.

Para peserta himpunan itu terdiri daripada Women Aid Organisation (WAO), Sisters in Islam (SIS), aktivis dan pelajar. (AA)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Adakah himpunan ini juga sebagai protes kepada himpunan anti Nabi atau anti Islam?

5 comments:

Anonymous said...

Umno ajak Pas tubuh kerajaan perpaduan ummah...pas tak berape setuju plak...

Penyatuan ummah pas dan umno hanyelah angan2 yg di gembar gemburkan samalah hukum hudud dan Ruu 355 yg akhirnye di ghaibkan oleh pas dan umno...

Anonymous said...

Yang nyata, pan sudah dikhadamkan oleh dap. Menteri2 pan terjelir lidah bila ketuanya dap berpidato. Perkahwinan pan dan dap umpama wanita islam yg berkahwin dengan lelaki kafir. Sifat wanita ialah taat pada suami. Begitulah pan yg mempunyai ciri wanita dan taat pada dap. Semoga perkahwinan mereka kekal abadi hingga ke alam akhirat bersama suami yg kufur dengan Allah.

Anonymous said...

Kerajaan perpaduan pas dan umno bakal dibentuk di empat negeri, Kelantan, Trengganu, perlis dan Pahang. Cuma perlu kepada perbincangan lebih tersusun. Sabar ja . Kepada cina kapir dap, baruah2 mereka,, jgn buat fitnah dan berusaha memisahkan umno dan pas,,tak berjaya dah fitnah korang tu.

Anonymous said...

Lgbt kalau tak nak di kacau, pegi duk negara kafir yg iktiraf lgbt. Jangan nak jadi virus kat negara Islam

Anonymous said...

Sepatutnya mereka sentuh persoalan berkaitan lesbian dan gay yang menyalahi sifat semulajadi kejadian manusia, bukan menyentuh persoalan yang dihalalkan untuk dipertimbangkan. Mereka ini rosak akhlaq dan mahu ada orang lain yang sama rosak dengan mereka.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails