Wednesday, March 13, 2019

Demam K-Pop Landa M'sia &K'jaan PH. Ada Pula 'Halal Show'..

Demam K-Pop! NCT Dream sambut kedatangan Presiden Korea Selatan di One-Utama
Kumpulan NCT Dream kini berada di Malaysia. - Gambar Isabelle Leong/ Astro AWANI 

HALAMAN HIBURAN

DEMAM K-Pop hari ini melanda Malaysia! Bagi peminat muzik ini, kedatangan kumpulan NCT Dream memberikan keterujaan kepada mereka.

Selain kumpulan NCT Dream, satu lagi yang perlu diberi tumpuan ialah ketibaan Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in yang tiba hari ini untuk lawatan negara di Malaysia sehingga Khamis.

Media tempatan melaporkan, pesawat khas yang membawa Jae-in serta pasangannya Kim Jung-sook mendarat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 12.40 tengah hari.

Lebih mengujakan adalah apabila NCT Dream juga berkesempatan bertemu pemimpin mereka di puat eli belah One-Utama, pada Selasa.

NCT Dream ialah sub-unit bagi kumpulan NCT yang berada di bawah naungan agensi SM Entertainment.

Daripada belasan anak muda yang mengganggotai kumpulan ini, hanya tujuh orang daripada berada di Malaysia. 

Kumpulan ini masyhur dengan lagu-lagu seperti ‘Chewing Gum’, ‘My First and Last’ dan ‘We Go Up’.


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Inilah wajah kerajaan Malaysia di bawah PH. Dan menarik lagi, ada pula 'Halal Show'. Adakah bahagian agama JPM sudah luluskan?!

1 comment:

Anonymous said...

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengikuti langkah-langkah setan. Barang siapa yang mengikuti langkah-langkah setan, maka sesungguhnya setan itu menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan yang mungkar.

hiburan untuk melalaikan umat
jangan tertipu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails