Sunday, March 10, 2019

9 Suspek Terlibat Pengganas Ditangkap - KPN

Sembilan suspek terlibat kumpulan pengganas ditangkap - KPN

KUALA LUMPUR: Seramai sembilan suspek terbabit dalam kumpulan pengganas ditahan antara 2 hingga 9 Februari lalu.

Penahanan dibuat Bahagian Counter Terrorism cawangan khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam operasi di sekitar Lembah Klang dan Sarawak.

Menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, tangkapan membabitkan dua warganegara Malaysia, enam warganegara Mesir dan seorang warganegara Tunisia yang disifatkan sebagai 'pejuang keganasan warga asing'.

"Penyusupan masuk 'foreign terrorist fighters' ke negara ini harus dipandang serius terutamanya setelah kekalahan kumpulan Islamic State di Syria dan Iraq.

"Kehadiran 'foreign terrorist fighters' di Malaysia juga boleh menjadikan negara ini sebagai pangkalan untuk menyerang negara-negara ketiga atau melancarkan serangan di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Operasi tersebut dilancarkan selepas Bahagian Counter Terrorism terima maklumat risikan daripada agensi perisikan asing. Foto ihsan PDRM
Warga asing yang terlibat telah diusir ke negara asal dan disenarai hitamkan daripada memasuki Malaysia. Foto ihsan PDRM
Polis mengesyaki anggota kumpulan pengganas ini terlibat dalam rancangan untuk melancarkan serangan berskala besar di beberapa buah negara. Foto ihsan PDRM
Mohamad Fuzi berkata, operasi tersebut dilancarkan selepas Bahagian Counter Terrorism menerima maklumat risikan daripada agensi perisikan asing.

“Anggota kumpulan pengganas ini disyaki terlibat dalam rancangan untuk melancarkan serangan berskala besar di beberapa buah negara.


“Lima suspek warganegara Mesir mengaku sebagai ahli Ikhwanul Muslimin yang bertindak sebagai fasilitator dalam menyediakan kemudahan penginapan dan pengangkutan kepada anggota Ansar Al-Shariah Al-Tunisia.

“Hasil siasatan mendapati kumpulan ini  cuba menjadikan Malaysia sebagai destinasi transit dan pangkalan logistik,” katanya.

Jelas Mohamad Fuzi, kesemua yang ditangkap disyaki melakukan kesalahan di bawah Bab VIA – kesalahan berkaitan dengan keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747).

Manakala warga asing telah diusir ke negara asal dan disenarai hitamkan daripada memasuki Malaysia di bawah Seksyen 9(1) Akta Imigresen 1959/63.(AA)

5 comments:

Anonymous said...

Cer tenguk yang dua tu, entah entah ahli pas tak?

Anonymous said...

pengganas tak kira sapa pung

pengganas rumahtangga pun belambak
pinjinyah ynga ada kat tm ni dikira pengganas jugak
pembunuh perompak punyamun peragut perogol samseng dll ada unsur ganas

amno bersatu pkr otak amano jugakkk

Anonymous said...

LGBT pun pengganas jugak. Pelancong dari cina yg tak balik pun pengganas jugak. Guang eng pun pengganas jugak sebab tak suka tengok orang melayu bersatu.

Anonymous said...

Mat sabu pun pengganas jugak, sebab tak terpilih dlm pas terus jadi kadam dap. Siap kutuk ustaz dlm pas sebab tak sealiran dengan mazhab syiah. Lepas tu siap defend pandangan guang eng yg kononnya ingin menyerang non muslim.

Anonymous said...

najip pun pengganas bersama jholow. ganas menyapu harta karun. hadi pun ganas numpang dedak

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails