Tiga wanita berkenaan masing-masing berusia 22, 23 dan 25 tahun dicekup ketika berdua-duaan dengan pasangan masing-masing di tiga bilik berasingan dekat sebuah hotel bajet di Batu Berendam di sini.
Ketua Penguat Kuasa JAIM, Datuk Rahimin Bani berkata, pihaknya terpaksa mengetuk setiap pintu bilik hotel berkenaan kira-kira 30 minit sebelum dibuka oleh tiga pasangan tersebut.
“Hasil soal siasat terhadap salah satu pasangan itu mengaku mereka mengambil kesempatan sempena cuti umum tahun baharu untuk berjumpa dan melepaskan rindu kerana tinggal di negeri berasingan,” katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.
Serbuan selama dua jam itu berakhir pukul 4 pagi melibatkan kira-kira 10 pegawai penguat kuasa JAIM dan dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Jelas Rahimin, kesemua yang ditahan kemudian dibawa ke pejabat JAIM untuk siasatan mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991. - UTUSAN ONLINE

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tangkap, jangan tak tangkap. Kerana semua agama ada peraturan, termasuk negara yang dikatakan 'tiada beragama'. Kecuali budaya yang tidak bertamadun 'law of the jungle' amalan puak-puak pelampau, disebut juga 'pluralisme' kalau di Malaysia.
Hasil carian imej untuk Khalwat malam tahun baharu: Khalwat Tahun Baru.
Hasil carian imej untuk Khalwat malam tahun baharu:
Alkisahnya sorang makcik ni 55 tahun ni dah bercerai dengan ex asben dia bulan Januari lepas & telah pun bernikah dengan suami baru sehari sebelum dia di ...