Saturday, January 05, 2019

Ini, 6 Gadis Muslim, Jadi Pengapit Kahwin Di Gereja, Perkahwinan 'M'sia Sebenar'?


Sumber gambar: Facebook Ariffinhusaini 

Sekali pandang, ia cuma majlis perkahwinan biasa. Pengantinnya beragama Kristian, majlisnya diadakan di dalam gereja, tetapi, apa yang luarbiasa menarik adalah ‘bridesmaids’ atau pengapitnya. 

Pengantin ini diiringi 6 gadis muslim lengkap bertudung! Konsep perpaduan dalam majlis perkahwinan yang diadakan di St. Joseph Cathedral, Kuching mendapat ‘restu’ warga net dengan nama jolokan ‘Malaysia sebenar’.

Sebenarnya, pasangan Esther Joseph Kim dan Sylvester Voon berterima kasih kepada rakan-rakan sekuliah yang sanggup ‘terbang’ ke Kuching bagi menjadi pengapit dalam majlis meraikan hari bahagianya.

“Memang dari awal mereka tahu majlis tersebut akan diadakan di gereja dan menyatakan kesudian untuk meraikan hari bahagia bersama. Kami juga bertanya kepada ustaz jika kehadiran mereka ke gereja sempena perkahwinan dibenarkan, dan kami diberitahu tiada masalah,” ujarnya kepada FMT Ohsem. 

“Saya juga terkejut dengan perancangan dan rasa bertuah memiliki rakan-rakan yang baik seperti mereka,” katanya yang hanya menampung perbelanjaan bilik hotel. 

Majlis tersebut diadakan pada 29 Disember. Pelajar semester ke-7 Ijazah Pengurusan Sistem Maklumat itu berkata, penglibatan rakan Islamnya menunjukkan mereka menghormati adat dan agama seseorang meraikan hari bahagia. 

Esther juga akui pernah beberapa kali mengunjungi masjid bagi menghadiri majlis akad nikah rakannya atas sebab yang sama, menghormati dan tanda menghargai jemputan. 

Jelas wanita berketurunan Bidayuh, keluarganya juga teruja apabila diberitahu rakan Islamnya akan menjadi pengapit.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Soalnya, mengapa disebut " 'mendapat ‘restu’ warga net dengan nama jolokan ‘Malaysia sebenar’ "? Apakah perkahwinan-perkahwinan yang lain sebelum ini bukan Malaysia sebenar? 

Apakah ada yang tersirat hendak disampaikan di sini? Tokoh-tokoh agama negara sila beri pandangan..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails