Tuesday, January 01, 2019

Pertandingan Bowling Muslimat Ke Arah Tegaknya Negara Diredai Allah.



SUKAN

AMPANG: Ameerah Kawasan Ampang telah menganjurkan pertandingan bowling yang dilangsungkan di Ampang Superbowl, di sini petang semalam.
Program dengan kerjasama Lajnah Kebajikan Muslimat PAS Ampang itu bertujuan mengerat ukhuwah antara anggotanya selain meraikan para penggerak Muslimat kawasan ini.
Selain menjadi medan aktiviti menyihatkan badan, para peserta juga mengikuti sesi pengisian rohani menerusi tazkirah khas disampaikan penceramah jemputan, Da'i Adibah.
Pertandingan yang berlangsung penuh semangat kesukanan itu telah disempurnakan perasmian penutupnya oleh Pengarah Pilihan Raya Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Noraini Hussin.
Beliau menyeru agar semangat seumpama terus dibawa dalam melaksanakan gerak kerja di medan dakwah dan siasah hingga tertegaknya negara yang diredai Allah S.W.T.
Hadir sama pada program penuh ceria dan muhibbah itu yang turut diserikan dengan sesi bergambar dan penyampaian hadiah adalah Ketua Muslimat PAS Ampang, Ustazah Rosnah Hassan. -HARAKAHDAILY 30/12/2018

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails