Beliau yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) turut menegaskan, sesuatu janji itu perlu dipegang dan ditepati.
“Itu pendapat mereka tapi kena pegang kepada janji,” katanya ketika ditemui pemberita pada Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu Kali Kedua di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.
Dr. Mahathir mengulas usul perwakilan Kelantan dalam sesi penggulungan secara tertutup pada perhimpunan parti itu hari ini yang mencadangkan agar beliau memegang jawatan Perdana Menteri sehingga PRU-15.
Menurut Perdana Menteri, beliau mengakui tidak tahu sejauh mana ahli parti bersetuju dengan usul tersebut.
“Mana saya tahu (bersetuju atau tidak), tetapi ramai yang berdiri,” katanya.
Dalam ucapan penggulu­ngannya, Dr. Mahathir berkata beliau perlu berpegang kepada janji untuk menjadi Perdana Menteri sementara di sebalik desakan agar beliau terus memegang jawatan itu sehingga pilihan raya umum.
“Satu ketika dahulu kita adalah pembangkang, kita menu­buhkan sebuah parti dan kita harap parti itu akan dapat sokongan orang Melayu.Tetapi kalau kita dapat sokongan orang Melayu sahaja tanpa parti lain, saya tak yakin kita boleh dapat kemenangan.
“Kita telah berunding dengan rakan-rakan kita dan satu daripada syarat yang dikenakan ialah Perdana Menteri dan bekas musuh ketat mereka ini jadi Perdana Menteri buat sementara sahaja.
“Untuk ini kita perlu korban, saya perlu korban dan terima syarat itu kerana yang utama bukan jadi Perdana Menteri tetapi menjatuhkan Najib (Datuk Seri Najib Razak),” katanya.
Ditanya mengenai perkara ini di sidang akhbar selepas itu, Dr. Mahathir berkata, ada orang berpandangan tempoh dua tahun yang disebut itu terlalu pendek untuk mentadbir negara.
Perdana Menteri berkata, perkara itu tidak dibincangkan dengan Anwar bila mereka ber­temu pada jamuan malam. Beliau tidak menyatakan bila berlangsungnya jamuan de­ngan Anwar, yang beliau sifatkan sebagai bakal Perdana Menteri itu.
“Saya kira beliau rasa selesa bila beliau akan menggantikan saya mungkin dalam dua tahun, saya tak pasti, saya tidak akan menjadi perdana menteri sehingga pilihan raya akan datang,” kata Dr Mahathir.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sila lihat sejarah rekod lama dan baru janji-janji Tun M, adakah Tun M seorang penunai tepat janji-janjinya? Terakhir, sila lihat janji manifesto PH?, tol, kroni dan lain-lain?


Lihat sambungan dalam siri ini..
E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir
E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir