Sunday, December 30, 2018

Penyerang Seksual Terlepas? Jangan Biarkan..

BARU-BARU ini, negara telah dikejutkan dengan satu e-mel yang disebarkan di portal media yang menuduh dua pekerja lelaki melakukan gangguan seksual terhadap teman sekerja wanita mereka di stesen radio BFM.
Sayangnya, pihak mereka ibarat terkunci mulut apabila bertindak senyap bagi jenayah yang telah berlaku di dalam sebuah industri media yang sepatutnya memberi kesedaran mengenai isu tersebut.
Ini berbeza dengan kes gangguan seksual dan penderaan yang dilaporkan dalam kementerian kesihatan dan institusi tahfiz yang telah berjaya mendorong liputan media secara mendalam selama berminggu-minggu.
Hakikat bahawa sesetengah wanita terpaksa menghantar ‘surat layang’ daripada tampil ke hadapan untuk mengemukakan aduan berpunca dari sebab mereka tidak pasti apa yang perlu dilakukan, atau sama ada undang-undang yang sedia ada tampak tidak berkesan.
Kajian terkini oleh Pertubuhan Perikatan Wanita Antarabangsa (WAFIQ), Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA) serta USIM yang diketuai oleh Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar menunjukkan lebih daripada separuh mangsa (57.1%) tidak mengemukakan aduan rasmi, dengan alasan mereka tidak berfikir apa-apa tindakan akan diambil (46.7%), mereka tidak tahu bagaimana membuat aduan (13.3%), mereka takut akan implikasi (13.3%), mereka berasa malu (11.1%) dan minoriti mereka menganggap bahawa tindakan sedemikian tidak penting (4.4%).
Masalah ini menjadi lebih sukar apabila belum ada undang-undang khusus untuk mengawal jenayah gangguan seksual di tempat kerja di Malaysia, jadi mangsa yang terselamat dari gangguan seksual lebih memilih untuk berpeluk tubuh dan mendiamkan diri.
Tetapi hidup tidak selamanya pelangi dan terang mentari buat pesalah gangguan seksual. Percaya atau tidak, mereka boleh didakwa oleh mahkamah di bawah peruntukan undang-undang yang berkaitan.


Memandangkan Akta Gangguan Seksual yang bakal memberi langkah-langkah yang lebih terperinci bagi menghukum pesalah seksual belum diluluskan oleh Parlimen, terdapat peruntukan undang-undang lain di Malaysia yang boleh digunakan sebagai alat untuk membanteras trend tidak sihat ini.

Sungguh menyedihkan apabila kebanyakan kes tidak dilaporkan dan hanya menjadi rahsia peribadi kerana mangsa takut terhadap pelaku yang besar kemungkinan menjawat posisi lebih tinggi atau mereka sendiri tidak sedar bahawa gangguan bersifat peribadi itu adalah satu gangguan secara seksual.
Oleh itu, mari kita mula memahami definisi gangguan seksual mengikut peruntukan undang-undang sedia ada:


Seksyen 2 Akta Kerja 1955 mentakrifkan gangguan seksual sebagai;

“… apa-apa kelakuan yang tidak diingini yang bersifat seksual, sama ada secara lisan, tidak lisan, visual, gestural atau fizikal, diarahkan pada orang yang menyerang atau memalukan atau menjadi ancaman kepada kesejahteraannya, yang timbul daripada dan dalam kursus pekerjaannya; “



Kementerian Sumber Manusia Malaysia dalam Perkara 4 Kanun Amalan Pencegahan Dan Pembasmian Gangguan Seksual Di Tempat Kerja telah menggambarkan gangguan seksual yang sama seperti;

“Mana-mana kelakuan seksual yang tidak diingini yang mempunyai kesan pelecehan verbal, tidak lisan, visual, psikologi atau fizikal:


Kod ini juga menyatakan bahawa gangguan seksual terdiri daripada paksaan seksual yang dibuat oleh orang yang berkuasa untuk memalukan atau menimbulkan ancaman kepada seseorang atau kegusaran seksual di mana seseorang sengaja membuat ruang kerja tidak selesa dan tidak diingini oleh anda.

Walaupun ia tidak mengikat secara sah dari sudut perundangan, dasar ini dapat memberi parameter tertentu kepada pekerja dalam mengenal pasti bentuk gangguan seksual serta membantu mereka untuk membuat aduan dan laporan yang kukuh kepada mahkamah atau polis apabila diperlukan.


Di dalam sebuah kes di peringkat Mahkamah Persekutuan pada 2016 iaitu diantara Mohd Ridzwan bin Abdul Razak v Asmah bt Hj Mohd Nor, seorang pekerja wanita telah memfailkan aduan terhadap Mohd. Ridzwan kepada majikan mereka kerana beliau telah mengeluarkan beberapa kenyataan berunsur seksual.

Satu tindakan untuk tidak memperbaharui kontrak kerja Ridzwan telah diambil oleh pihak majikan selepas menubuhkan jawatankuasa khas bagi mengatasi isu tersebut. Mahkamah Persekutuan kemudian telah menganugerahkan Asmah sejumlah wang bernilai RM100,000 sebagai ganti rugi am.
Kes di atas menjadi bukti bahawa mangsa serangan seksual pada hari ini dibenarkan untuk mengambil tindakan terhadap pengganggu mereka dan menuntut pampasan dari mahkamah Malaysia.


Selain itu, dalam memerangi gangguan seksual di tempat kerja, Kementerian Sumber Manusia (KKM) telah meminda Akta Pekerjaan pada tahun 2012, untuk mewajibkan majikan menyiasat apa-apa aduan gangguan seksual yang dilakukan sama ada oleh pihak- pekerja, pelanggan atau pelanggan majikan.

Bahagian ini terbuka kepada semua orang yang mempunyai kontrak / perkhidmatan dan tidak terhad kepada mereka yang berpendapatan di bawah RM2,000.


Kegagalan majikan bertindak ke atas aduan gangguan seksual akan dianggap sebagai melakukan kesalahan dan boleh didenda sehingga RM10,000, jika didapati bersalah.

Oleh itu, antara tindakan yang boleh diambil oleh majikan anda apabila menyiasat aduan tersebut boleh terdiri daripada memecat pesalah, menggantung pekerjaan pesalah atau mengubah jabatan pesalah ke bahagian lain.
Di samping itu, mangsa boleh memfailkan tuntutan terhadap majikan untuk pemecatan konstruktif dengan melepaskan diri dari pekerjaan atas sebab suasan tempat kerja yang tidak selamat. Seorang mangsa gangguan seksual juga boleh memulakan tuntutan tort erhadap penjenayah di mahkamah sivil untuk serangan seksual atau bateri.
Seksyen 509 Kanun Keseksaan memberi hak mutlak kepada mangsa gangguan seksual untuk membawa tuntutan mereka ke mahkamah.


Satu contoh akta ini beroperasi ialah apabila ia digunakan untuk mendakwa seorang lelaki yang memeras ugut mana-mana wanita dengan mengancam untuk menyebarkan gambar bogelnya di media sosial. Orang tersebut boleh dipenjarakan untuk suatu tempoh kurang lima tahun atau denda atau dengan kedua-duanya sekali jika didapati bersalah.

Oleh itu, setiap wanita, sila laporkan segera kepada pihak polis sekiranya ada di antara anda atau rakan sepasukan anda yang diperlakukan sedemikian di pejabat.
Sebagai kesimpulan, dalam penantian kewujudan undang-undang yang lebih ketat bagi menghapuskan trend gangguan seksual secara total di tempat kerja, ingatlah kedua-dua tindakan ini dalam menuntut keadilan anda.


1. Bawa tuntutan kepada jabatan sumber manusia anda. Majikan anda bertanggungjawab untuk menyiasat kes tersebut. Sekiranya tiada tindakan sewajarnya diambil, dan jika pelaku adalah orang yang berautoriti seperti pemilik syarikat, anda boleh mengemukakan aduan kepada Kementerian Sumber Manusia.

2. Hantar aduan ke pihak polis di mana dokumentasi yang betul akan direkodkan dan anda berhak untuk mendakwa pesalah tersebut di mahkamah.
3. Jika anda takut dan tidak mahu membawa perkara ke pihak perundangan, sila dapatkan bantuan daripada NGO wanita dalam menangani perkara tersebut. Anda tidak bersendirian. WAFIQ misalnya menawarkan bantuan dalam menyalurkan aduan kepada pihak berkuasa yang betul, selain mengatur kaunseling psikologi, jika diperlukan.


Tuntasnya, semua pihak mesti bekerjasama dalam menyebarkan kesedaran tentang gangguan seksual dan kami di WAFIQ memuji Dato Seri Wan Azizah, Menteri di Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat kerana bertindak tegas dalam usaha bagi mewujudkan Akta Gangguan Seksual di peringkat Persekutuan.

Marko Simic Dikabarkan Lakukan Pelecehan,  Persija Jakarta Buka Suara JAKARTA - Manajer Persija Jakarta, Ardhi Tjahjoko, angkat bicara terkait kabar yang menyeret seorang pemainnya, Marko Simic. Gambar hiasan..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails