Sunday, December 30, 2018

'Saya Kristian', Siapa kata PAS 'racist'? -Satail Majungkat, Sabah.


DEWAN Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Sabah hari ini menyangkal dakwaan sesetengan pihak yang  membuat tuduhan sesuka hati mengatakan PAS parti 'racist'.
Saya seorang yang beragama Kristian dan telah menjadi ahli DHPP sejak tahun 2012. Saya telah membantu PAS Sabah dalam gerak kerja Pilihan Raya Ke-13 dan Ke-14. 

Saya menjadi ahli dalam PAS ini dengan kesedaran dan secara sukarela apabila melihat  semua pimpinan dan negeri yang pernah diperintah oleh PAS tidak pernah terlibat dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Saya, walaupun berbeza agama dengan mereka, langsung mereka tidak pernah menggesa saya memeluk Islam. Malah saya berbangga dengan semua ahli PAS kerana mereka mempunyai akhlak sangat baik. Dalam mana-mana program yang mereka adakan, sembahyang mereka tidak pernah lupakan.

Malah PAS Sabah bersama-sama dengan DHPP Sabah pernah menganjurkan Sambutan Pesta Kaamatan dengan cara yang sangat harmoni. Dalam program tersebut kami memperagakan pakaian pelbagai kaum di Sabah.  Saya dengan ikhlas hati mengatakan sangat berbangga berada di bawah organisasi PAS dan saya berdoa supaya saya kekal dalam parti ini. Saya beranggapan PAS merupakan parti masa depan yang sepatutnya menjadi pemerintah Malaysia. Hanya orang yang tidak kenal dengan PAS secara dekat sahaja yang akan membuat tuduhan melulu kepada PAS dan Presiden PAS.

SATAIL MAJUNGKAT
Pengerusi
Dewan Himpunan Penyokong PAS Sabah
28 Disember 2018 - HARAKAHDAILY 28/12/2018
Hasil carian imej untuk siap kata PAS racist

1 comment:

Anonymous said...

Kita pun aaa.. Setuju sama Mr.Satail ,PAS haa...Tarak makan wang lakyat selupa UMNO sama itu maha thierr..Kasi PAS perintah ini Malaya laa...Suma Olang pun jadi bagut maa...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails