Tuesday, January 01, 2019

Sambut Tahun Baru, Selawat Bergema Di Dataran Merdeka. (Video). Al-hamdulillah!

Selawat bergema di Dataran Merdeka
Program selawat ke atas nabi junjungan sempena ambang tahun baharu 2019 menarik tumpuan warga kota di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, malam ini.- UTUSAN ONLINE

KUALA LUMPUR 31 Dis. - Pekarangan Dataran Merdeka di sini bergema dengan alunan selawat ke atas nabi junjungan, Muhammad SAW bersempena sambutan ambang tahun baharu 2019.

Video oleh FARID JANUDIN

Program yang bermula pada pukul 10 malam itu merupakan anjuran gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam dan rakan-rakan NGO.
Hujan renyai-renyai bagaimanapun tidak mematahkan semangat lebih 1,000 warga kota yang turut sama berhimpun dan berselawat.
Acara berkenaan juga diselang-selikan dengan ucapan ringkas dan tazkirah daripada beberapa pemimpin NGO Islam.
Dijangkakan, tepat pukul 12 tengah malam nanti, program selawat tersebut dihentikan diikuti nyanyian lagu Negaraku beramai-ramai. - UTUSAN ONLINE

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails