Thursday, January 03, 2019

Presiden PAS Minta 1Jam 'Life' Di Tv Jelaskan 'Amanat'.


Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meletakkan syarat, beliau sedia menjelaskan isu amanatnya pada 1981 sekiranya beliau diberi peluang untuk berbuat demikian menerusi siaran langsung di stesen televisyen tempatan.

Setelah sekian lama menyepi, akhirnya Abdul Hadi tampil memberikan reaksinya berhubung isu Amanat Haji Hadi sekiranya kerajaan memberinya peluang selama sejam menerusi siaran RTM atau TV3 untuk berbuat demikian.

Menurutnya, beliau hanya akan menyatakan pendiriannya sama ada menarik balik atau mempertahankan Amanat Haji Hadi sekiranya permintaan itu dipenuhi.

“Saya minta supaya diberi peluang sejam oleh RTM dan TV3 secara live (langsung). Saya percaya kalau jawab di sini akan diputar belit. “Biar satu jam berikan pada saya untuk saya jelaskan, lepas itu baru masyarakat boleh menilai.

Tak kira bila kerajaan nak beri, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan akan beri arahan," katanya selepas melancarkan melancarkan Petugas Muslimat Marang PRU ke-13 di Dewan Tok Guru, Rusila semalam.

Pada masa sama, Abdul Hadi berkata, beliau juga bersedia memberi penjelasan secara bertulis mengenai pendiriannya itu berkaitan amanat yang dicetuskan sejak lebih 30 tahun lepas.

Amanat Hadi itu mendapat bantahan ramai malah pelbagai pihak termasuk bekas anggota PAS mendesak Abdul Hadi menarik balik amanat itu demi kekuatan ummah dan perpaduan orang Melayu. 

Abdul Hadi turut menolak dakwaan kononnya beliau lama mendiamkan diri kerana takut sebaliknya berkata beliau hanya akan menyatakan pendiriannya sama ada akanmenarik balik atau mempertahankan Amanat Hadi itu sekiranya dapat menjelaskantersebut menerusi siaran televisyen. 

Pelbagai pihak turut tampil mendesak agar Presiden PAS itu menarik balik amanatnya itu. Semalam, Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa‘amah berkata,  Abdul Hadi wajib menarik balik amanat yang dibuatnya pada 1981 sehingga menyebabkan umat Islam di negara ini berpecah-belah.

Sekiranya Abdul Hadi enggan berbuat demikian, maka beliau akan berdosa di dunia dan akhirat kerana amanatnya itu telah menyebabkan ada umat Islam yang putus saudara dan bermusuhan sesama sendiri.

Malah katanya, persengketaan umat Islam angkara Amanat Haji Hadi hanya membuka ruang kepada pihak-pihak berfahaman pluralisme dan golongan yang menyokong gejala lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) mengukuhkan kedudukan mereka.

“Kesan daripada Amanat Haji Hadi itu juga wujud fahaman assabiyah dan kumpulan yang taksub kepada Pas serta pemimpin parti sehingga memberi kesan berpanjangan kepada perpaduan sesama umat Islam," katanya di Kota Bharu. Bekas anggota PAS seumur hidup Zainon Ismail mendedahkan bahawa puluhan ribuanggota PAS masih berpegang teguh kepada Amanat Hadi yang menganggap orang Umno kafir.

Sementara itu Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, Abdul Hadi akan diberi peluang memberi penjelasan mengenai amanatnya yang mengkafirkan Umno pada 1981, di Radio dan Televisyen Malaysia (RTM).

Abdul Hadi perlu memohon kepada kementerian mengenai saluran yang dipilihnya untuk memberi penjelasan itu.

"Pihak RTM boleh siarkan kenyataannya sekiranya kandungannya sesuai dan ada nilai berita. Tetapi pada masa yang sama, Abdul Hadi perlu memberi peluang kepada pihak lain memberi pandangan mereka kerana amanatnya ini telah dibuat pada 1981," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyaksikan raptai sambutan Rumah Terbuka Malaysia

Krismas dan sambutan Tahun Baru 2013 di Dataran Merdeka di Kuala Lumpur semalam. (
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Berani ke, kerajaan PH. Beri le kalau gentleman..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails