Wednesday, May 02, 2018

Tolak Tsunami Melayu, Merugikan Islam - Mufti Pahang.

Dr. Abdul Rahman Osman Dr. Abdul Rahman Osman


KUALA LUMPUR 2 Mei - Tsunami Melayu yang sedang rancak digerakkan parti tertentu dilarang kerana akan menyebabkan orang Melayu Islam berpecah hingga boleh membawa keuntungan besar kepada politik bukan Islam.

Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman berkata, sehubungan itu, perkara-perkara yang boleh merugikan orang Islam termasuk kerugian dari segi kuasa politik perlulah ditinggalkan.

“Tsunami Melayu, apa tujuannya? Untuk memecahbelahkan orang Melayu? Tak baguslah begitu. Hal ini dilarang agama kalau kita dah tahu berlakunya perpecahan seperti merebut kuasa hingga merugikan orang Melayu dan agama.
“Tak boleh kita berkawan dengan bukan Islam sehingga tinggalkan orang Islam (sebagai sekutu). Ia dilarang agama. Kalau tidak mengendahkan apa yang terkandung dalam al-Quran ini, tunggulah azabnya,” katanya kepada Utusan Online di sini hari ini.

Tegas Abdul Rahman, bersepakat untuk pembangunan umat Islam merupakan rahmat kerana al-Quran mengingatkan setiap mukmin itu bersaudara yang bermakna perlu ada kasih sayang, tolong-menolong dan bersatu padu.

“Saya nak ingatkan semua berhubung firman Allah SWT dalam ayat ke-10, surah al-Hujurat yang bermaksud: “Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat,” jelasnya.

Januari lalu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, sekiranya Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak boleh membantu mewujudkan tsunami perubahan dalam kalangan pengundi Melayu luar bandar pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) ini, maka tiada pemimpin politik lain yang mampu melaksanakan misi tersebut.

Dalam pada itu, akhbar Sinar Harian terbitan 6 April lalu pula melaporkan Dr. Mahathir keitka berceramah dalam Jelajah Gabungan Pembangkang PKR di Johor berkata, tsunami Melayu dijangka berlaku pada PRU-14 ini berdasarkan sokongan yang diterima dalam setiap program.

Sementara pada 23 April lalu pula, Presiden PAN, Mohamad Sabu atau Mat Sabu seperti dilaporkan beberapa media yakin tsunami Melayu yang akan berlaku pada PRU-14 membolehkan beliau menang bergaya di Parlimen Kota Raja. - UTUSAN ONLINE


5 comments:

Anonymous said...

Najib dah terang2 makan rasuah dan menyusahkan rakyat melalui GST, IMDB, mansuhkan subsidi minyak dan kesannya barang naik. Mufti tak merasakan hal ini kerana gaji besar tetapi bagaimana dengan rakyat biasa.

mazmad said...

Nampak sangat siMufti ni penyokong tegar UMNO
😣

lela majnun said...

Tuan mufti yang alim dan warak, tolong beri komen atau fatwa sikit tentang pusat judi terbesar di Asia dalam negeri Pahang tu!!!! Tahi mata orang awak nampak...tahi mata awak sebesar telur buat deeekkk je!!!!memalukan.

Anonymous said...

Spesies penyondol-penyondol dedak roket benci mufti, ulama dan parti Islam PAS kerana:

1. penternak penyondol-penyondol dedak roket menentang dan menghina ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam.

2. mufti Pahang, mufti Perak, mufti WP dll dan parti Islam PAS pimpinan ulama Islam berani berjuang menegakkan ajaran Islam dan membela hak umat Islam walaupun mereka sentiasa difitnah, dihina dan diburuk-burukkan oleh musuh Islam yang terdiri dari puak munafik sekular liberal dan kafir harbi.

Anonymous said...

Tsunami Melayu tidak akan berlaku seperti mana diakui oleh pemimpin pakatan wayang roket.

Sebaliknya Tsunami Islam akan berlaku dalam PRU14 yang akan memberi kemenangan kepada PAS dan kekalahan kepada parti sekular liberal dan kafir harbi yang menentang Islam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails