Saturday, May 05, 2018

PAS Tanding 155 Kerusi. Cita Putrajaya &Simple Majoriti. 2/3 Muslim Ke Parlimen.

Hasil carian imej untuk pas tawan Malaysia


Walaupun PAS sebelum ini mensasarkan sekurang-kurang 40 kerusi parlimen untuk ditawan, tetapi kajian semasa yang dibuat khusus oleh jentera PAS melalui Pusat Penyelidikan PAS (PPP) dan Institut Strategi PAS (ISP) menunjukkan potensi yang tinggi untuk meraih kemenangan lebih daripada itu. Maka, pada saat akhir PAS memutuskan supaya bertanding 155 kerusi Parlimen. Bilangan ini tidak termasuk anggota Gagasan Sejahtera lain yang bertanding atas lambang PAS.
Sasar undi Melayu 
155 kerusi adalah melebihi dua pertiga majoriti kerusi Parlimen (148). Juga melebihi jumlah kerusi majoriti Melayu (117). Ini merupakan kali pertama dalam sejarah penubuhan PAS, bertanding lebih daripada majoriti mudah (112). Ia sekali gus membuktikan PAS serius dalam membawa perubahan untuk negara. Jumlah 155 adalah cukup realistik dari sudut kemampuan dan potensi, kerana PAS hari ini sudah memiliki 195 Kawasan berdaftar yang aktif.
Apakah PAS mampu tawan? 
Persoalan yang kini timbul adalah, mampukah PAS menawan semua kerusi yang ditandingi? Bohonglah jika saya katakan PAS mampu membolot 100 peratus. Jumlah yang mustahil dalam teori Sains Sosial. Tetapi PAS percaya, mampu meraih sekurang-kurang majoriti mudah jika segala strategi berjalan lancar.
Hasil carian imej untuk pas tawan Malaysia
Menawarkan calon Muslim di kerusi Non-Muslim 
Kepercayaan PAS ini bersandarkan kepada beberapa fakta dan fenomena yang boleh dilihat. 
Pertama, dalam 117 kerusi majoriti Melayu yang PAS tandingi, terdapat kira-kira 30 kerusi yang kini kebiasaannya hanya ditandingi oleh bukan Melayu sama ada BN mahupun pembangkang.
PAS menawarkan alternatif kepada pengundi Melayu yang juga Muslim dengan mengetengahkan calon Melayu-Muslim. Contohnya seperti Parlimen Hulu Selangor, Alor Star, Padang Serai dan Beruas. Senario yang sama juga banyak berlaku di kerusi-kerusi Dun. PAS yakin, undi Melayu bakal bertumpu kepada PAS.
Memanfaatkan kerusi campuran 
Fakta kedua pula, baki selain 117 kerusi yang PAS tandingi itu mempunyai anggaran Melayu antara 30 - 50 peratus. Kawasan ini juga hampir kesemuanya ditandingi oleh bukan Muslim sebelum ini.
Ramai pengundi sebelum ini tidak keluar mengundi kerana tidak ada calon Melayu. Dengan menawarkan calon Muslim, PAS yakin dapat membolot undi Melayu yang tinggi seperti di Petaling Jaya, Seremban, Port Dickson dan Kluang.
Mengambil peluang lebih tiga penjuru 
Ketiga, fenomena yang kita boleh lihat hari ini, berlaku banyak kerusi yang ditandingi lebih dari 3 penjuru seperti di Bangi, Bayan Baru, Sungai Siput dan Cameron Highlands.
Kebanyakannya adalah kalangan bukan Melayu sama ada Cina mahupun India seperti PSM, PRM, PCM, PAP dan Bebas. Ia sekali gus boleh memecahkan undi kaum lain.
Laba dari kemerosotan DAP 
Fakta keempat, berlaku peralihan sokongan kaum Cina daripada DAP kepada BN kembali. Kita boleh lihat melalui keputusan PRN Sarawak, PRK Rompin, Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Juga kajian daripada Strategis DAP sendiri, Liew Chin Tong bahawa sokongan Cina kepada DAP sekarang menurun kepada 65 peratus daripada 90 peratus PRU13 yang lalu. Ia sudah tentu memberi kelebihan buat PAS terutama di kerusi campuran seperti Taiping, Kampar, Teluk Intan, Gopeng dan Bentong.
Satu lawan satu 
Fakta keempat, ada kerusi yang sepatutnya ditandingi oleh PH seperti Batu tetapi tidak layak atas berbagai sebab juga menjadi kerusi potensi PAS. Pengundi yang menolak BN tidak ada pilihan lain lagi selain PAS.
Namun desas-desus menyebut PH sanggup berkempen untuk calon Bebas, walaupun potensi bebas sangat rendah. Seolah-olah sengaja memberi tekanan kepada PAS, walaupun tindakan tersebut hanya akan memberi kelebihan buat BN.
Kerusi dominan Melayu 
Di kerusi tradisi calon Melayu seperti di Terengganu, Kelantan dan Perlis, pertembungan sebenar hanyalah antara PAS dan BN, atau lebih tepatnya Umno. Potensi PH untuk menang adalah tersangat tipis. Merekalah sebenarnya pengacau yang boleh mengganggu kemenangan PAS.
Tambahan PAN sebagai satu anggota PH mampu menarik sebilangan pengundi PAS. Walau bagaimanapun, faktor Mahathir mampu menarik sebilangan pengundi Umno lalu mengimbangi peranan PAN, membuatkan PAS kembali selesa.
Sebagai maklumat, kira-kira 15 peratus Melayu yang menolak untuk mengundi Pakatan Rakyat pada PRU13 dan terpaksa memberi undi kepada BN hanya kerana takutkan DAP. Setelah PAS berjaya membebaskan diri dari DAP, tidak ada sebab lagi untuk mereka terus mengundi BN. Mereka adalah sasaran undi PAS yang signifikan di kerusi tradisi PAS vs Umno.
Intelektualiti calon PAS 
Faktor calon yang diketengahkan PAS mengatasi calon-calon lain. Dari sudut intelekualiti, calon PAS jauh di depan dengan variasi pemegang Ijazah PhD, Master, kalangan Profesional, Teknokrat, agamawan dan ramai lagi. Pensyarah Sains Politik mendedahkan bahawa empat orang calon MB dan KM daripada PAS adalah pemegang PhD, berbanding hanya satu BN dan kosong daripada PH.
Integriti pimpinan PAS 
Dari sudut integriti juga, PAS jauh mendahului parti lain. Menurut laporan SPRM, daripada 2013 hingga 2017 sahaja sebanyak 71 orang pemimpin BN dan 21 daripada PH terlibat dengan kes rasuah, malah ada di kalangan kedua gabungan ini yang sudah menjalani hukuman. Sedangkan PAS mencatatkan pencapaian sifar kes rasuah.
Hanya PAS Sifar Rasuah!

Lihat..

Tun M's pushing factor 
Seterusnya, faktor kemasukan Mahathir ke dalam PH. Tidak dinafikan, Mahathir mampu menarik sebilangan penyokong BN kepada mereka. Tetapi dalam waktu yang sama, ia telah menyebabkan lebih ramai penyokong PH berpaling dari mereka.
Sejak Mahathir menyertai PH, sudah berapa ramai wakil rakyat DAP keluar parti. Sudah berapa ramai pemimpin PKR dan DAP letak jawatan. Malah kempen Undi Rosak yang semakin agresif di seluruh negara juga berpunca daripada penglibatan Mahathir.
Hikmah BPMS
Dari sudut pembawaan budaya politik baharu, PAS juga ke depan. Dengan BPMS, PAS mampu menarik sokongan golongan masyarakat yang sebelum ini tidak pernah terlibat dengan politik (Apolitical Stratum).
PAS membawa budaya politik idea dengan mengetengahkan gagasan-gagasan dan solusi baharu untuk negara seperti WINS2051, Dokumen Hijau, Kerajaan Teknokrat dan terbaru Manifesto Malaysia Sejahtera. Di saat BN dan PH kutuk-mengutuk sesama sendiri, PAS membina kekuatan tersendiri. Inilah strategi Blue Ocean yang diterapkan PAS.
Agenda PAS untuk negara 
Bercakap mengenai wawasan dan idea, PAS kini terkehadapan dari sudut manifesto. Orang ramai kini hanya bercakap tentang Manifesto PAS sahaja. Tentang cukai Saham dan cukai Korporat, tentang hapus PTPTN, tentang pemerkasaan Syariah, tentang pinjaman pembelian kereta tanpa faedah, tentang kuota IPT dan MRSM serta banyak lagi.
Manifesto BN walaupun menjanjikan bulan bintang, orang tidak mengendahkan kerana rekod mereka terlalu buruk dalam menepati janji. Manifesto PH juga tenggelam kerana tidak memiliki idea baru dan berwawasan tinggi. Mengembalikan cukai SST dianggap tawaran yang mundur, manakala tawaran siaran EPL percuma terlalu populis.
Bukan lagi 40 kerusi 
Inilah antara kelebihan PAS yang boleh membantu mencapai sasaran. Justeru itu sedarlah kita bahawa PAS kini bukan lagi bercakap soal King Maker dan 40 kerusi, tetapi sudah jauh kehadapan dengan cita-cita Putrajaya dan Simple Majoriti. Matlamat utama; kembalikan dua per tiga kerusi Muslim ke Parlimen.
(ALANG IBN SHUKRIMUN) - HARAKAHDAILY 4/5/2018

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails