Friday, May 04, 2018

Macam Mana N/Abdul Nak Doa N/Omar, Sedangkan Ibunya Berdoa Lawan N/Omar Di Chempaka?



Lebai sebelum dah buat keputusan tak nak ulas isu pasal Nik Omar. Tuan Ibrahim Tuan Man pun dah cakap, biar Nik Abdul sahaja jawab pasal Nik Omar bila ditanya oleh wartawan. Tapi memandangkan isu ini menjadi senjata menyerang PAS, lebai dah mula ubah fikiran.

Lebai akan ulas setiap apa yang Nik Omar cakap dalam artikel pendek.

Baru-baru kawan lebai daripada pertubuhan IKRAM, berkata Nik Omar bersifat lembut, kononnya adalah sifat ayahnya. Lihat Nik Omar mendoakan kepada adiknya untuk menang di Bachok. Sepatutnya adiknya berdoa untuk Nik Abdul berdoa pula untuk abangnya di Chempaka.

"Yang pasti, saya doakan beliau (Nik Abduh) berjaya di Bachok dan saya juga yakin Nik Abduh akan doakan kejayaan saya di DUN Chempaka," katanya pada sidang media di Kota Bharu hari ini.


Bukan itu sahaja si IKRAM ni hantar gambar di atas ke whatsapp lebai.

Lebai menjawab macam mana Nik Abdul nak doa kepada abangnya menang di Chempaka sedangkan ibu mereka sendiri nak calon PAS yang lawan anaknya Nik Omar, ustaz Ahmad Fathan Mahmood menang.

Malaysiakini menyiar berita ini;



Isteri bekas mursyidul am PAS, allahryarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu berkempen bagi calon lawan anak keduanya Nik Omar yang mewakili parti PAS, Ahmad Fathan Mahmood.

Tuan Sabariah berkata, beliau sehingga kini tetap berpegang pada pesanan allahyarham Nik Abdul Aziz bahawa tiada parti lain yang lebih baik berbanding parti PAS. 

  
"Ambo (saya) bukan mari untuk ceramah, tapi diminta bercakap, saya gugup sikit sebab tak biasa. Selalunya hanya kecek (bercakap) di rumah.

"Pilihan raya tak lama dah, ambo rasa biarlah kita kekal dengan apa yang Tok Guru tinggal. Sekarang memang ramai mengaku parti Islam untuk mempengaruhi orang.

"Baru-baru ini, orang kata keluarga saya berpecah. Saya anak ada 10 orang, hanya seorang saja yang 'monteng' ke lain (tak sehaluan)," katanya ketika tampil berkempen di DUN Chempaka, Kota Bharu, hari ini seperti video yang disiarkan Facebook Dewan Muslimat PAS Pengkalan Chepa.

"Ambo ini Tuhan duga kuat jugalah (kali ini). Tapi ambo tak turut yang lain, ambo kekal dengan hak asal (PAS) juga," katanya yang dilihat gagal mengawal emosi.

Siapa Nik Omar kononnya kata dia legasi ayahnya sedangkan ibunya di tetap dengan PAS kerana itulah pesanan suami (TGNA).

Malang bagi Amanah dan IKRAM membuat kerja yang busuk merosakkan hubungan kekeluarga demi nak capai cita-cita politik. Sanggup perkudakan Nik Omar.


Ada juga yang berhujah dengan lebai dia kata Ibu Nik Omar mengaku Nik Omar personaliti bapanya. Habis kalau sama sekalipun tapi derhaka apa nak buat? Anak Husam Musa pun mirip Husam Musa pagi kena tangkap ambil pil kuda? Apa hebatnya muka atau personaliti sama?

Jadi itu bukan hujah nak pengaruhi pengundi.

9 comments:

Anonymous said...

Jika aku umat Nabi Nuh a.s., aku akan ikut Nabi Nuh a.s. dan menolak anak Nabi Nuh kerana anak Nabi Nuh a.s. telah menderhaka kepada bapanya sendiri.

Sekarang aku adalah umat Nabi Muhammad s.a.w. maka aku wajib mengikut dan mentaati perintah Allah dan RasulNya dan mengikut ajaran ulama Islam termasuk Tuan Guru Haji Hadi kerana mereka adalah Pewaris Nabi.

Maka aku akan menolak semua puak munafik dan kafir harbi yang bersekongkol menentang dan menghina ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam.

Maka aku tanpa sebarang keraguan pasti menolak anak ulama yang terkenal hebat tetapi bersekongkol dengan musuh Islsm. Ingatlah iman tidak boleh diwarisi.

Hanya Islam yang menunjukkan aku jalan ke syurga maka aku tetap bersama perjuangan Islam PAS kerana hidup ku dan mati ku adalah untuk Allah.

Pakatan wayang pimpinan puak evangelis roket dan ostad upahan roket menunjukkan jalan ke neraka.

Ingatlah hidup di dunia ini sementara sahaja. Kehidupan akhirat kekal abadi.

Syurga itu benar. Neraka itu benar.

Anonymous said...

woiii....apa relatif cerita nabi nuh as dengan anaknya dlm bab ni??? Mu ni nmpak sgt2 x cerdik. Anak nabi nuh KAPIRRRRR...bodohhhh

Anonymous said...

Moga nik omar dapat hidayah kembali kepada ajaran islam yg benar

Unknown said...

PILIHANRAYA bukan soal NERAKA atau SYORGA.
Pilihanraya memberi kita peluang memilih pemimpin yang
bakal membentuk kerajaan.
Nik Omar memilih PH untuk membentuk kerajaan manakala adiknya,
Nik Abduh memilih PAS.
Dua-dua beradik ni anak Tuan Guru Nik Aziz - takkan pulak
Nik Omar tu Neraka dan Nik Abduh tu Syurga!!!!
Bodohnya.
Berilah mereka peluang membuktikan diri masing-masing.
Siapa yang sebenarnya mewarisi kepimpinan ayah mereka Nik Aziz.

akulaah said...

Driver dah mabuk dengan duit dan pandu kereta menuju jurang...mestilah penumpang yang berakal terjun dan naik kereta yang dipandu orang sihat untuk menuju destinasi yang betul. Kalau tunggu juga alamat nak mampus le.

Anonymous said...

Wah barua dedak roket 4:16 pm mendedahkan kebodohannya sendiri.

Parti DA-Pig pimpinan puak evangelis telah menentang , menghina, memburuk-burukkan dan menfitnah ajaran Islam seperti Hudud, pakaian menutup aurat, fatwa dll dan menafikan hak umat Islam dan mempromosi dan membela dan memperjuangkan murtad, atheis, LGBT, ajaran sesat seperti Qadiani, Syiah , pesta arak terbuka dll maka DA-Pig adalah KAPIRRR HARBIIII.

Sebilangan pemimpin dan barua Melayu telah bersekutu, berkerjasama dan bersekongkol dengan DA-Pig maka mereka tergolong kepada DA-Pig.

Bukti:

Rasulullah s.a.w. telah bersabda “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dalam kalangan mereka”

Anonymous said...

Kasihan melihat barua ternakan roket 4:28pm membuat kenyataan jahil murakkab konon (Quote) PILIHANRAYA bukan soal NERAKA atau SYORGA.(Unquote).

Jika kamu mengundi parti kafir harbi dan parti sekutunya, kamu berdosa setiap kali parti kafir harbi menghina agama Islam dan menindas umat Islam. Bahkan sokongan kamu terhadap kafir harbi menyebabkan kamu tergolong kepada puak kafir harbi.

Jika kamu mengundi penyamun , kamu juga berdosa setiap kali penyamun menyamun harta rakyat dan harta negara melalui pelbagai skandal seperti skandal banglo terlajak diskaun, skandal tanah, skandal kertas kerja, skandal terowong, skandal forex dll.

Jika kamu mengundi parti Islam PAS, kamu akan memdapat pahala setiap kali kerajaan Islam PAS melakukan kebaikan untuk agama Islam, umat Islam dan rakyat.

Anonymous said...

Driver roket mabuk todi membawa penumpang dari pesta arak terbuka dalam keadaan berbahaya menyebabkan semua penumpang ketakutan kemudian roket itu jatuh terhempas di Planet of the Apes dan tiada siapa pun selamat.

Malaikat munkar dan Nakir siap menunggu untuk membelasah mereka dalam jirat. Wang neraka tidak boleh merasuah malaikat munkar dan nakir.

Sebaliknya driver kereta PAS tidak mabuk kerana Islam haramkan arak dan kereta PAS berada dalam keadaan baik dan penumpang merasa selamat. Mereka berjaya tiba di taman yang amat indah dengan selamat.

Anonymous said...

Inilah hasilnya bila hati dh terpaut kpd kumpulan yg liberal anti Islam. Dap kiblatnya. Restu ibu dan ayah yg merupakan asas adab yg sangat penting dlm ajaran Islam telah mula dijadikan perkara remeh oleh puak ini. Sedangkan restu ibu dan ayah nik omar yg merupakan ulamak besar boleh diremehkan. Inikanlah pulak jika si ibu dan ayah adalah rakyat biasa. Contoh apakah yg cuba dibuktikan kepada masyarakat aduhai pakatan harapan?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails