Friday, May 04, 2018

Calon PAS Tarik Diri Di Dun Rantau? Fitnah Presiden PKR.



PAS mengecam kenyataan Presiden PKR dalam ceramahnya di Indera Mahkota Kuantan Pahang bahawa calon PAS menarik diri daripada pencalonan untuk DUN Rantau untuk memberi laluan kepada calon BN. 

Ini adalah kenyataan fitnah dan berniat jahat yang semakin sebati dengan perangai Pakatan Harapan.

PAS dan Gagasan Sejahtera sememangnya tidak meletakkan calon untuk DUN Rantau kerana faktor setempat seperti kebolehan untuk menang dan komposisi pengundi, yang mana menjadikan ianya bukan kerusi yang strategik untuk ditandingi.

Oleh itu PAS berpandangan bahawa kenyataan jahat dan fitnah daripada Presiden PKR itu hanya untuk mengelirukan rakyat dengan niat untuk memburukkan PAS dengan menggunakan budaya politik yang amat tidak bertamadun.

Sebaliknya, PKR seharusnya menjawab dakwaan kerjasama dengan BN di sebalik kelapangan BN memberi layanan istimewa kepada para pimpinan PKR dan keluarganya untuk bertemu Datuk Seri Anwar Ibrahim serta memberikan beliau mengeluarkan kenyataan tanpa sebarang halangan seperti yang dilapor akhbar The Star.

Presiden PKR juga harus menjawab apakah beliau setuju dengan kata-kata Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai Anwar ketika temuramah bersama The Guardian baru-baru ini. PAS sehingga hari ini mempercayai Anwar difitnah sehingga dipenjarakan.

Bagaimana pula dengan kawasan-kawasan di mana calon PKR ditolak pencalonannya? Apakah PKR akan menyuruh penyokongnya memberikan kemenangan kepada BN atau PAS? 

Tuan Ibrahim Tuan Man

Timbalan Presiden PAS
3 Mei 2018



Hanya PAS Sifar Rasuah!

Lihat..

4 comments:

Raudhotul Jannah said...

PAS belum diuji. Belum menjadi 'dicision maker' selagi anggota pas itu manusia ia tidak akan sunyi olwh ujian. Ingat riwayat seorang pendita beribadah begitu lama akhirnya tumbang ditangan wanita, bagaimana dua malaikat yang dimasukkan nafsu akhirnya mendeeitra disiksa hingga qiamat.
Didoakan kepimpinan PAS akan kuat lebih kut daei pendita dan malaikat melawan godaan dan ujian SYAITAN bila memerintah kelak.......

Anonymous said...

Malangnya mike selfie dada amoi, kak jah liberal dan mahafiraun telah diperdayakan oleh syaitan yang memimpin parti kafir harbi DA-Pig untuk menentang dan menghina ajaran Islam dan membela kemungkaran dan kesesatan seperti atheis, murtad, LGBT, syiah, qadiani, prsta arak dll.

Anonymous said...

Siakap senohong gelama ikan duri,
kak jah cakap bohong,lama lama mencuri.

Mengata dulang paku serpih,
Mengata orang pakatan yang lebih:

Skandal banglo terlajak diskaun, skandal tanah, skandal kertas kerja, skandal terowong, skandal merobohkan berpuluh kampung Melayu Islam, skandal lombong pasir.

Anonymous said...

Siakap senohong gelama ikan duri,
kak jah cakap bohong,lama lama mencuri.

Mengata dulang paku serpih,
Mengata orang pakatan yang lebih:

Skandal banglo terlajak diskaun, skandal tanah, skandal kertas kerja, skandal terowong, skandal merobohkan berpuluh kampung Melayu Islam, skandal lombong pasir dll.

Malanglah mike selfie dada amoi, kak jah liberal dan mahafiraun dan pengikut meteka kerena mereka telah diperdayakan oleh syaitan yang memimpin parti kafir harbi DA-Pig untuk menentang dan menghina ajaran Islam dan membela kemungkaran dan kesesatan seperti atheis, murtad, LGBT, syiah, qadiani, prsta arak dll.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails