Monday, April 30, 2018

6 Buku Lucah &Keliru Diharamkan KDN


Enam Judul Buku Lucah Dan Mengelirukan Diharamkan KDN By Wartawan Menara - 

April 29, 2018 SHARE Facebook Twitter Putrajaya: Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengharamkan enam penerbitan kerana kandungan yang boleh menggugat ketenteraman dan kepentingan awam serta mungkin merosakkan pemikiran masyarakat. 

Ketua Setiausaha KDN, Dato’ Seri Alwi Bin Haji Ibrahim menyatakan bahawa arahan tersebut telah dikeluarkan berdasarkan empat gazet kerajaan iaitu, PU(A)106, PU(A)107, PU(A)108 dan PU(A)109 bertarikh 25 April di bawah Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301). 

Dalam kenyataan tersebut, beliau menjelaskan bahawa tiga daripada enam penerbitan tersebut mengandungi maklumat-maklumat yang mengelirukan berkenaan ajaran Islam. Judul penerbitan-penerbitan yang tidak selari dengan ajaran Islam adalah, 

  • ‘Islam dan Teologi Pembebasan’, 
  • ‘The Road to Muhammad’ dan 
  • ‘Mutiara Sastera Ali: Edisi Surat &Aforisme’. 
  • Menurut laporan Free Malaysia Today, satu lagi judul ‘Mengenal Allah Melalui Agama-Agama Purba: Gautama Buddha Seorang Nabi?’ didapati bercanggah dengan prinsip Islam dan mengandungi unsur-unsur liberalisme yang boleh mengelirukan pembaca. 
  • Selain daripada itu, beliau juga menyatakan pengharaman dua judul lagi kerana mengandungi unsur kelucahan dan seks melampau iaitu, ‘Confessions: A Secret Diary’ dan
  • ‘Hidden Agendas’. 
“Pengharaman ini meliputi pencetakan, import, penerbitan, penghasilan semula, penghasilan, penjualan, pengeluaran, pengedaran, mahupun pinjaman judul-judul tersebut.” 

Beliau turut menegaskan bahawa sesiapa yang melanggar batas perundangan seperti yang disebutkan telah melakukan satu kesalahan dan boleh didenda sebanyak RM20,000, penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali di bawah Seksyen 8(2) Akta 301. 

“Sesiapa yang melakukan perbuatan tersebut atas apa jua sebab telah melakukan kesalahan dan sekiranya disabitkan bersalah boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun atau disaman sehingga RM20,000 atau kedua-duanya sekali, di bawah Seksyen 8(2) Akta 301.” 

Dato’ Seri Alwi turut menyarankan kepada masyarakat supaya melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya terjumpa mana-mana judul yang diharamkan dengan menghubungi 03-88868047 atau di laman http://moha.spab.gov.m 

559686_505894539456840_1348145350_n

IKLAN
BARBER SHOP 91'
Kedai Gunting rambut lelaki kami baru dibuka.. Sila kunjungi, 10 pagi hingga 10 malam tiap hari hingga sebulan..
Harga Promosi
-dewasa RM7:00
-kanak-kanak5:00


Sila kunjungi segera!
Bandar Damai Perdana. No 10 Ground Floor,
Jalan Damai Perdana,5/1B,56000,Cheras, KL.
https://www.facebook.com/gunting.krew?hc_ref=ARTMPWKnBAfryEQBtojBcZSD5UiXc9XcclNqEH-qhttps://www.facebook.com/gunting.krew?ref=bookmarks)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails