Monday, April 30, 2018

Penduduk Tg Bungah Kecoh Kecam PKR, Zairil Khir Johari


 CALON PKR kerusi DUN (N22) Tanjong Bungah, Zairil Khir Johari (kiri) menyampaikan ucapan ketika hadir program penduduk membantah cadangan projek tiga blok pangsapuri di kawasan lereng bukit berdekatan kediaman di Jalan Pantai Miami, Batu Feinggi, Pulau Pinang. - Foto Muhammad Mikail Ong
GEORGETOWN: Majlis perjumpaan penduduk Kondominium Miami Green Resort di sini, bertukar kecoh selepas orang ramai bertindak mengecam calon PKR bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bungah, Zairil Khir Johari.
Penduduk yang tidak berpuas hati dalam isu pembangunan lereng bukit di kawasan itu bertindak menyuarakan bantahan ketika Zairil mahu memulakan ucapannya.
Beliau yang juga penyandang kerusi Parlimen Bukit Bendera dijemput badan pengurusan bersama kondominium itu bagi memberikan penjelasan berhubung projek pembangunan di kawasan berkenaan.
"Saya gembira mendengar pandangan sesiapa sahaja asalkan ia adalah benar. Kerajaan DAP negeri sentiasa telus dalam mendengar pandangan awam sebegini.
"Kerajaan negeri sentiasa mengutamakan aspek keselamatan. Dalam isu ini, kebenaran merancang dikeluarkan pihak berkuasa selepas kelulusan diberi pihak teknikal yang turut membabitkan agensi Persekutuan," katanya ketika berucap di hadapan hampir 100 penduduk di sini, hari ini.
Ketika itu, seorang penduduk, Jessica Lee, 50, bertindak bangun mempertikaikan mengapa berlaku kejadian runtuhan tanah di Tanjung Bungah Oktober lalu, selepas kelulusan dikeluarkan kepada pemaju.
"Berhenti memberikan alasan, kami tidak mahu wakil pemaju. Ada sesuatu yang salah kerana terdapat kuari yang masih beroperasi berdekatan tapak projek berkenaan," katanya.
Dalam kejadian 21 Oktober tahun lalu, seramai 11 pekerja pembinaan maut selepas berlaku runtuhan tanah di tapak projek rumah mampu milik di Lengkok Lembah Permai.
Zairil kemudian meneruskan ucapan dan masih mempertahankan kerajaan negeri dalam isu berkenaan tanpa menjawab persoalan sama ada kerajaan negeri sedia memberhentikan semua projek lereng bukit.
Terdahulu, Konsultan Geoteknikal Zeezy Global Sdn Bhd, Aziz Nor, dalam pembentangannya menjelaskan projek di kawasan lereng bukit sentiasa berisiko dan boleh membahayakan orang ramai.
Beliau juga mencadangkan, supaya pihak berkuasa sentiasa berhati-hati dalam memberi kelulusan projek berkenaan kerana boleh mengancam nyawa dan keselamatan awam.
Penduduk Kondominium Miami Green Resort sebelum ini, menyuarakan bantahan susulan pembinaan satu projek pembinaan kondominium di lereng bukit bersebelahan kawasan perumahan mereka.
Sementara itu, calon Barisan Nasional (BN) bagi DUN Tanjung Bungah, Teng Chang Yeow, berkata pihaknya bertekad memberhentikan semua projek lereng bukit di Pulau Pinang sekiranya diberi mandat menjadi kerajaan negeri pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) ini.
Sekarang nak undi senang aje pilih antara 3 Anda tak perlu fikir panjang untuk pergi mengundi 9 Mei ini. Anda hanya perl pilih 3 iaitu 

  • PENCURI DUIT RAKYAT. 
  • Satu Lagi BEKAS PEROMPAK WANG RAKYAT juga kini kononnya nak tangkap anak muridnya bekas perompak. 
  • Atau pilih aje parti yang nak bawa Islam sebagai penyelesaian masalah. Walaupun kumpulan ini daif tapi iktizam mereka cukup tinggi. 
Islam adalah pilihan terbaik kerana disana ada keredhaan Allah.. 

1 comment:

Anonymous said...

Habislah kerjaya politik ADUN Cina celup Melayu. Lingkuplah parti musang roket berbulu ayam pkr. Lingkuplah projek kroni roket.

Rakyat sudah bosan dan meloya dengan roket kertas.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails