Tuesday, May 01, 2018

PKR Bermasalah Berpunca Dari Kecuaian Sendiri -Ng Lum Yong, Pengasas PKR.




Gabungan pembangkang PKR sendiri tidak ‘sanggup’ untuk memenuhi syarat-syarat mudah walaupun sering kali cakap tak serupa bikin mengatakan sistem pilihan raya negara tidak telus, hanya kerana terlampau ghairah memberi tumpuan kepada kerja-kerja menyemai kebencian terhadap Barisan Nasional (BN).
Bekas pengasas PKR, Ng Lum Yong berkata, kesalahan teknikal yang berlaku termasuk melibatkan pengisytiharan muflis dan tidak menukar alamat tidak sepatutnya berlaku sekiranya gabungan pembangkang PKR mengambil berat tentang peraturan pilihan raya.
Jelas beliau, sebagai sebuah parti berpengalaman yang telah ditubuhkan kira-kira dua dekad dan melalui banyak pilihan raya, beliau mempersoalkan mengapa dengan mudah gabungan pembangkang PKR seolah-olah mengabaikan perkara kecil tersebut.
“Mereka sepatutnya mempunyai prosedur operasi standard (SOP) sendiri sama ada membuat kursus untuk bakal calon dan sebagainya bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Namun bila berlakunya masalah teknikal seperti ini menunjukkan tiada SOP sedemikian.
“Ini juga contoh terbaik bahawa gabungan pembangkang PKR tidak serius mahu membantu rakyat. Bagaimana mahu mentadbir negara sekiranya perkara kecil pun hadapi kesilapan?,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Memetik sumber, beliau mengulas mengenai enam calon gabungan pembangkang PKR telah ditolak pencalonan oleh SPR disebabkan beberapa masalah termasuk tidak menukar alamat, berdepan tindakan mahkamah dan diisytiharkan muflis semasa proses penamaan calon.
Mengulas lanjut, Lum Yong berkata, gabungan pembangkang PKR tidak sewajarnya menyalahkan pihak lain terma-suk SPR atau Polis Diraja Malaysia (PDRM) di atas kesilapan sendiri.
Menurutnya, sesebuah parti sepatutnya menunjukkan contoh terbaik kepada rakyat sekiranya mahu rakyat memberikan kuasa pentadbiran kepada mereka, bukannya dengan cara menyalahkan pula pihak yang cuma menjalankan tugas. -PRU14.TV
Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails