Saturday, May 05, 2018

Memali, 'Mati Katak'. Tun M Mohon Maaf Petang Tadi.



PAS menyambut permohonan maaf dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa kematian penyokong parti itu di Memali lebih 30 tahun dulu sebagai "mati katak".
Namun Presiden PAS Datuk Seri Abdu Hadi Awang menegaskan pendirian parti itu tidak berubah - bahawa semua 14 penyokong serta pemimpin PAS yang terbunuh dalam insiden berdarah itu sebagai syahid.

“PAS melalui ulama-ulama yang masih hidup pada masa itu, yang menyaksikan peristiwa Memali, sudah membuat keputusan bahawa mereka (mangsa korban) itu para syuhada.
"Sebabnya kerajaan mengaku bersalah dalam tindakan dan ini diakui pihak kerajaan sendiri," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Sembang Santai Bersama Ayah Cik di Kuala Ibai, Kuala Terengganu, petang tadi.

Semalam Dr Mahathir sekali lagi menyentuh isu Memali yang sangat sensitif kepada PAS.

Dalam insiden pada 1985 itu 14 penduduk kampung Memali dan empat anggota keselamatan terbunuh dalam usaha mereka menangkap seorang ustaz yang juga pemimpin PAS setempat, Ibrahim Mahmud.
Tokoh itu yang lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya enggan menyerah dan ketegangan itu berakhir dengan pertumpahan darah.

Serang cuma buat letih

Dr Mahathir mendakwa, “Amanat Hadi” yang merujuk kepada ucapan Abdul Hadi pada 1981 menjadi punca berlakunya peristiwa hitam itu. Kata Dr Mahathir orang awam yang terbunuh itu bukan mati syahid, sebaliknya "mati katak".

Bagaimanapun beliau membuat permohonan maaf petang tadi.

“Saya dalam ucapan-ucapan saya, kadang-kadang tersilap kata. Saya minta maaf kalau saya menyebabkan kemarahan orang-orang tertentu,” katanya.
Kata Abdul Hadi beliau mendengar penjelasan dibuat Dr Mahathir itu.

“Dia (Dr Mahathir) terlanjur dan saya dengar dalam kenyataan (itu) dia minta maaf atas keterlanjuran dia, dan kita terima maaf itu.
"Tapi kita tetap anggap sahabat kita itu mati sebagai para syuhada (mati syahid),” katanya.

Sementara itu dalam sesi soal jawab, Abdul Hadi berkata beliau memaafkan Dr Mahathir jika pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) berkenaan melakukan kesalahan ke atasnya.

“Kalau kesalahan berkaitan dengan saya, saya maafkan dia. Kalau berkaitaan dengan tuhan, dia kena taubat sebab dia dengan Allah,” katanya.

Dalam perkembangan sama Abdul Hadi berkata beliau tidak kisah jika Dr Mahathir terus menyerangnya kerana memahami memang itu sikap bekas perdana menteri terbabit dan tidak pernah berubah.

“Sehari dua ini dia mengamuk dan serang saya. Tak apa, nak serang saya seranglah, tapi buat dia letih sahaja,” katanya. (TKO)


Bersama Kumpulan Islam. -Wasiat Rasul SAW


IMAM Al-Bukhari meriwayatkan di dalam Kitab Al-Sahih: Abu Idris Al Khaulani meriwayatkan bahawa dia mendengar Huzaifah bin Al-Yaman R.A. berkata:

  • “Orang ramai bertanyakan Rasulullah S.A.W berkenaan kebaikan, namun aku bertanyakannya berkenaan kejahatan (keburukan) kerana takut kejahatan itu mengenai diriku sendiri. Aku berkata: Wahai Rasulullah, kami dahulu berada dalam kejahatan (kesesatan jahiliah), kemudian datang kepada kami kebaikan (Islam) ini. Adakah selepas kebaikan ini akan datang pula kejahatan? 
  • Sabda Rasulullah S.A.W: Ya! Aku bertanya lagi: Adakah selepasnya datang pula kebaikan? 
  • Sabda Rasulullah S.A.W: Ya! Di dalamnya ada kekeruhan. Aku bertanya: Apakah kekeruhannya wahai Rasulullah? 
  • Sabdanya: Adanya kalangan yang menunjuk bukan petunjuk (ajaran)ku. Kamu dapat mengetahui mereka dan kamu menegah (menentang) kemungkaran (kejahatan). Aku bertanya lagi: Adakah selepas itu datang pula kejahatan? 
  • Sabda Rasulullah S.A.W: Adanya golongan yang mengajak ke dalam Neraka Jahanam, sesiapa yang menyahutnya (mengikutnya) nescaya dihumban bersama ke dalamnya. Aku berkata: Sila sebutkan sifat (rupanya) kepada kami. 
  • Sabda Rasulullah S.A.W: Mereka itu daripada kalangan yang sama warna kulit kita dan bercakap dengan bahasa kita juga (daripada kalangan satu bangsa dan bercakap Islam juga). Aku berkata: Apakah perintah suruhan Rasulullah kepada kami, sekiranya kami berkesempatan menemui kumpulan itu? Sabda 
  • Rasulullah S.A.W: Kamu hendaklah bersama kumpulan Islam dan Imam (pemimpin) mereka. Aku berkata: Kalau tidak ada jamaah (kumpulan Islam) dan tidak ada imam (pemimpin)? 
  • Sabda Rasulullah S.A.W: Kamu pisahkan diri daripada semua kumpulan itu walau terpaksa memakan umbi pokok atau menemui kematian, namun tetap bersama Islam”.


Lihat..

Solusinya, jom undi PAS
UNDILAH PAS dalam PRU14 ini
 PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular &sekandang dengannya, politik suku agama suku, yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails