Asrol Sani berkata, keputusan berkenaan dibuat selepas mereka kecewa dengan kepimpinan PKR negeri diterajui Datuk Dr. Mansor Othman membabitkan pelbagai isu.
Jelasnya, antara yang bertindak keluar parti hari ini ialah Timbalan Ketua Skuad Keselamatan PKR negeri, Mohd. Edy Jab; Exco AMK negeri, Mohd. Alif Fitri Kamarul Zaman dan Pengarah Program PKR Bertam, Saumi Husin.
“Ahli yang mengambil keputusan ini terdiri daripada kawasan Bagan, Bukit Mertajam, Tasek Gelugor, Kepala Batas dan Permatang Pauh,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE