Saturday, May 05, 2018

Sarawak Report Umpama Radio Buruk Ulang Balik Cerita Lama



Kalau dulu pembangkang menggunakan portal haram, Sarawak Report (SR) untuk memfitnah dengan matlamat menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan macam-macam fitnah dari isu 1MDB, derma RM2.6 bilion dan tuduhan ke atas KWSP menlenyapkan dana kononnya untuk kegunaan kempen BN untuk PRU14.

Kini, SR sudah jadi radio buruk yang tidak bernilai lagi. Sudah tidak ada benda hendak fitnah, mereka hanya ulang sahaja benda lama yang sudah dijelaskan oleh kerajaan kepada rakyat. Portal fitnah itu diuruskan oleh warga Britain, Clare Rewcastle Brown.

Pada 1 Mei lepas, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menang semua permohonan interlokutori dalam kes saman fitnahnya ke atas Clare.

“TGHH (Tok Guru Haji Hadi) menang semua lima permohonan interlokutori! Sarawak Report diperintah membayar keseluruhan kos 28,900 pound (RM155,791),” katanya menerusi Facebook.

Ia berkaitan laporan Sarawak Report pada 6 Ogos 2016 yang mendakwa Presiden PAS itu menerima dana RM90 juta sebagai usaha menarik sokongan parti itu menyokong Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

Saman terbabit difailkan peguam Abdul Hadi, Carter-Ruck, bagi mendapatkan perintah injuksi dan ganti rugi berhubung artikel di laman web terbabit bertajuk ‘As Najib Denies All Over 1MDB, Let’s Not Forget His Many Other Criminal Connections’.

Wang RM2.6 bilion sudah pun dijelaskan dengan bukti bahawa ia adalah derma dari Arab Saudi dan pihak Menteri negara itu juga sudah memberikan jawapan. Bagaimanapun, portal berkenaan ulang lagi fitnah yang sama.

Pakatan Harapan (PH) yang dipimpin oleh Mahathir Mohamad ketika ini sudah tidak ada masa untuk reka fitnah baru seperti fitnah berkaitan 1MDB dan peluru mereka sudah kehabisan. Sekarang di atas pentas ceramah mereka, mereka hanya ulang kata-kata bahawa Najib adalah pencuri dan penyamun.

Ketika ini pihak berkuasa mana-mana negara asing pun masih tidak mengemukakan bukti bahawa ada kesalahan dilakukan oleh Najib dalam isu berkenaan. Pihak Pejabat Peguam Negara juga sudah maklumkan bahawa tidak ada pihak berkuasa mana-mana negara menghubungi pihak berkuasa Malaysia untuk menyiasat apa-apa sahaja isu yang dibangkitkan oleh SR.

Bukan sahaja itu, Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden 1MDB, Arul Kanda Kandasamy juga kini dengan jujur turun padang memberikan penjelasan kepada orang ramai tentang cerita sebenar berkaitan 1MDB.

Dua hari lepas, Arul berkaya syarikat 1MDB telah pun memindahkan pemilikan semua tanahnya, termasuk plot tanah di Air Itam di Balik Pulau, Pulau Pinang kepada Menteri Kewangan Diperbadankan. berkata di bawah pelan rasionalisasi itu, semua tanah kini berada di bawah bidang kuasa Menteri Kewangan Diperbadankan, atas cadangan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
Beliau berkata, PAC mencadangkan pindahan pemilikan aset yang dimiliki 1MDB kepada syarikat-syarikat di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan, sebagai contoh, Tun Razak Exchange (TRX).

“Ini akan membolehkan ia dibangunkan tanpa dibelenggu oleh tanggapan negatif terhadap 1MDB,” katanya selepas sesi penjelasan mengenai 1MDB, di Balik Pulau.

Pemilikan tanah yang telah dipindahkan kepada Menteri Kewangan Diperbadankan terdiri daripada plot tanah di Air Itam, Pulau Indah, Bandar Malaysia dan TRX, dengan pembangunannya akan diputuskan oleh Menteri Kewangan Diperbadankan.

Sebelum ini, tanah di Air Itam seluas 9.5 hektar itu telah diperuntukkan bagi projek perumahan mampu milik terdiri daripada 9,999 unit kediaman yang dicadangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Arul Kanda berkata, Menteri Kewangan Diperbadankan memiliki 100 peratus tanah di TRX, manakala menara yang sedang dibangunkan telah dipajakkan.

Beliau yang menegaskan bahawa Kementerian Kewangan tidak pernah menyelamatkan 1MDB berkata: “Kami akui bahawa 1MDB telah membuat keputusan perniagaan yang merugikan dan kami akur dengan semua tuntutan yang dibuat oleh PAC seperti menukar pengurusannya.”

Sementara itu, Arul Kanda melahirkan kekecewaan dengan ketidakhadiran pihak pembangkang semasa sesi ceramah umumnya bagi menjelaskan isu berkaitan dengan 1MDB.

Beliau berkata, tidak ada seorang pun daripada wakil pembangkang yang datang menghadiri kempen penjelasan beliau yang bermula di Subang Jaya, diikuti di Shah Alam dan Sungai Siput (semalam) walaupun mereka telah dijemput. (PRU14.TV)
Imej yang berkaitan

Ikuti selanjutnya..


9 comments:

Anonymous said...

Hang faham tak faham kes Sarawak Report ni. Hang tau tak tentang apa yg PAS menang di UK? Hang lupa ka, kes PAS terima duit akan dibicara dalam tahun depan (2019) dan sekarang BELUM MULA BICARA LAGI....Apa yg PAS menang bukan menang KES Rm90 juta...teliti betul2...

Anonymous said...

Barua-barua dedak roket cuba mengubah berita kekalahan SR kepada kemenangan SR dengan memutarbelitkan berita sebenar.

50 muka surat pembelaan SR telah gagal membebaskan SR dari dakwaan menfitnah PAS dan hakim telah memerintahkan SR membayar kepada PAS maka perbicaraan yang akan datang hanyalah perbicaraan untuk menentukan jumlah ganti rugi yang perlu SR bayar kepada PAS.

Inilah akibattnya mat saleh percaya berita palsu yang dicipta oleh pakatan wayang roket. Hancing mat saleh kena kencing!

Anonymous said...

Penulisan yanh seolah2 menunjukkan kehebatan tetapi fakta2 kelaut. Takkan tak faham ayat menang bicara. Kalau dah menang takyah bicara tahin depan. Itulah bila hati telah .... apa yang ditulis pun tak ikut etika. Takpa esok ibnu kasi layan video n gambar awek2 gelek dan renang lagi. Kalau nak islam kena jujur dan amanah apa yang ditulis bukan hanya gimik2 aje tapi hati..... nauzubilllah

Anonymous said...

Simpan2 lah sikit bodoh tu. Kesian cukup2lah kau bodohkan keluarag kau aje. Tak payah nak bodohkan orang lain teutama yang tau undang2. Memang kebanganan yang teramat.

Anonymous said...

Pembelaan SR untuk melepaskan SR dari dakwaan menfitnah PAS telah gagal. Maka peluang untuk SR menang adalah sangat tipis !

Anonymous said...

Cukup-cukuplah barua dedak roket 10:23 pm membangangkan diri sendiri dengan menegakkan benang basah.

Kertas pembelaan SR telah gagal melepaskan SR dari dakwaan menfitnah PAS yang bererti memang wujud unsur fitnah dalam artikel SR terhadap PAS.

Anonymous said...

Pembetulan:

Komen 10:32 pm ditujukan kepada barua dedak roket 10:22pm

Anonymous said...

Barua-barua ternakan sifu roket memang bangang sebab mereka fikir kita tidak faham maksud interlocutory.

Nah baca ini;

nterlocutory
Provisional; interim; temporary; not final; that which intervenes between the beginning and the end of a lawsuit or proceeding to either decide a particular point or matter that is not the final issue of the entire controversy or prevent irreparable harm during the pendency of the lawsuit.

Anonymous said...

Kitorang faham dan jelas...yg tak faham jelas knp penyokong pas gembira tu adalah pan dan penyokongnya. Kitorang rasa syukur dgn tindakan sr yg pelik dan panik apabila tidak ada bukti kukuh. Tindakan sr yg pelik apabila cuba menyekat Tghh drpd menyaman. Dgn alasan tindakan Tghh itu utk kepentingan parti. Tak ke pelik. Biarlah atas apa2 kepentingan pun apa yg sr rugi jika apa yg dia tuduh itu benar. Jadi yg kena teliti dan tlg jgn panik ialah husam dan pengikut2 pan...bukan penyokong pas. Kitorang x ckp pun yg kes saman ni Tghh menang

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails