Tuesday, May 01, 2018

Londeh, Jangan Tak Londeh, Tapi Pakai Baju Ini. Guan Eng ‘lintang pukang’!




BUTTERWORTH – Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak senang duduk dengan tindakan provokasi calon Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan yang tidak putus asa untuk ‘melondehkan’ segala kepincangan Ketua Menteri Pulau Pinang itu.
Malah kehadiran Timbalan Presiden PCM itu dengan baju tertera dua perkataan ‘banglo dan terowong’ itu menyebabkan Guan Eng ‘bermasam muka’ ketika proses penamaan calon Parlimen Bagan baru-baru ini.
Kedua-dua mereka juga tidak bertentang mata atau bersalaman. Guan Eng dikatakan ‘tergesa-gesa’ untuk ke pusat penamaan Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Putih selepas itu selain mengelak sebarang pertembungan antara Cheng Guan atau media.
Menurut Cheng Guan, beliau akan terus memakai baju yang tertera ‘Banglo & Terowong’ ke mana sahaja berkempen sehingga tamatnya PRU-14. Selain daripada itu, baju-baju itu turut diedarkan kepada kesemua anggota PCM seluruh Pulau Pinang selain daripada diberikan kepada penyokongnya.
“Saya juga akan mencetak beberapa lagi baju dengan isu-isu lain yang sedang menghantui penduduk Pulau Pinang termasuk isu banjir, tol, peningkatan kos sara hidup, rumah mampu milik selain daripada 51 janji kosong kerajaan DAP.
“Mesej saya amat jelas sekali. Saya telah lontarkan pelbagai jenis persoalan kepada Guan Eng dan konco-konconya tetapi langsung tidak berjawab.
“Baru-baru ini saya juga ada persoal tentang kaitan hubungan Guan Eng dengan bekas suspek yang disogok sebanyak RM19 juta. Siap ‘berselfie’ dalam kereta dan rumah tetapi tiada jawapan.
“Bagaimana pula dengan pelbagai perkara lain? Kepincangan oleh Guan Eng dan kerajaan DAP? Apa yang sudah jadi dengan prinsip CAT yang sering dilaungkan oleh mereka selama ini terutamnya tentang ketelusan? Guan Eng sendiri terpalit dengan isu rasuah. Kenapa beliau masih bebas tanpa memberi sebarang penjelasan?
“Semua janji-jani bulan bintang yang hanya setakat omong kosong? Kos sara hidup sudah meningkat, semua yang kononnya akan di mansuhkan oleh beliau seandainya DAP memerintah langsung tidak dipedulikan dan kesalahan diletakkan ke atas bahu kerajaan Persekutuan. GST di persalahkan.
“Tiada orang yang berani bersuara dan bertanya, maka saya akan tanya. Saya langsung tidak takut. Beliau mungkin ‘tokong’ tapi dia bukan ‘Tuhan’ kepada saya. Bagi saya dia hanya seorang ahli politik yang sangat licik dan pembohong serta bongkak,” katanya kepada Malaysia Gazette malam ini.
Cheng Guan juga menambah, sepanjang kempen beliau akan berterusan mempersoalkan pelbagai kepincangan selain daripada ‘mendidik’ para pengundi tentang warna sebenar Guan Eng yang juga merupakan Setiausaha Agung DAP dan anak kepada Lim Kit Siang.
“Mereka ini hanya main politik keluarga. Dulu bukan main benci Tun Mahathir tapi kini boleh pula berpelukan dan saling memuji. Adakah dengan memohon maaf kepada rakyat dalam satu ceramah maka semuanya kembali kepada asal?
“Bukan main hebat anak beranak Kit Siang dan Guan Eng lantang membidas Tun Mahathir, kini kerana desakan mahu undi masyarakat Melayu dengan cepat mereka menjadi kawan dari lawan. Pengundi kita perlu celik dan tahu.
“Saya bukan berniat untuk memalukan atau main politik kotor dengan DAP, saya hanya mahu ketelusan dan persoalan-persoalan ini dijawab. Jangan terus perbodohkan masyarakat dan pengundi. Kesian sikit kepada mereka. Mereka percayakan anda kerana mahukan perubahan positif kerana anda telah ‘membasuh’ mereka dengan fakta tidak betul
“Apakah anda tiada perkemanusian sikit kepada pengundi? Janganlah berterusan tipu mereka demi undid an kuasa semata-mata. Tuhan itu maha adil, saya tidak akan berdiam tetapi akan terus perjuang dan bela nasib rakyat di negeri ini. Guan Eng perlu bersemuka dengan saya dan jawab. Itu sahaja,” tegasnya.-MalaysiaGazette
IKLAN
BARBER SHOP 91'
Kedai Gunting rambut lelaki kami baru dibuka.. Sila kunjungi, 10 pagi hingga 10 malam tiap hari hingga sebulan..
Harga Promosi
-dewasa RM7:00
-kanak-kanak5:00


Sila kunjungi segera!
Bandar Damai Perdana. No 10 Ground Floor,
Jalan Damai Perdana,5/1B,56000,Cheras, KL.
https://www.facebook.com/gunting.krew?hc_ref=ARTMPWKnBAfryEQBtojBcZSD5UiXc9XcclNqEH-qhttps://www.facebook.com/gunting.krew?ref=bookmarks)

9 comments:

Anonymous said...

Bravo PCM !

Anonymous said...

Bakpo Nik Omar TG Nik Abd Aziz gi wakili AMANAH, patoknye jadi wakil PAS loh!

PAS doh rosak doh!!!!!??????

Dr. ibnu sinar said...

Maaf semua mahu bertanya,kalau kita tk sembahyang,tk berpuasa,tapi undi pas adakah kita masuk syurga?

Anonymous said...

Kalau dah benci dengan perjuangan islam macam2 persoalan demi untuk menyalahkan pas. Sebab tu kalau umat islam kena cari ilmu beramal istikomah dan tawakal. Nas undi pas memg lah takda tapi wajib kita sebagai umat islam perjuangkan islam jadi disini parti mana yg istikomah perjuangkan islam dan allah janjikan surga pada hambanya yang berjuang ke jalan agamanya ia itu agama islam. Bagi yang tanya kalau tak sembahyang puasa tapi undi masuk surga ke tak soalan ni seperti menduga suruhan allah jangan permainkan suruhan allah jawapan dah tahu tapi cuba juga permainkan. Surga neraka hak allah tapi kita diberi petunjuk amalan untuk kesurga sapa ingkar neraka tempatnya. Jadi istrifar banyak2 pada yang persendakan suruhan allah. Pas berjuang untuk islam berguru beramal ikut yang disuruh tinggalkan yang dilarang dalam pas kami diasuh kejalan allah kalau tak caya tanya mat sabu. Tentang nik omar tak jadi masaalah dan kami takut nnt dia akan jadi macam ahmad awang dipinggirkan cuma diguna apabila perlu sebab pan ikut cakap dap.

Anonymous said...

Jangan berimamkan dap kembalilah pada islam sebenar.

Anonymous said...

Nik omar derhaka pada ibu dia takkan nak diangkat jadi pemimpin.

Anonymous said...

Soalan:

Maaf semua mahu bertanya,kalau kita tk sembahyang,tk berpuasa,tapi undi pas adakah kita masuk syurga?

Jawapan:

Manusia masuk syurga bukan kerana solat atau puasa tetapi kerana rahmat Allah yang Maha Pengampun dan Maha Mengasihani.

Semua manusia yang beriman pada Allah dan RasulNya dan tidak mengingkari perintah Allah dan RasulNya maka mereka berhak masuk syurga dengan rahmat Allah selepas Allah mengampuni mereka atau selepas mereka disiksa dalam neraka kerana dosa mereka sendiri.

Jika manusia mentaati semua perintah Allah dan RasulNya, dengan rahmat Allah, manusia tersebut masuk syurga tanpa siksaan neraka.

Parti Islam PAS pimpinan ulama Islam sedang berjuang menegakkan agama Islam dan membela hak umat Islam.

Maka perjuangan PAS adalah jihad dan Allah membalas jihad dengan balasan syurga.

Orang yang menyokong perjuangan Islam PAS juga dianggap berjihad di jalan Allah maka dengan rahmat Allah orang tersebut boleh masuk syurga kerana saham jihadnya.

Jika PAS memenangi PRU14, dengan izin Allah , PAS boleh menubuhkan kerajaan Islam yang boleh mewujudkan suasana persekitaran yang kondusif untuk beramal ibadah dan amar makruf nahi munkar.

Anonymous said...

Alhamdulillah terbaik 5.27. Terima kasih

Anonymous said...

Manusia masuk syurga bukan kerana undi Pas atau pun kerana amalan mereka. Manusia masuk syurga adalah kerana Rahmat Allah swt...semoga kita mendapat rahmat Allah diatas niat kita menyokong kepemimpinan yang hendak menegakkan syiar Islam iaitu agama Allah aminn

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails