Thursday, May 03, 2018

Kisah Bulu Ayam, Bahaya Fitnah &Ambiga..


Saya terbaca kisah seorang yang memfitnah seorang ulama..., lalu dia menyesal dan bertemu dengan ulama tersebut dan ingin memohon maaf...

Lalu ulama itu berkata... "dengan syarat. Nanti bila kamu datang ke masjid ku ini bawalah penyapu bulu ayam".

"Dalam perjalanan, kamu cabutlah bulu-bulu ayam itu sampai habis". Dia merasa pelik untuk apa perbuatan itu...tapi tetap melakukannya kerana niat ingin memohon maaf. Lalu dia melakukannya hingga sampai di masjid...dia berjumpa dengan ulama tersebut. 
"Wahai habib...aku telah buat seperti yang tuan suruh. Hanya tinggal rotan saja....bulu-bulu ayam itu aku cabut dan buang sepanjang perjalanan ke masjid tadi. Apakah tuan telah memaafkan saya?" 

Ulama itu berkata..."nanti bila kamu balik...kutip kembali bulu-bulu ayam yang kamu buang tadi dan bawa pada ku esok". Orang itu bertambah pelik. Tadi suruh buang...ini suruh ambil kembali. Tapi kerana ingin memohon maaf lalu dia melakukannya. 

Keesokan hari dia berjumpa dengan tuan habib. "Tuan...saya hanya mampu kutip 2..3 helai saja daripada banyak yang aku telah buang. Semua telah di terbangkan angin entah ke mana".

Lalu habib itu berkata.... "BEGITULAH DENGAN FITNAH yang kamu lakukan pada ku. Orang yang mendengar akan menyebarkan hingga ia entah kemana. Jika kamu ingin menarik kembali kamu tidak akan berdaya...ia tersebar dan  terus tersebar...". 

"Aku maafkan kamu. Bertaubatlah...lakukanlah apa yang harus kamu lakukan.
Nah.... itulah dosa yang jaariah....dosa fitnah terus berjalan disaat ia tersebar dan tersebar. Hingga tunggulah bala dunia atau azab akhirat yang akan menimpa".

Pada si pelaku... USAHALAH... temuilah orang-orang yang kau sebarkan fitnah untuk membetulkan kembali maruah orang yang difitnah.

Wallahua’lam... 



Komen Weblog Ibnu Hasyim: Terbaru, PAS difitnah Sarawak Report (SR) konon Presidennya Hj Abdul Hadi terima duit UMNO 90juta. Keluar mahkamah, Clare (SR) kata ini semua salah Ambiga. Ambiga yang bagi maklumat itu pada Clare.

Kesannya pada PAS begitu buruk sekali. Ambiga buat kenyataan dia diperangkap oleh pimpinan Pakatan Harapan. Hingga Mahathir pun ikut respon. Begitu bahayanya fitnah.



Ikuti selanjutnya..

1 comment:

Anonymous said...

Sesungguhnya fitnah-fitnah keji yang dicipta dan disebarkan oleh pemimpin dan barua pakatan wayang roket untuk menfitnah dan memburuk-burukkan perjuangan Islam PAS dan parti Islam PAS pimpinan ulama Islam siang dan malang membuktikan pakatan wayang roket adalah lebih sadis, zalim, kejam, jahat dan hina dari pembunuh ketana fitnah adalsh lebih buruk dari membunuh.

Sikap pakatan yang keji ini membuktikan pakatan wayang roket percaya parti Islam PAS pimpinan ulama Islam boleh memenangi PRU14 maka semua fitnah ciptaan pakatan ditujukan kepada PAS.

Ini juga membuktikan pakatan dipimpin oleh biawak-biawak lidah bercabang yang berceramah pong pang pong pang konon pakatan mahu menggulingkan BN tetapi sasaran fitnah ciptaan pakatan ditujukan kepada PAS.

Pemimpin biawak lidah bercabang cakap tidak serupa bikin, sembang mau lebat, habuk pun tarak.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails