Tuesday, January 23, 2018

Terowong: DAP Tipu Lagi, 2 Syarikat China Tidak Wujud.




Selepas berbohong mengenai isu bayaran kepada syarikat pemaju Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang dan 3 lebuhraya, kerajaan DAP Pulau Pinang sekali lagi didapati berbohong mengenai syarikat pemegang saham projek berkenaan pula.
Ahli Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas, Dr Norvandri Hassan Basri berkata, pembohongan disampaikan melalui lidah rasmi kerajaan negeri, Buletin Mutiara.
Beliau berkata demikian merujuk kepada laporan portal berita berkenaan pada 4 Mac 2013 menyebut; China Railway Construction Corporation Ltd (CRCC) dan Beijing Urban Construction Group (BUCG) menyertai konsortium usahasama didalam projek tujuan khas (SPV) bernilai RM6.34 bilion itu.
Menurut laporan tersebut, CRCC bersama Zenith Construction Sdn Bhd membentuk gabungan pemegang saham terbesar (70%) dengan modal berbayar masing-masing RM4 bilion dan RM3.5 juta.
Sementara BUCG, Sri Tinggi Sdn Bhd dan Juruteras Sdn Bhd masing-masing memegang 10% saham dengan modal berbayar RM541 juta, RM3.7 juta dan RM1 juta – membentuk konsortium dengan modal keseluruhan RM4.549 bilion.
Kata Dr Norvandri, pembohongan dikesan selepas CRCC dan BUCG mengeluarkan kenyataan kepada Bursa Malaysia, bukan sahaja menyatakan tidak terlibat dengan konsortium tersebut malah menafikan mereka sebagai pemaju atau pemegang saham projek terbabit.
“Kami tidak mengambil bahagian (dalam sebarang perkara selain pembinaan). Kami hanya bertanggungjawab terhadap pembinaan tetapi sehingga kini (projek) belum bermula,” kata Pengurus Besar CRCC, Sun Ming.
Pengakuan oleh CRCC dan BUCG merumuskan bahawa, modal berbayar RM4 bilion dan RM541 juta daripada dua syarikat dari negara China itu tidak wujud.
Tanpa sumbangan dari kedua-dua syarikat tersebut, jumlah modal berbayar hasil gabungan antara Zenith, Sri Tinggi dan Juruteras hanya RM8.2 juta – 46 kali ganda lebih rendah daripada modal berbayar minima ditetapkan kerajaan negeri iaitu RM381 juta untuk menguruskan projek mega berkenaan.
Semakan Dr Norvandri di Bursa Malaysia mendapati, pemegang saham projek tersebut yang terkini adalah Zenith Construction Sdn Bhd, (47.12%), Juruteras Sdn Bhd (0.75%), Kenangan Nominees (Tempatan) Sdn Bhd (38.92%) dan Vertice Berhad (dahulunya dikenali sebagai Voir Holdings Berhad)(13.12%).
Justeru itu, Dr Norvandri mempertikaikan kesahihan surat niat yang diberikan kerajaan negeri pada 6 Februari 2013 sebagai kebenaran untuk meneruskan projek berkenaan.
Katanya, bukan sahaja kerajaan DAP Pulau Pinang berbohong mengenai penglibatan CRCC dan BUCG di dalam kosortium, tetapi berbohong mengenai jumlah keseluruhan modal berbayar syarikat.
“Sehingga ke saat ini, kerajaan DAP negeri gagal untuk menjawab dua perkara ini. Bukan itu sahaja, Tun Mahathir dan Muhyiddin pun telah mengkritik projek kerajaan DAP ini,” katanya merujuk kepada kenyataan Dr Mahathir menyifatkan pembinaan terowong dasar laut adalah pembaziran duit rakyat.
“Kita menjangkakan regim DAP dan sekutunya akan zip mulut atau mengalihkan isu ini kepada isu lain supaya rakyat terlupa dan tidak membicarakan permasalahan yang sangat besar tentang skandal billion ringgit wang rakyat ini.
“Kerajaan DAP berbohong!” tegas Dr Norvandri lagi.
Pendedahan oleh Dr Norvandri adalah beberapa siri pendedahan pembohongan kerajaan negeri berhubung Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang.
Sebelum ini kemelut isu pembayaran kepada syarikat kontraktor timbul ekoran Guan Eng menafikan sebarang pembayaran telah dibuat, namun, Exco Kerajaan Negeri, Lim Hoch Seng mengakui RM216 juta sudah dibayar kepada syarikat kontraktor. – mD

Sama saja, DAP, UMNO, PAN, BERSATU..

13 comments:

Anonymous said...

Dalam English ada kata Thief shout Thief. Dia kata semua oran cori, tapi dia pun cori jugak

Anonymous said...

https://aidcnews.wordpress.com/2018/01/16/66-skandal-kerajaan-kleptokrasi-dap-pulau-pinang/

pru14.tv – Seluruh rakyat Malaysia malah warga antarabangsa juga turut menunggu untuk melihat pilihanraya yang bakal kita hadapi. Pilihanraya kali ini adalah yang paling sensasi kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak daripada Barisan Nasional akan ditentang oleh Pakatan Harapan yang diketuai DAP walaupun pembangkang cuba mengambarkan individu tersebut adalah Mahathir.

Satu kumpulan sedang berusaha untuk mempertahankan kerajaan yang sedang membangunkan Negara dibawah Najib Razak dengan menutup segala lubang kesengsaraan rakyat yang diciptakan oleh 22 tahun pemerintahan Mahathir.

Kerajaan dan kumpulan pakatan kleptokrasi sedang berusaha bertungkus-lumus untuk menjatuhkan kerajaan sekarang dan menubuhkan kerajaan baru di Putrajaya agar mudah mereka merompak kekayaan Negara mengikut telunjuk kuasa yang ada pada mereka.

Siapakah yang akan menang nanti akan ditentukan oleh rakyat jelata yang bakal keluar mengundi pada PRU14 nanti. Setidaknya sekarang rakyat sudah melihat kerosakan yang telah dilakukan oleh kumpulan Pakatan yang kleptokrasi di Pulau Pinang, Selangor dan sejarah 22 tahun Mahathir.

Apakah rakyat mahu memberikan Negara ini kepada Pakatan yang tidak langsung memikirkan hal ehwal kebajikan rakyat dan hanya tahu menuding jari menyalahkan kerajaan tanpa mereka mampu melakukan apa juga idea untuk membantu walaupun dihadapan rumah mereka sendiri.

Bukan mudah untuk menjatuhkan kerajaan pakatan kleptokrat yang akan menggunakan segala kekuatan dan wang untuk membeli undi, melancarkan fitnah sepanjang masa dan membohongi rakyat dengan kepelbagaian cara.

Tambahan pula, permainan politik perkauman yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Kleptokrat ini sudah tiada memikirkan kesannya terhadap polarasi kaum dalam Negara ini asalkan hajat mereka tercapai.

Anonymous said...

Sambungan

Sebagai bukti yang nyata dan telah pun berlaku, dibawah ini disertakan bagaimana sebuah kerajaan Pakatan yang amat kleptokarsi telah menyamun harta negeri di Pulau Pinang. Kerakusannya sudah menyamai apa yang telah dilakukan oleh Mahathir.

Skandal-skandal kerajaan DAP Pulau Pinang 2008 – 2018

1. Skandal penarahan Bukit Botak, Relau.
2. Penjualan tanah tapak masjid di Bayan Bay
3. Penyelewengan dan skandal rasuah duit Zakat PUZPP.
4. Skandal pembayaran tanah laut tanpa kelulusan Kajian Kebolehsaknaan.
5. Skandal tanah Taman Manggis dan KLIDC.
6. Skandal ubah syarat tanah di Balik Pulau.
7. Skandal pembelian banglo Ketua Menteri bawah harga pasaran.
8. Skandal kilang haram di Sg Lembu.
9. Campurtangan dalam soal fatwa
10. Skandal penjualan 1100 ekar tanah kerajaan negeri kpd kroni.
11. Skandal kelulusan projek lereng bukit.
12. Banjir terburuk dalam sejarah negeri P.Pinang.
13. Skandal kutipan sampah bernilai RM1.43juta
14. Skandal penipuan hutang kerajaan negeri.
15. 2000 pusat hiburan dan rumah urut berlesen dan haram di seluruh P.Pinang.
16. Ratusan serbuan & tangkapan makmal dadah di P.Pinang.
17. Pembelian anugerah MBPP dan MPSP palsu.
18. Pelbagaj caj, kenaan dan kutipan baru diperkenalkan kepada rakyat.
19. Kenaikkan harga dan surcaj air berkali-kali.
20. Skandal membina dan mengecat laluan basikal di Georgetown.
21. Skandal Kajian Kebolehlaksanan Projek Terowong dan PTP.
22. Skandal tambakan laut di Gurney, Bayan Baru dan Teluk Kumbar.
23. Skandal tanah runtuh di Tanjung Bungah.
24. 25 kampung-kampung Melayu lenyap dan hilang.
25. Perobohan gerai penjaja dan kedai makan.
26. Anjur Pesta Arak secara terbuka.
27. Gezetkan jalan khas untuk pesta arak setiap malam.
28. Pemecatan Ahli Majlis dan JKKN Parti Islam SeMalaysia (PAS)
29. Pembinaan rumah mewah dan mampu tengok di P.Pinang.
30. Tiada rumah kos rendah atau mampu milik untuk rakyat.
31. Kenakan sekatan dan birokrasi bina rumah kos rendah dan mampu milik.
32. Menutup periuk nasi Nelayan pantai.
33. Penjualan saham Pulau Jerjak.
34. Memanipulasi angka hutang kerajaan negeri.
35. Bergaduh dengan PAS
36. Meminggirkan ADUN dari PKR dan DAP yg tak sehaluan.

Anonymous said...

Sambungan

37. Gagal tunai janji-janji dalam Manifesto PRU12 & 13.
38. Menaikkan harga sewaan tapak perniagaan sehingga 200 %.
39. Tiada plan kecemasan menangani bencana – banjir.
40. FDI merosot dari RM12bilion ke RM2bilion pada tahun 2016.
41. Menanggung perbelanjaan kerajaan melalui penjualan tanah kerajaan dari 33% ke 8% baki.
42. Menubuhkan “Pasukan Polis” sendiri yang disahkan sebagai Pasukan Haram.
43. Politik ugutan, sehingga mahu membubarkan DUN untuk pilihanraya negeri.
44. Berperang dengan pegawai kerajaan persekutuan (SDO)
45. Sentiasa menyalahkan pihak lain dan BN jika kerajaan negeri hadapi masalah.
46. Masalah kesesakkan lalu lintas tidak dapat diselesaikan.
47. Ugut rakyat kononnya jika DAP kalah, rakyat akan kembali mundur di bawah BN.
48. Berbohong mengenai isu miskin tegar dihapuskan selepas 1 tahun DAP memerintah P.P
49. Peningkatan perbelanjaan kerajaan negeri hampir 500% dari tahun 2008 (RM283j-RM1.3b)
50. PDC alami penyusutan keuntungan dari RM75juta setahun kepada RM6 juta pada 2015.
51. Peruntukan bajet 2017 kepada pejabat Ketua Menteri meningkat 600% dari tahun 2016.
52. Gagal memelihara alam sekitar dan ekologi laut.
53. Hujan dijadikan alasan kenapa Pulau Pinang banjir terburuk.
54. 51 projek yang dicadangkan oleh kerajaan negeri telah gagal dilaksanakan.
55. Gagal newartakan kawasan perlindungan hutan.
56. RM220juta peruntukan dalam Bajet 2017 tangani banjir lesap tanpa berita.
57. Menolak 13 usul DUN yang dibawa oleh ADUN PKR dan DAP sendiri.
58. Menggunakan institusi dan wang kerajaan untuk meliberalkan Islam (Penang Institut)
59. Menyokong golongan-golongan songsang gender (LGBT).
60. Meletakkan kos yang tinggi dan tidak munasabah untuk projek yang dicadangkan kerajaan.
61. Memelihara kilang-kilang haram di Pulau Pinang.
62. Menyita rumah yang tidak membayar sewa.
63. Tidak menghapuskan pinjaman pendidikan negeri dan ditukar ke biasiswa.
64. Pasukan bolasepak tercorot untuk 9 tahun berturut turut.
65. Mengabaikan pembangunan kawasan luar bandar dan kawasan dimenangi BN.
66. 7 tahun bajet negeri alami defisit secara keseluruhan RM598.04juta.

Walau apa sekali pun, jika rakyat bangkit untuk perubahan, tiada kuasa boleh menahannya. Negara kita perlu dilanda Tsunami politik untuk memecahkan benteng-benteng yang dibina oleh pihak pembangkang untuk memusnahkan apa yang telah terbina dan menyusahkan rakyat nanti.. Jika rakyat bersatu hati, tanpa mengira agama dan bangsa, segala benteng yang menghalang akan termusnah dan kita akan hidup dalam sebuah kerajaan Barisan Nasional yang kuat dan terus menabur khidmat kepada rakyat.

Kuasa rakyat adalah kuasa keramat. Kuasa keramat itu perlu digunakan untuk menyelamatkan negara kita daripada kumpulan kleptokrat yang akan memusnahkannya. Kita tidak mahu negara kita digadai di depan mata.Kita tidak mahu lahi tanah digadaikan kepada Temasek sehingga berbaki bawah 6% sebagaimana di Pulau Pinang.

Marilah kita, rakyat Malaysia, bersama-sama memerangi kleptokrasi dan menyelamatkan Malaysia. Tahun ini kita berpeluang membuat perubahan demi masa hadapan generasi akan datang. Gunakan peluang ini sebaik yang mungkin. Peluang ini adalah peluang terakhir. Jika terlepas, tidak boleh diperbaiki lagi. Kita terpaksa tunduk kepada kuasa zalim untuk selama-lamanya.

Anonymous said...

Kekejaman Rejim Penang adalah tanpa had batas mahupun brek. Penduduk kampung di Pulau Pinang bagaikan rakyat Palestine di tebing barat.

Mana Mat Sabu, Mana Mujahid, Mana Bini Anwar. Ketiga2 mereka berasal atau suami berasal dari Penang. Tapi tanpa sedkit kekesalan mereka hanya tahu membodek DAP sahaja.

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/penduduk-bakal-dihalau-1.73436

Penduduk bakal dihalau

PULAU PINANG 24 Mac - Persiaran Gurney yang menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara di sini, bakal berubah wajah tidak lama lagi selepas sebahagian kawasan tersebut dijangka dibangunkan dengan projek komersial.

Perkara itu berikutan notis yang dikeluarkan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) bagi kerja-kerja pembangunan tanah di atas lot 1011, 1372 dan 2882 di kawasan berkenaan.

Sebahagian lot tanah tersebut meliputi kawasan Jalan Kelawai berdekatan bulatan Persiaran Gurney serta kawasan penempatan penduduk.

Projek terbaharu oleh MPPP itu mengundang kebimbangan penduduk kerana bakal merubah sepenuhnya landskap Persiaran Gurney pada masa depan.

Malah, projek pembangunan itu juga bakal menyebabkan Persiaran Gurney bertambah padat dengan bangunan komersial, sekali gus memburukkan lagi keadaan lalu lintas yang sudah sedia sesak ketika ini.

Menurut jurucakap Citizens Awareness Chant Group (Chant Group), cadangan pembangunan di atas tapak tanah milik MPPP itu sangat mengejutkan memandangkan kawasan berkenaan disifatkan sudah terlalu sesak dengan pembangunan komersial.

Katanya, MPPP sepatutnya memanggil penduduk di kawasan tersebut dan mendapatkan maklum balas sebelum meneruskan sebarang cadangan pembangunan di kawasan berkenaan.

Tambahnya, selain deretan hotel-hotel mewah dan bangunan komersial, kawasan itu juga sudah mempunyai kompleks beli-belah mega, sekali gus dilihat tidak lagi sesuai dibangunkan dengan projek komersial baharu.

“Malangnya kita tidak pernah mendengar MPPP atau kerajaan negeri mengadakan dialog dengan penduduk tentang cadangan pembangunan di kawasan ini.

“Sedangkan cadangan pembangunan ini boleh disifatkan sebagai kritikal kerana bukan hanya merubah landskap Persiaran Gurney, malah akan menyebabkan penduduk di kawasan tersebut menanggung kesan kerana kepadatan projek komersial,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Sementara itu, Presiden Kongres Persatuan Melayu Pulau Pinang (KMPP), Rahmad Isahak berkata, kerajaan negeri sepatutnya tidak membenarkan kawasan tersebut dibangunkan dengan lebih banyak projek komersial kerana dilihat tidak lagi sesuai dengan keadaan sema­sa.

Sambil mela­hirkan rasa terkejut, beliau juga membidas kerajaan DAP Pulau Pinang yang disifatkan lepas tangan dalam membantu penduduk di kawasan itu menyelesaikan isu pertikaian dengan tuan tanah sehingga menyaksikan sebuah lagi penempatan bakal dimusnahkan.

Menurutnya, kerajaan negeri sepatutnya mengambil langkah lebih berkebajikan dan berperikemanusiaan dalam menyelesaikan masalah pertikaian antara penduduk dengan pemilik tanah supaya tiada pihak dilihat seperti teraniaya.

“Penduduk kampung juga merupakan rakyat dan pengundi di negeri ini dan ada antara mereka yang turut membayar cukai pintu kepada MPPP, jadi tidak seharusnya kebajikan mereka diabaikan,” katanya.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/penduduk-bakal-dihalau-1.73436#ixzz54zmms4Xf
© Utusan Melayu (M) Bhd

Anonymous said...

Say no kpd DAP yg anti Islam dan sekutu2 dlm PH

http://malaysiandigest.com/bahasa-malaysia/691126-10-bukti-dap-anti-islam-menurut-ridhuan-tee.html

10 Bukti DAP Anti-Islam Menurut Ridhuan Tee

KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas, Prof. Dr. Ridhuan Tee Abdullah menyenaraikan 10 bukti yang menunjukkan DAP merupakan sebuah parti anti-Islam.

Yang pertama, pemimpin DAP Perak, Nga Kor Ming pernah menghina umat Islam dengan menyamakan pemberian duit raya sama seperti rasuah atau dedak.



Kedua, tokoh DAP Pulau Pinang, Jeff Ooi menghina kematian ulama tersohor Tuan Guru Harun Din dengan ungkapan ‘Adios Harun Din’.

Ketiga, Nga Kor Ming sindir purdah yang dipakai sebahagian wanita Islam. Apabila Datuk Ahmad Darus cadang pramugari memakai pakaian menutup aurat, pemimpin DAP kata pemimpin Melayu otak cacat.

Keempat, Pemimpin DAP yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy menggelar pendakwah terkenal antarabangsa, Dr. Zakir Naik sebagai ‘setan’, 



Kelima, DAP pernah lantang mempertikaikan kandungan khutbah Jumaat dan mengganggu urusan fatwa di Pulau Pinang. 



Keenam, DAP biadab mempersoalkan laungan azan dan bacaan ayat al-Quran melalui pembesar suara masjid. 

Ketujuh,

DAP mempersoalkan larangan murtad dan mempersoalkan kewujudan JAKIM.


Kelapan, DAP berani menghina dan mempersenda hukum hudud.

Kesembilan, DAP separuh mati menentang RUU355, mereka kata konon RUU355 belum perlu.

Ke-10 DAP menentang ustaz dan ustazah dari Semenanjung dihantar ke Sarawak,



“Belum berkuasa di Putrajaya, DAP telah cuba memandulkan Islam. DAP adalah komponen Pakatan Harapan. Berpolitik untuk memenangkan PH bermakna berpolitik memenangkan DAP.



“Politik DAP adalah politik memandulkan Islam. Maka sesiapa umat Islam yang berpolitik untuk PH bermakna mereka berpolitik untuk memandulkan Islam – agama mereka sendiri. Tepuk dada tanya iman,” katanya dalam satu kenyataan.

Anonymous said...

Kesimpulannya mak ko babi

Anonymous said...

Apasal mencarut carut. Aku tau la PAN kena buli sampai dapat bertanding 27 kerusi sajerr

Puaka Rimba said...

Dari 2013 sehingga sekarang. SPRM hanya menyiasat dan ambil keterangan berpuluh individu. Satu PENDAKWAAN pun tiada dibuat. LGE mash tersandar dikerusi empuk di KOMTAR. Sampai bila nak siasat ni. Kalau mempunyai bukti yg kukuh. Tangkap dan Dakwa. Apa cerita dengan 2 orang Dato yg dikatakan menerima jutaan ringgit. SPRM DAH TANGKAP DAN DAKWA KE BELUM.. DIHARAP SPRM BERTINDAK CEPAT ,SEBELUM RAKYAT P.P MENGANGGAP IANYA SATU GIMIK MENJELANG SETIAP PILIHAN RAYA. HEHEHEKIKIKIHAHAHAKAHKAHKAH

Anonymous said...

ITU NAMA DIA STRATEGI. NANTI DEKAT2 NANTI ZASSSSSS. HANG INGAT DEPA BODOH MACAM PUAKA RIMBA KA?

MACAI PAN BEREBUT DEDAK YG MAKIN SIKIT. YG LEVEL2 MANDUR2 DALAM PAN PULAK SIAP BEREBUT JAWATAN DAN BEREBUT KERUSI. AL MAKLUM KENA BULI DGN RAKAN PH MAKA KERUSI HANYA TINGGAL SERPIHAN UTNUK DITANDINGI.

NI BUKAN AMANAH TAPI BENDA LAIN NI. AKU RASA BUKAN AMANAH TAPI TAMAK HALOBA

KESIAN KAT MANGKUK2 KUALI. JATUH SETANDAN, DITIMPA TANGGA. LEPAS PRU-14 LINGKUP SELORI SEBAB KAWAN2 PAN AKAN BLAH DARI PH

http://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/tiga-kumpulan-berebut-kuasa-dalam-pan/

Tiga Kumpulan Berebut Kuasa Dalam PAN

KUALA LUMPUR – PAS mendakwa kenyataan Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Salahuddin Ayub bahawa PAS akan berpecah dua kerana berbaik dengan UMNO adalah taktik parti itu untuk mengalih perhatian umum daripada isu dalaman parti berkenaan.
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki mendedahkan sebenarnya PAN yang kini berada diambang perpecahan kerana berlaku perebutan kuasa tiga kumpulan dalam parti serpihan PAS tersebut.

“Saya melihat kenyataan Salahuddin ini cuba untuk mengalihkan perhatian umum terhadap perpecahan yang semakin ketara di dalam PAN.

“Saya menjangkakan sekurang-kurangnya ada tiga kumpulan yang sedang bersaing untuk menguasai PAN,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohd. Zuhdi mendedahkan tiga kumpulan yang sedang berebut kuasa dalam PAN adalah kumpulan Mohamad Sabu, kumpulan Datuk Husam Musa dan kumpulan yang cenderung kepada badan bukan kerajaan Pertubuhan IKRAM Malaysia

“Disebabkan persaingan itu, sehingga hari ini tidak diketahui bila PAN akan membuat pemilihan pimpinan baru, sedangkan pemegang jawatan sekarang tidak dipilih melalui muktamar atau mesyuarat agung,” katanya.

Salahuddin hari ini mendakwa PAS berdepan dengan perpecahan setelah menampakkan kerjasama dan hubungan baik dengan parti terbesar kaum Melayu UMNO.

Justeru, beliau percaya PAN akan berjaya merampas Kelantan daripada PAS dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

PAN ditubuhkan oleh beberapa bekas pemimpin PAS yang taksub kepada Pakatan Harapan dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Penubuhan PAN dengan sokongan padu DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertujuan menggantikan PAS sebagai parti Islam dalam Pakatan Harapan.

PAS disingkirkan daripada pakatan pembangkang kerana enggan berkompromi dalam beberapa isu akidah Islam yang dianggap DAP dan PKR sebagai beban politik.

DAP dan PKR bagaimanapun cuba memujuk PAS kembali menyertai pakatan pembangkang selepas mendapati PAN gagal menarik sokongan majoriti umat Islam.

Pelawaan itu ditolak PAS menyebabkan parti itu mula diserang dengan pelbagai propaganda oleh pemimpin dan penyokong Pakatan Harapan seperti yang mereka lakukan ke atas UMNO selama ini. -MYNEWSHUB.CC

Anonymous said...

Jika baca sumber tersebut, sekarang ini.. jam ini... LGE dah di angkut oleh SPRM.


LGE tu pembangkang bukan MO1... Tangkap lah..

Puaka Rimba said...

Sudah bertukar rentak nampaknya. Kita putar dulu abang Lobai. Auta besar....auta besar....eh..wang besar...wang besar...Hehehekikikihahahakahkahkah

Anonymous said...

Woi barua dedak cap roket, jangan cakap besarlah. Sifu banglo 66 skandal sedang terketar lutut sejak masuk mahkamah kes rasuah. Jika sifu didakwa kes 66 skandal, sifu boleh mati sakit jantung.

Lihat muka sifu berpura-pura senyum tapi dia punya hati manyak susah ma. Rumah kata porrah, prnjara kata wangek.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails