Monday, July 10, 2017

K/Pengenalan Khas Muslim F'pina Bagi Perangi Pengganas. Mampukah?

Imej yang berkaitan


Kerajaan Filipina hari ini merancang akan menguatkuasakan kad pengenalan khas bagi rakyatnya yang beragama Islam. Hal itu dilakukan dengan tujuan menekan jumlah kumpulan militan yang semakin marak beraksi di bahagian selatan negara tersebut.

Peraturan untuk menguatkuasakan kad pengenalan khusus muslim tersebut pertama kali disuarakan oleh Inspektor Polis Pusat Luzon, Aaron Aquino, ketika bertemu dengan pasukan polis, tentera, pegawai politik, dan 200 pemuka agama serta masyarakat Muslim.


Daesh Ancam Lebih Banyak Serangan

"Kad pengenalan ini akan mengenal pasti setiap individu dan masyarakat Muslim. Jika kita punya sistem semacam ini, kita akan tahu identiti penduduk asli dan pengunjung yang datang ke tempat tertentu," kata Aquino, seperti dikutip dari laman Russia Today, Jumaat (7/7) .

Sistem ini telah dilancarkan oleh kerajaan daerah Paniqui, di wilayah Tarlac, di mana kata Aquino terbukti telah berjaya mengurangkan angka kejahatan terorisme.

"Sistem ini merupakan amalan yang baik di berlakukan di dearah itu dan dapat direplikasikan ke semua komuniti Muslim di seluruh wilayah negara. Hal ini bertujuan untuk memudahkan dan mengefisiensi pengenalan dari saudara Muslim kami," jelasnya.

"Kami melakukan pendekatan multi sektoral dalam menangani masalah ini dan saya gembira bahawa saudara laki-laki Muslim di sini telah menunjukkan niat mereka untuk bekerja sama dengan kami," tambahnya.

Petanda baik atas cadangan ini adalah tidak semua pemimpin Muslim menolak idea tersebut. Namun mereka tetap ingin tahu lebih banyak tentang bagaimana cara kerja kad pengenalan tersebut melalui sosialisasi.

Meski demikian, pemerhati hak asasi manusia dunia (HRW) menyebut bahawa cadangan ini menggambarkan diskriminasi terhadap 10.7 juta populasi penduduk Muslim di negara tersebut.

"Pembuatan kad pengenalan khas itu dikhuatiri boleh melanggar hak-hak dasar warga Muslim untuk mendapat perlindungan undang-undang, kebebasan bersuara, dan hak asas lain," kata penyelidik HRW, Carlos H. Conde, di laman web miliknya.

Conde juga yakin bahawa sokongan nyata dari para pemimpin Muslim untuk cadangan tersebut sangat tidak relevan.

Sebelum ini diketahui bahawa Presiden Filipina Rodrigo Duterte mengecam para pemimpin Muslim Marawi dan penduduk kota tersebut kerana membiarkan kumpulan militan yang bergabung dengan Negara Islam Iraq dan Syam (ISIS) menimbulkan masalah di bandar tersebut.

Sampai saat ini, sekurang-kurangnya 400 orang dianggarkan telah tewas oleh militan Maute di Marawi. Sementara itu, beratus-ratus ribu penduduk lain telah menjadi pelarian kerana konflik tersebut. 

Dr Mahmud Ahmad 
Hasil carian imej untuk Dr Mahmud Ahmad
Hasil carian imej untuk Dr Mahmud Ahmad
Apa yang menarik, berkaitan Filipina Selatan ini, bekas pensyarah kanan Universiti Malaya (UM), Dr Mahmud Ahmad telah disenaraikan sebagai pengganas paling dikehendaki AS.

Dr Mahmud dari Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam UM, dikatakan menyertai Khatibah Nusantara, cabang penyokong Daesh di Asia Tenggara yang berpusat di selatan Filipina. Dr Mahmud dituduh mula menyertai militan Abu Sayyaf, antara sel Daesh di Mindanao pada April 2014.
Mahmud sudah berkahwin. Alamat terakhirnya di Batu Caves, Selangor. Dr Mahmud dilaporkan mengasaskan dan menjalankan Open Tahfiz Centre di Gombak. Beliau kini berusia 39 tahun dan lahir di Batu Caves, Gombak pada 25 September 1978.
Dr. Mahmud mula terlibat dalam aktiviti militan sejak 1990-an ketika belajar di Islamabad, Pakistan. Dia menerima latihan ketenteraan di kem Al Qaeda di Afghanistan. Di kalangan Daesh, Dr Mahmud digelar Abu Handzalah.
Nama Dr Mahmud kembali mencanak setelah menyertai pengganas Deash pimpinan Isnilon Hapilon yang menawan bandar Marawi dan berperang secara terbuka dengan tentera Filipina menjelang Ramadan lalu.
Dr. Mahmud dianggap mastermind disebalik siri penculikan sekitar perairan Sabah dan mengunakan taktik wang tebusan sebagai cara menjana sumber kewangan rangkaian pengganas Daesh di selatan Filipina.
Malah, dituduh juga dari selatan Filipina, Dr Mahmud aktif merekrut rakyat Malaysia untuk berperang dengan militan Daesh di Syria dan Iraq. Selain mastermind, Dr Mahmud dipercayai paling kanan serta dinamakan sebagai bakal penganti Hasnilon.
Jadi Dr Mahmud dilihat sebagai kesinambungan bagi memimpin Khatibah Nusantara, nama negara wilayah Islam Daesh di Asia Tenggara. Ia merangkumi Selatan Filipina, Borneo, Singapura, Indonesia, Malaysia dan Selatan Thai.
Berikutan maklumat risikan mengenai Dr Mahmud dan Hapilon yang dikatakan  masih hidup, kedua-dua nama ini kekal sebagai pengganas paling dikehendaki AS. Malah, kini menjadi dua buruan paling dikehendaki di Asia Tenggara. (IH)

Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.




Imej yang berkaitan


Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap mengenainya.

1 comment:

jalilnor said...

baru-baru ini artikel menyatakan ketua IS iaitu Albagdadi adalah org tthudi dan ejen mossad dan dia menyamar jadi ketua IS... dia menyebabkan orang islam dan ugama islam dikeji ditindas didunia ini yg didokong oleh amerika dan barat dan semua musuh islam... kenapa islam dipersalahkan?????? ini taktik dunia Barat yg mana anti islam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails