Friday, July 14, 2017

Komunis China 'Ganas' Melampau, Tekan Muslim, Tutup Restoran Halal, Tak Boleh Barjanggut..


KASHGAR (CHINA), 20 Syawal 1438H, Jumaat – Papan tanda mengumumkan tidak ada sesiapa yang dibenar bersolat di tempat awam atau menyimpan janggut sebelum berumur 50 tahun, manakala kakitangan kerajaan pula dilarang berpuasa pada bulan Ramadan.
Sedang kerajaan komunis China bangga dengan pelaksanaan One Belt One Road (OBOR) di serata dunia Islam, mereka sebaliknya mendiskriminasi dan memberi tekanan kepada Muslim Uighur, sehingga untuk melaksanakan tanggungjawab terhadap agama dan kepercayaan, dihalang.
Malah, untuk memasuki masjid pusat di bandar Kashgar di wilayah Xinjiang, umat Islam mesti melalui alat pengesan logam di bawah kawalan ketat anggota polis.
Sekatan yang semakin ketat terus dikenakan ke atas penduduk Uighur di kawasan Xinjiang hingga kadang kala mencetuskan ketegangan. Janggut diharamkan, begitu juga solat di tempat awam turut dilarang.
Untuk beberapa tahun, dataran di luar Masjid Kashgar dipenuhi umat Islam yang hendak bersolat, terutama pada Hari Raya Puasa, tetapi kini tiada lagi.
Tahun ini, tidak ramai yang hadir untuk solat sunat Aidilfitri. Penduduk memberitahu ianya disebabkan kawalan ketat dan sekatan pemeriksaan dilakukan oleh kerajaan, menghalang orang ramai memasuki Kashgar bagi menunaikan solat Aidilfitri.
Beijing bagaimanapun, mendakwa larangan dan kehadiran ramai anggota polis bertujuan mengawal penyebaran ekstremisme dan gerakan pemisah, tetapi penganalisis memberi amaran bahawa Xinjiang bakal menjadi ‘penjara terbuka’.
China pada asasnya mewujudkan ‘negara polis’ yang tidak pernah berlaku sebelum ini, kata pakar mengenai keselamatan di China dari Australia’s La Trobe University, James Leibold.
Kerajaan komunis China mula menguatkuasakan larangan berkaitan agama Islam di Xinjiang pada 2009, berikutan rusuhan besar yang mengorbankan kira-kira 200 orang awam di ibu negeri wilayah Xinjiang – Urumqi.
Pada Mac lalu, Presiden Xi Jinping mengarahkan pasukan keselamatan membina ‘dinding keluli yang besar’ di sekeliling wilayah itu selepas pemuda Uighur yang menyertai IS di Iraq mendakwa akan pulang untuk ‘mengalirkan darah ibarat sungai’ di wilayah itu.
Sepanjang tahun lalu, Beijing menghantar ribuan anggota pasukan keselamatan, mendirikan balai polis berhampiran sekatan jalan raya dan mengenakan peraturan tegas kononnya bagi menghapuskan ekstremis.
Di Tashkurgan berdekatan sempadan Pakistan, pihak berkuasa menutup restoran halal sebagai hukuman keengganan pemiliknya menyediakan makanan ketika cuti.
Banyak kamera pengawasan dipasang di masjid bagi memantau umat Islam, termasuk kamera yang dihalakan terus ke tempat imam.
China telah lama mengaitkan tindakan mereka terhadap umat Islam Uighur sebagai usaha memerangi keganasan antarabangsa, dengan alasan bahawa gerakan pemisah akan bekerjasama dengan pelampau luar, seperti Al-Qaeda.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, umat Islam Uighur menjadi mangsa kekejaman kerajaan komunis China, menyebabkan puluhan orang terbunuh. – Agensi
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Begitu! Keganasaan melampau negara China ke atas rakyatnya sendiri yang berketurunan Muslim. Rakyat berketurunan China di negara umat Islam seperti Indonesia dan Malaysia pula begitu 'ganas melampau' menghina agama Islam di negara yang mereka tumpangi itu. 
Apakah 'kemelampaui' mereka itu ingin menuju ke arah istilah 'kafir yang wajib diperangi?? Na'auzubillah..


Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.


Imej yang berkaitan
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap mengenainya.

3 comments:

Anonymous said...

Memandangkan co2 banyak terkumpul dlm sarban exco Kelantan Ada baiknya Kita hantar bercuti para lobai Ni ditanah hutan sejuta ekar yg diberi pd clemat. Dgn cara dharap lebih pro bila menjwb dlm dewan

Anonymous said...

Rejim China Komunis sedang secara terang-terangan berusaha menindas dan menghapuskan agama Islam dan umat Islam di negara China tetapi pada waktu yang sama pemimpin-pemimpin Be End pimpinan Dumno sedang berkasih sayang dengan pemimpin-pemimpin Komunis China !

Bagaimana boleh pemimpin-pemimpin Melayu berkasih sayang dengan 'iblis, dajal dan syaitan' yang memusuhi agama Islam dan umat Islam? Kita boleh bayangkan jika China Komunis berjaya menjajah negara ini, mereka juga akan menindas dan menghapuskan agama Islam dan umat Islam di negara ini !

Sepatutnya pemimpin-pemimpin Melayu-Islam membela agama Islam dan umat Islam di China yang sedang ditindas dan dihapuskan oleh rejim China Komunis bukan menjalin hubungan kasih sayang dengan bapak komunis yang memusuhi Islam!

Kita dapati puak Be End dan puak Pakatan Tiada Harapan tidak berminat untuk membela agama Islam dan hak umat Islam di negara ini dan China ! Bahkan mereka menentang ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam !

Wahai umat Islam, PRU14 semakin hampir. Gunakan undi tuan-puan untuk memberikan kemenangan kepada parti Islam dan calon Islam yang berwibawa supaya parti Islam boleh menubuhkan kerajaan Islam yang boleh membela agama Islam dan hak umat Islam.

Anonymous said...

Memandangkan roket kafir harbi membebaskan banyak gas-gas beracun dan yang amat berbahaya kepada rakyat, ada baiknya kita hantar semua sifu dan evangelis DA-Pig pergi bercuti di planet Merkuri untuk menikmati haba matahari selepas mereka kencing rakyat dengan pelbagai tipudaya dan skandal kroni dan bini dan projek mega yang amat merugikan rakyat.

Kita pasti mereka juga akan menjual tanah-tanah di Merkuri untuk mengisi poket sendiri dan tabung parti seperti mana mereka telah lakukan di tanah jajahan mereka di bumi. Mereka juga mungkin akan memurtadkan planet Merkuri menjadi planet evangelis seperti mana mahu murtadkan negara kita.

Bila mereka kembali ke bumi, diharap mereka tidak berpura-pura malu untuk menjawab semua soalan rakyat tentang salahlaku dan skandal mereka !

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails