Monday, July 24, 2017

Ini Simbolik Kebangkitan Yang Pasti Berlaku.. K/Ulama Islam Sedunia.


KEBANGKITAN Islam pasti berlaku dan kehadiran pada himpunan di penutup Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah Kali Ke-4 (Rantau Asia) merupakan simbolik kebangkitan itu.
Demikian keyakinan disuarakan Naib Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada kemuncak ijtimak itu di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, di sini semalam.
Menurut beliau, keadaan umat Islam ketika ini yang diperlakukan oleh musuh di seluruh dunia dan kebangkitan semula Islam, adalah membenarkan perkara pernah dinyatakan oleh Rasulullah SAW.
"Kita memperingati 100 tahun Perjanjian Sykes-Picot yang membahagi-bahagikan wilayah Islam selepas kejatuhan Uthmaniyyah, dan sebelumnya ialah Asia Tenggara sudah dibahagi-bahagikan.
"Memperingati Perjanjian Balfour yang menghalalkan penubuhan negara haram Israel, puncanya perpecahan umat Islam, kelemahan mereka, meninggalkan ajaran Islam.
"Mari kita memperingati peristiwa Pembukaan Baitul Maqdis sebelum Baitul Maqdis ditawan oleh musuh," ujarnya mengulang kata-kata agung diucapkan Khalifah Umar al-Khattab saat menerima penyerahan Kota Suci Baitul Maqdis.
Bagaimanapun katanya, umat Islam ketika ini sedang dikelilingi musuh yang seperti menikmati hidangan di mana biarpun ramai tetapi umpama sampah sarap dan buih hanyut oleh air banjir.
Terang beliau, Allah hilangkan kehebatan umat Islam dalam hati-hati musuh dan dicampakkan penyakit 'al-wahn' iaitu kasihkan dunia tanpa halal dan haram, serta takutkan mati.
Namun jelasnya, Allah menjanjikan Islam tidak boleh dipadamkan cahaya-Nya di mana obor-Nya itu akan tetap dinyalakan di mana sahaja oleh satu kumpulan dalam kalangan umat Islam.
Mereka menurutnya, sebagaimana dinyatakan oleh Rasulullah, tidak boleh diperlakukan oleh orang-orang yang mahu mengecewakan atau menentang mereka.
Perinci Tuan Guru Abdul Hadi, mereka dimaksudkan oleh Baginda SAW itu ialah penduduk Baitul Maqdis dan mereka yang mengelilingi tanah suci tersebut.
"Hari Jumaat (lepas) kita menyaksikan kebangkitan ini. Kebangkitan penduduk Baitul Maqdis, yang menjadi simbol kepada kebangkitan semula umat Islam. Walaupun mereka diratah di seluruh pelusuk dunia.
"Di Kasymir, di Rohingya dan lain-lain lagi, diratah dan dimamah. Namun kebangkitan Islam akan berlaku. Kehadiran kita pada malam ini adalah simbol kebangkitan itu.
"Marilah sama-sama dengan penuh semangat memohon keberkatan daripada Allah SWT, kita bersama dengan obor Islam yang dinyalakan. Cahaya Islam yang tidak dipadamkan," ujarnya menegaskan bahawa apabila Allah tegakkan Islam semua akan selamat, tetapi tanpa menegakkan Islam semua tidak selamat.
Beliau turut menyifatkan himpunan itu sebagai membawa hasrat hati umat Islam di seluruh dunia, dari Morocco di Barat Afrika, sehingga Mirauki di Indonesia. – HARAKAHDAILY 23/7/2017

IKLAN IH
Hasil carian imej untuk tukang gunting rambut lelaki

Dikehendaki Segera!! Tukang Gunting Rambut Lelaki 
-Berpegalaman mengunting rambut lelaki pelbagai usia. 
-Pendapatan basic komisen boleh dirunding. 
-Disiplin, jujur dan amanah amat diutamakan. 
-Ciri-ciri tambahan, berketerampilan kemas dan mudah mesra. 

Kelebihan / Kemudahan 
- Majikan yang prihatin 
- komisyen dan gaji terjamin. 
- lokasi Kedai yang bersih,selesa dan menarik dikelilingi 
oleh ramai penduduk. 
- Berdekatan dengan Surau dan kedai makan. 
- kedai berhawa dingin. 

Lokasi : Meru Kelang Selangor.

Hubungi: 
Muaz;:
Sila hubungi.. 
018 2018342 atau 
011 33111321

2 comments:

Anonymous said...

yaa....lah ketua ulamak dedak sedunia katanya..

OrangAsli said...

Kesian... Kalau dah bengap.. duduk diam2.. bila komen bunyi macam Barua jer..

Orang bercerita tentang Sejarah dan Islam.. tapi dikomennya politik persepsi ala Tokong...

Paham ker dak ni..?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails