Saturday, July 15, 2017

Di Antara ‘Har’ &PAN’ (HARAPAN), Ada Logo Roket. ^ Ni..


AIDCNews -14/07/17 –Walaupun menonjolkan muka Melayu sebagai Pengerusi, Ketua Umum dan Presiden Pakatan Harapan, namun pengaruh DAP masih ketara dengan perkataan ‘Harapan’ dan simbol roket.
Harapan atau ‘Hope’ merupakan roh perjuangan DAP agenda Kristianisasi yang mendokongi parti itu.
Anwar Ibrahim ketika kembali aktif dalam politik Malaysia bermula dengan slogan ‘Harapan Baru’ yang turut dijadikan tema Kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Rakyat(KeADILan) pada 29-30 November 2008.
Ini menunjukkan PKR juga diresapi agenda Kristianinasi melalui pendokong-pendokong parti ituseperti Xavier Jayakumar, Irene Fernadez, Sivarasa Rasiah, Baru Bian dan lain-lain.
Barangkali ‘Harapan Baru’ merupakan ilmu yang ditimba ketika menuntut di Universiti Jesuit Georgetown, Amerika Syarikat CMCU (Center for Muslim–Christian Understanding) sekitar tahun 2005, yang berketuakan seorang aktivis Jesuit terkenal John Esposito.
Sebab itu ketika Anwar melalui Pakatan Rakyat menang besar dalam PRU 12, Majalah Gereja ‘Church Times’ merumuskan “Pilihan raya ke-12 itu telah melemahkan Islamisasi di Malaysia”
Dr Peter G. Riddell berkata kemenangan besar pembangkang di Malaysia didorong oleh rasa tidak puas hati rakyat yang berbilang agama dengan dasar kerajaan khususnya golongan minoriti agama lain menyuarakan protes mereka.
“Komuniti Kristian, yang menyumbang sembilan peratus undi telah dilayan secara tidak adil dengan dakwaan kerajaan Malaysia adalah sebuah negara Islam,” dakwa aktivis Kristian itu.
Bukan secara kebetulan, ketika sekumpulan serpihan PAS yang diketuai bekas Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu mahu menubuhkan parti baharu, mereka memulakan langkah dengan menubuhkan ‘Gerakan Harapan Baru’
The New Hope Movement atau Gerakan Harapan Baru yang diringkaskan sebagai GHB, adalah pergerakan sosial yang dilancarkan oleh G18 yang diketuai bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 13 Julai 2015.
G18 adalah bekas pemimpin PAS yang kalah pada Muktamar parti itu pada 2015.
Kumpulan ini mendakwa membawa nilai sebenar Islam, ‘rahmat kepada semua’ (rahmatan lil ‘alamin) yang memberikan perlindungan dan keadilan kepada semua rakyat Malaysia.
Gerakan Harapan Baru kemudian ditukar kepada Parti Amanah Negara yang dilancarkan pada 16 September 2015.
PKR, Amanah, DAP dan PPBM kini adalah kompenan pembangkang dalam Pakatan Harapan.
Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.


Imej yang berkaitan
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap mengenainya.

1 comment:

Anonymous said...

Tun Mahathir dah cakap do tengah tu lambang gunung, bukan roket... Sedar tak, bendera PAS asalnya UMNO... hanya tukar lambang bulatan putih berkeris kepada bulatan hujah.

Huruf A di tengah tu, jika diterbalikkan juga akan menjadi simbol keris!

Apa rasa jika dikaitkan dengan keputusan selalu U-Turn Presiden PAS dengan lambang bulan? Bila bulan do bahagi 2... kan jadi U!

Sebab tu, nama Hj orang lupa... Org tak ingat... entah betul ke tidak wartawan, entah2 kerja budak pejabat di syarikat ngaku wartawan!

Ulasan, berita dalam blog TAK langsung mengambarkan seorang bekas wartawan... belum lagi diulas dari segi gaya bahasa. Hampeh!

Jangan ngaku ahli PAS la... Buat malu parti, buat orang benci parti PAS jer

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails