Friday, July 01, 2016

Guan Eng Tidak Bersalah Sehingga Dibuktikan -PAS

Tuan Ibrahim Tuan Man

SHAH ALAM - Pas hari ini berharap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mendapat perbicaraan yang adil dalam kes yang dihadapinya.

Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pihaknya tetap berpegang pada pendirian yang dinyatakan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang iaitu Guan Eng tidak bersalah sehingga dibuktikan sedemikian.

"Tuduhan tidak boleh menjadi satu keputusan. Biarlah mahkamah yang membuat keputusan.
"Elak menjadi hakim, pembicaraan melalui media," katanya dalam satu kenyataan.

Guan Eng dan ahli perniagaan Phang Li Khoon hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 berhubung isu pembelian banglo di Jalan Pinhorn  dengan harga RM2.8 juta yang dikatakan di bawah harga pasaran hartanah di kawasan itu. (SH)

4 comments:

Anonymous said...

Begitulah PAS yg penuh dgn sifat baik hati dan sangka baik walaupun iftnah berkilo2 oleh DAP dan khadam mereka PAN Imayam cable TV. PAN Imayam sanggup jadi khadam kelas legend demi dendam kesumat mereka kerana didaulatkan sebagai LOSERRRRRRRRRRRRRRRRRRRR tahun 2015 dahulu

https://aidcnews.wordpress.com/2016/06/30/dakwaan-rasuah-guan-eng-berniat-jahat-tuduh-pas-berkomplot-dengan-bn-mohd-amar/

Dakwaan Rasuah : Guan Eng Berniat Jahat Tuduh PAS Berkomplot Dengan BN – Mohd Amar

AIDCNews – 30/6/16 –Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menyifatkan dakwaan parti itu berkomplot dengan Barisan Nasional (BN) untuk menjatuhkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng adalah tidak berasas dan berniat jahat.

“Tidak sepatutnya dia (Guan Eng) menyalahkan PAS ataupun menyalahkan UMNO, lebih-lebih lagi menuduh PAS yang terlibat sebab kita (PAS) tiada kuasa.

“Bagi saya, kalau betul kenyataan itu datang daripada Lim Guan Eng, dia berniat jahat. Kenyataan dia itu berniat jahat,”katanya.

Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata Guan Eng perlu menjawab di mahkamah untuk membuktikan beliau tidak bersalah.

“Prinsip undang-undang di negara kita, seseorang individu itu dianggap tidak bersalah kecuali apabila dibuktikan bersalah.

“Buat masa sekarang beliau belum lagi dibuktikan bersalah oleh mahkamah. Jadi kita kena bagi ruang kepada proses perundangan ini berjalan.

“Bagi saya, dia tidak sepatutnya menyalahkan sesiapa. Kalau dia sendiri tidak salah, dia buktikanlah di mahkamah,”katanya lagi.

Anonymous said...

Ideologi PAN dan DAP adalah semua orang bersalah kecuali DAP sahaja. Dasar Korea utara betul mereka ini

http://www.ismaweb.net/2016/06/kata-pedang-sprm-bebas-tangkap-siapa-sahaja-kecuali-lim-guan-eng/

KATA PEDANG: SPRM bebas tangkap siapa sahaja kecuali Lim Guan Eng?

MEMANG dasar lidah bercabang. Entah neraca apa yang digunakan dalam membuat pertimbangan.

Pedang teringat sorakan penyokong taksub Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa beliau tidak bersalah dalam kes liwat dua.

“Rakyat menang,” sorak lebih 6,000 penyokong Anwar pada hari perbicaraan bertarikh 9 Januari 2012 di luar kompleks mahkamah di Jalan Duta.

Sebaliknya, keputusan Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari 2015 yang memutuskan bahawa Anwar akan dipenjara selama lima tahun, tidak diterima oleh seorang pun penyokong Anwar, malah keputusan itu dianggap zalim lalu institusi kehakiman dikecam teruk.

Apabila keputusan mahkamah menyebelahi mereka, mereka sokong, tetapi tidak pula sebaliknya.

Sebab itulah Pedang mempersoalkan, neraca apakah yang mereka gunakan sehingga dilihat tidak rasional langsung.

Itu kisah Anwar. Hari ini kisah pemimpin parti rasis dan cauvinis Lim Guan Eng yang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) seterusnya didakwa oleh Mahkamah Sesyen Pulau Pinang atas dakwaan rasuah dalam pembelian banglo.

Lim Kit Siang, Mat Sabu, pemimpin DAP, pemimpin pembangkang berhimpun menyatakan solidariti mereka terhadap Lim Guan Eng di Georgetown malam tadi.

Lim Kit Siang dalam ucapannya mempersoalkan penangkapan anaknya.

“”Lim Guan Eng ditangkap. Adakah ini adil?”, jerit Kit Siang.

Mat Sabu juga mengambil kesempatan mengutuk pegawai SPRM.

“Tak malukah pegawai-pegawai SPRM?,” jerit Mat Sabu lalu disambut oleh penyokong dengan jeritan “Depa makan dedak, depa makan dedak.”

Untuk rekod, Lim Kit Siang dan Mat Sabu pernah membuat kenyataan bercanggah sebelum ini yang mengiktiraf dan membenarkan SPRM melakukan tangkapan.

Ini yang Pedang persoalkan.

“Kalau ada apa-apa complaint mengenai salah kuasa, buka (kes),” kata Kit Siang.

“SPRM bebas untuk menyiasat siapa sahaja. Kalau ada kes, dakwa. Tak kira siapa sahajalah,” kata Mat Sabu pula yang juga Presiden PAN.

Kata Pedang: Inilah malangnya Kerajaan Malaysia, dapat puak pembangkang yang ‘terlajak pandai’.

Unknown said...

Adil atau TAK ADIL bergantung di pihak mana anda berada. Bagi saya, Adil Lim Guan Eng dibicarakan di atas tuduhan yang dibuat ke atasnya, iaitu rasuah - membeli banglo di
bawah harga pasaran.
YANG TAK ADILNYA, Kenapa cuma LIM GUAN ENG SAHAJA DITANGKAP DAN DIBICARAKAN.......????
Kenapa NAJIB lepas bebas dan bermegah, angkuh dan sombong seolah-olah bukan dia yang mencuri duit rakyat rm4.2 BILLION dimasukkan ke dalam akaunnya dan berbelanja sakan anak beranak. Najib yang mengumpul hutang 1MDB berjumlah RM53 BILLION, kenapa tak tangkap.....????

ADILKAH UNDANG-UNDANG MALAYSIA.............???????
Ini semua orang tanya, bukan aku seorang.

Anonymous said...

Heiiiii Chi Minah Khir Toyo pun dah kena sebab kes beli reumah terlajak diskaun. Kali ni LGE merasa plakkkkkk kah kah kah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails