Thursday, June 30, 2016

Tunjuk Perasaan Bebas Guan Eng! Saya Dalam Perjalanan -Dr Mujahid.

Hasil carian imej untuk dr mujahid

protester-1

HQ SPRM dikerumuni ratusan desak bebas Guan Eng 

GEORGE TOWN: Seramai 500 orang berhimpun di luar perkarangan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPR) menuntut Ketua Menteri Lim Guan Eng dibebaskan. 




Penunjuk perasaan melaungkan “Bebas Guan Eng” dan “Tangkap Najib” sejak 8.30 malam lagi, sambil membawa pelekat mengecam penahanan itu.

Polis menutup sebahagian besar laluan menuju ke SPRM yang terletak di Jalan Northam, memandangkan kereta yang diletakkkan secara salah dan kehadiran ramai orang menyebabkan lalulintas menjadi perlahan. 

Pimpinan Pakatan Harapan turut sama kelihatan melaungkan “Bebas Guan Eng”, dalam suasana demonstrasi yang suram. 

“Saya dalam perjalanan ke SPRM,” kata Naib Presiden Amanah Mujahid Yusof Rawa yang bergegas ketika dihubungi FMT. 

“Patut tidak perlu tangkapan. Esok YAB boleh secara sendiri ke mahkamah. Ini satu usaha untuk menjatuhkan kredibiliti Lim Guan Eng.” 

Turut hadir adalah balu mendiang Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh, Gurmit Kaur, yang disambut oleh para Exco kerajaan negeri. 

Terdahulu, Guan Eng ditahan anggota SPRM di pejabatnya yang terletak dalam bangunan Komtar. Bekas tuan rumahnya, Phang Li Koon ditahan di pejabatnya yang terletak dalam Menara Penang Garden sekitar waktu yang sama. 

Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata Guan Eng berdepan dua pertuduhan iaitu dibawah Seksyen 23 Akta SPRM kerana meluluskan permohonan zon semula tanah pertanian di Balik Pulau kepada tanah perumahan milik syarikat Li Koon, Magnificent Emblem; dan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan kerana membeli banglo daripada Li Koon pada harga bawah nilai pasaran.(IH/Kerengga)

1 comment:

Anonymous said...

Pemakan dedak resah gelisah apabila tuan gurunya didakwa rasuah.. kah kah kah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails