Sunday, June 26, 2016

SIS Cabar Fatwa S'gor Lagi, Mahkamah Tinggi Tolak. Sokonglah RUU M/Syariah!

marina-mahathir

Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini (semalam) menolak permohonan semakan kehakiman Sisters In Islam (SIS) untuk mencabar fatwa Selangor yang melabelkan pertubuhan itu sebagai sesat dan menyeleweng kerana mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa untuk membuat keputusan berhubung isu fatwa.
Hakim Datuk Hanipah Farikullah membuat keputusan bahawa fatwa ialah perkara yang diputuskan di bawah Undang-undang Islam dan tertakluk di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah.
Beliau berkata Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Mahkamah Sivil tidak mempunyai bidang kuasa berhubung apa-apa perkara yang tertakluk di bawah bidang kuasa mahkamah syariah.

“Mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa tidak memberikan relif oleh pemohon, saya tidak menyentuh mengenai merit,” kata beliau ketika menolak permohonan semakan kehakiman.
Beliau juga berkata walaupun jika SIS tidak mempunyai remedi di Mahkamah Syariah, ia tidak memperuntukkan Mahkamah Sivil bidang kuasa untuk mendengar perkara itu.
“Ia adalah bagi penggubal undang-undang untuk memperuntukkan remedi,” kata beliau sambil menambah bahawa mahkamah perlu mengikut undang-undang yang diluluskan oleh penggubal undang-undang.
Pada 10 Disember, 2014, SIS, pengasasnya Zainah Mahfoozah Anwar pengasas dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim mendapat kebenaran daripada hakim Mahkamah Tinggi Datuk Asmabi Mohamad untuk memulakan semakan kehakiman.
Hari ini, mahkamah mendengar merit bagi permohonan semakan kehakiman.
Forum SIS (Malaysia) memfailkan permohanan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang mengisytiharan pertubuhan itu sebagai sesat dan menyeleweng daripada agama Islam dan menamakan Jawatankuasa Fatwa Selangor, MAIS dan kerajaan Selangor sebagai responden.
Mereka memohon perintah certiorari untuk membatalkan keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor dan MAIS yang menyatakan mana-mana pertubuhan, individu serta kumpulan yang berpegang kepada fahaman “liberalisme” dan “pluralisme” adalah menyeleweng dari ajaran Islam.
Pemohon juga memohon pengisytiharan bahawa keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor dan MAIS mengarahkan, melalui fatwa, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk menyekat laman web sosial yang bertentangan dengan ajaran islam adalah bercanggah dengan Seksyen 3 (3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Mereka, antara lain, memohon pengisytiharan bahawa keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor dan MAIS adalah bercanggah dengan Perkara 10, 11, 74 dan Senarai I dan II Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.
Mereka juga memohon pengisytiharan bahawa SIS, yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 sebagai sebuah syarikat berhad secara jaminan, tidak tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor dan MAIS.
Di luar mahkamah, peguam Datuk Malik Imtiaz Sarwar yang mewakili pemohon memberitahu pemberita bahawa anak-anak guamnya akan memfailkan rayuan terhadap keputusan itu di Mahkamah Rayuan kerana isu fatwa buat pertama kali dicabar melalui semakan kehakiman.-  BERNAMA
sisters in islam
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Fikir betul-betul, antara penyelesaiannya ialah dengan menyokong RUU Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016, yang meminta untuk meminda dan menaikkan taraf undang-undang persekutuan Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) yang dibawa oleh PAS melalui Presidennya Abdul Hadi Awang.

3 comments:

Anonymous said...

Puak-puak feminis yang kononnya memperjuangkan persamaan hak dengan lelaki adalah puak-puak yang sesat yang mempromosi ajaran sesat seperti liberalisme dan pluralisme yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Ini menunjukkan puak-puak feminis telah gagal mengiktiraf perbezaan yang wujud di antara perempuan dan lelaki secara semula jadi dan peranan tradisional lelaki dan perempuan dalam masyarkat.

Puak-puak feminis dan ideologi feminisme mereka bertanggung-jawab menindas dan menafikan hak lelaki dan memusnahkan wanita, keluarga dan masyarakat dan negara dan menentang agama Islam:

(1) mempromosi pembohongan, liberalisme dan pluralisme untuk menentang ajaran Islam dan hukum Allah dan menghasut wanita 'membebaskan' diri mereka dari ajaran Islam dan hukum Allah dengan alasan kononnya agama Islam menindas wanita. Kita semua tahu agama Islam menjaga, melindungi dan menghormati hak wanita.

Feminisme mempromosi kesesatan melalui kebebasan yang melampau untuk melakukan maksiat dan kesesatan yang menyebabkan wanita tidak layak menjadi isteri dan ibu yang baik untuk mengurus rumahtangga.

(2) feminis dan feminisme menafikan hak lelaki sebagai ketua keluarga dan merampas peluang pekerjaan lelaki dan menggubal undang-undang untuk menafikan dan menindas hak lelaki. Undang-undang yang cenderung membela wanita dan menindas lelaki telah menyebabkan lelaki tidak mahu berkahwin kerana mereka akan mengalami kerugian yang besar. Keadaan ini menyebabkan lelaki enggan berkahwin.

(3) menghasut wanita untuk menghina dan membenci lelaki seolah-olah lelaki adalah sejenis 'raksasa' yang ganas, tidak bermoral dan tidak bertamadun dan menindas hak wanita dan merampas peluang pekerjaan wanita. Keenganan wanita untuk berkahwin boleh menyebabkan sebahagian wanita terjerumus ke dalam kemungkaran seperti lesbian.

(4) tindakan puak-puak feminis melaga-lagakan wanita dengan lelaki telah menyebabkan wanita tidak mahu berkahwin, lelaki menjauhi wanita dan keruntuhan keluarga dan penceraian di mana suami, isteri dan anak-anak menjadi mangsa kezaliman feminisme.

(5) feminis dan feminisme telah menyebabkan wanita menjauhi perkahwinan dan mendekati kemungkaran kerana faminis mengganggap perkahwinan menindas hak wanita.

(6) anak-anak menjadi rakyat yang bermasalah yang disebabkan oleh trauma penceraian ibubapa mereka. Mangsa-mangsa penceraian ini akan membentuk negara yang bermasalah dan lemah.

Kesimpulan:
Paul Gottfried maintains that the change of women's roles "has been a social disaster that continues to take its toll on the family" and contributed to a "descent by increasingly disconnected individuals into social chaos".

Terjemahan:
Paul Gottfried menyatakan perubahan peranan wanita telah menjadi malapetaka atau bencana sosial yang berterusan menjadikan keluarga dan rumahtangga sebagai mangsa dan menyumbang kepada hura-hara sosial oleh individu-individu yang hidup terasing dari dunia nyata.

Anonymous said...

Seorang feminis yang sangat jahil telah menulis "We are all Allah's children" yang bermaksud "Kita semua adalah anak-anak Allah".

Fakta: Allah telah menolak dakwaan karut We are all Allah's children kerana sesungguhnya Allah tidak mempunyai anak kerana Allah Tuhan Yang Maha Esa:

Orang-orang Yahudi dan Nasrani berkata: "Kami adalah anak-anak Allah dan yang amat disayangiNya". Katakanlah (wahai Muhammad): "(Kalau betul demikian), maka mengapakah Ia menyeksa kamu dengan sebab dosa-dosa kamu? (Sebenarnya bukanlah sebagaimana yang kamu dakwakan) bahkan kamu semuanya adalah manusia biasa di antara manusia-manusia lain yang diciptakanNya. Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan serta hukum SyariatNya), demikian juga Ia menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, dan kepada Allah jualah tempat kembali" (Al-Maaidah 5:18)

Anonymous said...

Terang dan nyata sesat mohon kerajaan jangan takut hukum mereka dan cuba ubati mereka seperti kerajaan buat pada alkam dahulu sebab ini kesesatan yang dimurkai allah. Kalau kerajaan tak tegas tukar kepada kerajaan yang lebih tegas untuk membela islam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails