Thursday, June 30, 2016

Pendakwaan G/Eng, Wujud Satu Usaha Sistematik & Terancang -Presiden KEADILAN

Guan Eng Tangkap
OLEH : Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

KEADILAN kesal dengan tindakan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang telah membuat penangkapan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng sewaktu beliau mempengerusikan mesyuarat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
YAB Lim Guan Eng sebelum ini telah memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak SPRM.
Kami berpendapat tangkapan petang tadi adalah tidak perlu, malah cara ia dibuat dengan kehadiran anggota yang begitu ramai seperti YAB Lim Guan Eng itu seorang penjenayah yang amat berbahaya.
Penangkapan dan pendakwaan YAB Lim Guan Eng mengukuhkan persepsi rakyat bahawa wujud satu usaha sistematik dan terancang untuk menakut-nakutkan dan mengganggu pimpinan politik tertinggi pembangkang sebelum tibanya PRU14.
Malah, umum belum lagi melihat sebarang tindakan diambil SPRM berkaitan skandal-skandal kewangan besar seperti 1MDB dan “derma” RM2.6 bilion.
Apakah hanya pihak pembangkang yang patut menerima layanan seperti YAB Lim Guan Eng, manakala mereka di pihak kerajaan pula menikmati kekebalan di sisi undang-undang?
Oleh itu, KEADILAN menggesa pihak SPRM melengkapkan siasatan dan membawa ke muka pengadilan mereka yang terlibat dalam skandal-skandal kewangan tersebut agar terbukti tahap profesionalisme SPRM dan tidak timbul persepsi di khalayak umum bahawa berlakunya pendakwaan terpilih dan terancang.
Inilah peluang terbaik bagi Tan Sri Dr Abu Kassim, Ketua Pesuruhjaya SPRM, meninggalkan legasi buat SPRM dan membuktikan SPRM bukannya alat politik pemerintah sebelum beliau bersara.
* Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail adalah Ketua Pembangkang dan Presiden KEADILAN

4 comments:

Anonymous said...

Dulu Pakatan Haprak buat bising mendakwa konon pencegah rasuah tidak buat kerja ! Sekarang apabila pencegah rasuah menangkap dan mendakwa VIP yang dikatakan terlibat dengan kes salahguna kuasa, pecah amanah atau rasuah di Pulau Penang, Pakatan Haprak mendakwa konon Wujud Satu Usaha Sistematik & Terancang .

Ini jelas menunjukkan Pakatan Haprak mempunyai lidah bercabang seperti haiwan reptilia mengkarung yang pandai menukar warna mengikut situasi semasa ! Inilah akibat makan terlampau banyak dedak cap roket!

tulangkering said...

Dulu masa LGE keluar dari penjara kajang orang PAS yg ramai menyambut dan meraikan pembebasan LGE..tapi masa telah pun berlalu dan LGE telah pun memusuhi PAS..dan saya sebagai ahli dan penyokong PAS mengalu alu kan penangkapan LGE buat kali kedua..hihihi

Anonymous said...

Kalau tkmoh kena tangkap atau dakwa sila jalankan tanggungjawab anda sebagai pemimpin dengan telus, amanah, peduli dan integriti..

Belum apa2 dah pandai kata dia teraniaya.. bodoh pnya wan azizah

satreia said...

Dulu masa LGE keluar dari penjara kajang orang PAS yg ramai menyambut dan meraikan pembebasan LGE..tapi masa telah pun berlalu dan LGE telah pun memusuhi PAS..dan saya sebagai ahli dan penyokong PAS mengalu alu kan penangkapan LGE buat kali kedua..hihihi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails