Thursday, June 30, 2016

Masjid Di Perth Australia Dilontar Bom Api Ketika Jemaah Solat

AGENSI - GRAFITI anti-Islam ditemui di dinding luar kolej dan masjid di Perth kelmarin.

SYDNEY – Perdana Menteri Australia, Malcolm Turnbull semalam mengutuk serangan bom api di luar sebuah masjid ketika jemaah sedang bersolat, manakala seorang pemimpin Islam menyifatkan perbuatan itu sebagai “jenayah kebencian”.
Tiada jemaah cedera dalam kejadian itu malam kelmarin. Letupan itu memusnahkan sebuah kereta yang diletakkan di luar masjid dan kolej Islam itu di Thornlie, pinggir Perth.
“Bom api ini digunakan untuk mencetuskan kebakaran,” kata polis Australia Barat dalam satu kenyataan sambil menambah, tiga kenderaan lain turut rosak dalam insiden itu.
“Contengan anti-Islam ditemui di dinding kolej, dekat kenderaan yang rosak,” kata imam masjid itu, Yahya Adel Ibrahim.
Menurutnya, komuniti Islam Perth berdepan dengan ancaman kebencian tetapi mereka tidak bertindak balas dan melemparkan tuduhan.
“Ia jelas jenayah kebencian yang dilakukan oleh individu atau kumpulan tetapi tidak mewakili warga Perth secara keseluruhan.
“Ketika insiden ini berlaku, semua jemaah masih meneruskan ibadat mereka tanpa mempedulikan serangan tersebut,” kata Yahya dalam akaun Facebooknya.
Sementara itu, Turnbull yang bakal menghadapi pilihan raya umum pada Sabtu ini berkata, Australia mengamalkan dasar toleransi dan saling hormat-menghormati.
“Saya berasa sangat kesal dan mengutuk sekeras-kerasnya serangan ini,” kata Turnbull dalam satu wawancara bersama stesen radio tempatan, 6PR.
– AFP

4 comments:

agen jamsi said...

janganlah terporpokasi

agen wsc biolo said...

sabar jangan terpancing emosi

jamkho said...

hanya oknum yang ingin adu dombakan

wsc biolo said...

serahkan kepada pihak yang berkuasa untuk menanganinya

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails