Thursday, June 30, 2016

Guan Eng Mengaku Tidak Bersalah, Ikat Jamin RM1 Juta


Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini atas pertuduhan rasuah berkaitan lot tanah dan banglo.

Mahkamah Tinggi juga membenarkan Guan Eng diikat jamin RM1 juta dengan seorang penjamin bagi kedua-dua tuduhan.

Pengakuan tidak bersalah tersebut dirakam di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Datuk Azmi Ariffin.

Guan Eng meminta kesnya dibicarakan dan mahkamah menetapkan sebutan semula pada 22 September untuk pengurusan kes.

Beliau juga dibenarkan menyimpan pasportnya, namun dikehendaki memaklumkan kepada Peguam Negara dan juga mahkamah dua hari sebelum berlepas sekiranya hendak untuk ke luar negara.

Beliau, yang juga Setiausaha Agung DAP, menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) 2009.

Jika disabitkan kesalahan, beliau boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun, dan denda tidak kurang lima kali suapan atau RM10,000.

Beliau sebelum itu tiba di perkarangan Mahkamah Sesyen di sini, dengan diiringi pegawai SPRM sambil kira-kira jam 9.50 pagi sebelum kesnya dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Guan Eng dilihat berpakaian serba hitam dan bertali leher merah, serta diwakili peguam yang diketuai Gobind Singh Deo, RSN Rayer dan Ramkarpal Singh.

Pendakwaan dilakukan Peguam Negara, Tan Sri Mohamad Appandi Ali yang dibantu enam pendakwaraya.

Sementara itu, ahli perniagaan Phang Li Khoon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan bersubahat dengan Guan Eng dalam pembelian lot tanah dan banglo.

Mahkamah Tinggi membenarkan Phang diikat jamin RM200,000 dengan seorang penjamin tanpa syarat tambahan.

Beliau dan Phang ditahan SPRM semalam berhubung isu pembelian banglo oleh Guan Eng di Jalan Pinhorn di sini dengan harga RM2.8 juta yang dikatakan di bawah harga pasaran hartanah di kawasan itu.

Guan Eng sebelum ini juga disiasat SPRM berhubung pembelian sebuah banglo tersebut.

Beliau dan isterinya Betty Chew, pada Mei lepas, memberi keterangan di pejabat SPRM berhubung siasatan pembelian banglo itu dan penjualan tanah di Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin di sini bagi membina rumah mampu milik kepada sebuah syarikat swasta.

Kedua-dua isu pembelian banglo dan penjualan tanah di Taman Manggis itu dibangkitkan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya pada persidangan Dewan Rakyat pada Mac lepaslapor AstroAwani. (IH)

4 comments:

Anonymous said...

BERANIKAH SIFU-SIFU ROKET MEMBUKTIKAN PARTI MEREKA TIDAK RASIS DENGAN MELANTIK CALON MELAYU MEMANGKU JAWATAN KETUA MENTERI?

Para penjilat pemakan dedak cap roket sila jawab!

Anonymous said...

Tak bolih lantik melayu bang nanti habis harta P pinang disapunya,sebab dia belajar dari peminpi melayu yang tinggi .lagi pun kalau dia sapu man ada hukuman pun ,jadi kita rakyat yang rugi .abng takpalah sebab abng pemakan dedak babi.

Anonymous said...

Walaunts buat solat cukur sobab kapir harbi sudah kena tangkap ...barkat doa ayoh hadi

Anonymous said...

Anon 7:47 PM penagih dedak babi cap roket yang kronik sebab itulah dia cuba menutup pelbagai skandal yang melibatkan Ketua Musyrikin PP yang amat merugikan rakyat PP dengan menyalahkan orang Melayu. Orang Melayu tidak beli banglo terlajak murah di Penang. Orang Melayu tidak jual tanah kerajaan PP kepada Singapork dll !

Penagih dedak ini cuba menutup bangkai gajah dengan nyiru tetapi bau busuk bangkai gajah itu telah merebak ke seluruh negara! Sekarang Ketua Musyrikin PP telah menjadi infamous di negara ini!

Jantung Ketua Musyrikin PP berdebar-debar DAP-DIP-DUP kerana semua akan terdedah dalam mahkamah dan media massa !

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails