Thursday, February 04, 2016

'Tertidor'... Kit Siang Lupa, Ini Gambar Guan Eng Tidur.. malu le..


Sebagai manusia biasa kita cukup faham setiap orang ada batas ketahanan diri. Ada masa terlalu letih hingga membuat kita terlelap seketika tanpa disedari. Ia boleh berlaku pada semua orang.Apa lagi orang politik yang saban masa terlari ke sana ke mari,hadir mesyuarat,acara,temujanji dan segala macam.
Kalau tidak percaya cuba sembang dan tanya sendiri orang-orang politik yang berjawatan tinggi. Ada masa memang lembik kerana seharian sibuk memanjang.
Kata orang kalau sudah tahu sama tahu bab ‘ tertidor’ ini bukan sesuatu yang luar biasa kenapa halakan senapang pada Datuk Seri Ahmad Bashah seorang saja.
Kejadian beliau terlelap seketika ( gambar atas pertama) masa majlis hari keputeraan Sultan Kedah baru-baru ini dijadikan viral sakan untuk memperlekehkan kewibawan Menteri Besar baru Kedah itu.
Antara yang galak sangat main isu itu ialah otai DAP, Lim Kit Siang .Wah bukan main termasuk kata di twitter Ahmad Bashah tidak layak angkat sumpah Menteri Besar sehingga beliau jelaskan hal itu.
"Saw video first time. Bashah slept soundly. All should see" katanya pada mesej twitter pertamanya.
Kemudian beliau kata pula : "Saw Bashah video again. He was sleeping deeply. Bashah should not take oath as Kedah menteri besar until he comes clean on it."
Lepas itu kata lagi : If Bashah insists he was not sleeping, when very obvious he was during Tuanku's speech, hold an opinion poll among Kedahans on the issue!
Cuba lihat pada gambar kedua atas ditengah….rasanya macam kenal kelibat orang ini.
Bukankah itu Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. Nampak aksinya sedang ‘ tertidor’ seketika di kerusinya dalam sidang Dewan Rakyat.
Tidak mungkjin Kit Siang tidak kenal wajah anaknya sendiri?
Satu lagi gambar hujung,rakan karib politiknya,Datuk Seri Anwar Ibrahim… satu ketika dulu masa Ahli Parlimen Permatang Pauh. Juga  macam ‘tertidor’ di kerusinya dalam sidang Dewan Rakyat.
Dibawah pula Zuraida Kamaruddin, Ahli Parlimen PKR Ampang dan juga Ketua Wanita PKR. Asyik sungguh dibuai mimpi,juga dalam sidang Dewan Rakyat.
Sebelah itu ialah gambar bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim. Gambar ini agak menarik kerana beliau nampak sedang ‘ tertidor’ semasa sidang akhbar bersama Speakar Dewan Undangan Negeri Selangor, Hannah Yeoh.
Dihujung pula siapa tidak kenal Ahli Parlimen parti Amanah Shah Alam,Khalid Samad yang cukup garang dalam sidang Dewan Rakyat. Dari gambar,beliau juga nampak macam tewas kepada keletihan hingga ‘ tertidor’ dalam sidang Dewan Rakyat.
Sebenarnya kalau nak kumpul banyak insiden lain dimana ahli politik yang keletihan terlelap atau tertidor seketika masa dalam majlis atau sidang dan berbagai acara lain. Ingat balik …gambar bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi ‘tertidor’ sejenak dalam Perhimpunan Agung UMNO tidak lama dulu tidak kurang riuh dijadikan isu.
Namun kalau tidak ada apa-apa nawaitu politik… semua ini boleh difahami.KIta bersangka baik sajalah, mungkin ketika itu orang politik ini amat keletihan. Jadi sebelum nak tembak Ahmad Bashah…pandang dulu kiri kanan.
Rasanya tak perlu nak lebih-lebih macam Kit Siang…takut malu, sebab ada gambar yang boleh berbicara tentang anak sendiri .- 4/2/2016 (AD)

13 comments:

Anonymous said...

Lepas ni kita tunjuk pula kaki ponteng.... kaki tuang...Kah kah biar pengundi kenal...

Anonymous said...

tak adil la bro, geng geng kita ketayap putih yg tertidur tak ditunjukkan. hilang la glamour kita.....

Anonymous said...

mana mangkuk nie nak tunjuk..walaun beb...hahhhaaakkk tttuuiiihhh

Anonymous said...

ya betul!!! setuju sangat2. kalau blogger ni betul2 anak jantan sila tunjukkan kerusi kaki ponteng sidang parlimen. ada berani? tobat tak berani aihhh. haha

Anonymous said...

KAH KAH KAH!!

Anonymous said...

anjing dap meroyan lg.. ha ha ha

Anonymous said...

Admin,kalau nak tunjuk YB yg tertidur kat Parlimen @ DUN tunjuklah semua.Jangan pilih2. Biarlah adil.Jangan jadi manusia PENIPU.Kalau tidak,tak payah tunjuk semua.

Anonymous said...

Orang nak jahanamkan umno kat kedah dia p sondol DAP pulak....

Bakup baeeekkk punyaaaa

Anonymous said...

Dah bnyk makan dana dari us dan dap sbb tu tk hormat ulamak.. hati hitam legam.. phuii..

Anonymous said...

ular-mak pas siapa nak hormat? ulamak lidah biawak! hanya walaunta yang hormat pada ular-mak pas.

Anonymous said...

Kami faham.... Semua tau.... MB kedah dh tua.... Dh tk kuat.... Daya tahan dh lemah....umno BN byk pemimpin yg tua tua....dh tua tk berpelajaran.... Bg laa MB yg ada master.PHD.... Bru malaysia jd hebat.jk ambil org tua tua mcm gostan balik di thn 60 han.

Unknown said...

Stigma org pascai.semua ustaz pascai digelar ulamak. Maka mari kita membalak bersama ulamak.

Anonymous said...

mana gambor ahli parlimen pontenggg?..kenapa orangtua ni@anu hashim tak siar?..klau siar gambor lebai2 mercun yg ponteng.. nanti digelar jebon anu hashim ...ha haaaa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails