Saturday, February 06, 2016

CAP: K'jaan DAP P.Pg Tak Peduli Alam Sekitar?


KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) kecewa dengan langkah kerajaan DAP Pulau Pinang untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas dengan menebang pokok-pokok di jalan raya di ibu negeri itu.

Presidenya, S.M. Mohamed Idris berkata, tindakan menebang pokok untuk melebarkan jalan raya di George Town langsung tidak dapat menangani masalah kesesakan lalu lintas yang berlaku di negeri itu.




“CAP amat kecewa setelah mendapat tahu Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) akan menyingkirkan beberapa batang pokok di Jalan Masjid Negeri. Ini bukan kali pertama tindakan sebegini dilakukan.
“Pelebaran jalan raya tidak mampu mengatasi masalah kesesakan lalu lintas. Maka mengapakah pihak berkuasa masih lagi memperlebarkan jalan yang sedia ada?
“Kali ini pelebaran jalan raya adalah kecil tetapi dengan kemusnahan yang amat besar kepada pokok-pokok di tepi jalan itu,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.
S.M. Mohamed berkata, pokok-pokok di sepanjang jalan mempunyai kepentingan untuk meneduhkan kawasan, mengurangkan kebisingan, mempertingkatkan mikro-iklim kawasan tersebut dan berfungsi sebagai pembersih udara asli.
Katanya, pendekatan tersebut sekadar membuktikan kerajaan Pulau Pinang memberi tumpuan kepada penyelesaian jangka masa pendek berbanding penyelesaian jangka masa panjang dalam menangani sesuatu isu.
“Antara penyelesaian boleh diambil adalah seperti mengurangkan kenderaan yang berada di jalan raya dengan naikkan caj parkir dan mengenakan bayaran ketika guna jalan pada waktu puncak daripada hanya melebarkan jalan sahaja.
“Pokok-pokok di kiri kanan jalan raya merupakan warisan kita yang harus dipelihara. Pokok-pokok di kawasan bandar kita adalah untuk kebaikan orang awam yang perlu dihargai,” katanya. (IH)

Video: Kerajaan Pulau Pinang dituntut kota janji mansuhkan tol.

2 comments:

agen jamkho said...

alam adalah sumber daya bumi hrs tetap di jaga

pelangsing herbal said...

jangan rusak alam sekitar ini

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails