Tuesday, February 02, 2016

Bongkar Semula Kes Khalwat Mat Sabu 1995, PAN Marah!


Penyokong Parti Amanah Negara (PAN) marah apabila Harakahdaily menerbitkan semula kes khalwat Mohamad Sabu yang berlaku di bilik 121, Hotel Perdana, Kota Bharu, pada pagi 31 Januari 1995.

Ketika itu Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu adalah Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Nilam Puri ditangkap berkhalwat dengan isteri pemandunya, Norma Abdul Halim.

“Sangat kurang bijak ungkit kisah lalu!!! Secara zahirnya (hukum),kes sudah selesai.
“Apa tujuan Harakah ungkit kisah lalu? Hanya Pengarang yang tahu! Dan Allah swt Maha Mengetahui.
“Jangan kebencian kamu mendorong kamu tidak berlaku adil. Mengungkit kisah lalu, tidak membantu membawa Malaysia ke arah yang lebih baik.
“Serangan ke atas Najib soal 2.6bil, 1MDB dan TPPA itu jauh lebih relevan dan signifikan berbanding ulang tayang cerita 1995!
“Sangat kurang bijak. Dan memalukan!,” kata penyokong PAN, Langitbiru Drzaidi dalam Facebooknya semalam.

Ia merujuk kepada satu artikel harakahdaily semalam yang bertajuk “PAS Serah Kepada Mahkamah Kes Khalwat Mohamad Sabu (1 1 Februari 1995):”

PAS SERAH KEPADA MAHKAMAH KES KHALWAT MOHAMAD SABU (1 FEBRUARI 1995)

PADA hari ini dalam tahun 1995, PAS telah menegaskan bahawa mereka tidak akan campur tangan, bahkan akan menyerahkan kepada mahkamah untuk menentukan kedudukan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Nilam Puri, Mohamad Sabu.

Mohamad Sabu yang terkenal sebagai Mat Sabu yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat telah ditangkap khalwat dengan isteri pemandunya, Norma Abdul Halim di bilik 121, Hotel Perdana, Kota Bharu, pada pagi 31 Januari 1995.

Di sebalik serangan bertubi-tubi media massa dan pemimpin BN dalam isu khalwat ini, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menyifatkan isu ini sebagai satu konspirasi politik, sedangkan Presiden PAS, Dato’ Fadzil Mohd Noor mempertegaskan bahawa tindakan disiplin akan diambil ke atas Mat Sabu.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) bagaimanapun telah menafikan wujudnya konspirasi dalam isu ini, sedangkan para pemimpin Umno mempersoalkan tindakan PAS mempertahankan pemimpin mereka yang terlibat dal isu moral seperti ini.

Di pihak PAS, walaupun telah menyerahkan kes ini kepada mahkamah, tetapi pada 21 Februari 1995, Jawatankuasa Kerja PAS Pusat telah mengambil tindakan politik dengan menerima perletakan semua jawatan parti oleh Mat Sabu sebagai mengambil tanggungjawab dalam isu ini.

Bahkan, PAS Pusat telah memutuskan untuk mengambil tindakan lanjut ke atas Mat Sabu setelah mahkamah membuat keputusan.

Kes ini kemudiannya disebut dalam Mahkamah Syariah Kota Bharu pada 21 Februari 1995, sebelum didengar oleh Kadi Besar Kelantan, Dato’ Daud Mohamad pada 25-28 Mac 1995.

Dalam penghakimannya pada 4-6 April 1995, Kadi Besar Kelantan itu telah membebaskan Mat Sabu tanpa dipanggil membela diri setelah pihak pendakwa gagal mengemukakan prima facie ekoran percanggahan ketegangan saksi.

Selain tindakan disiplin yang diambil oleh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat terhadap Mat Sabu, keputusan PAS pada 1 Februari 1995 yang menyerahkan kes ini ke mahkamah telah berjaya menyelamatkan imej PAS yang cuba dicalarkan oleh musuh-musuh politiknya menjelang Pilihan Raya Umum 1995 di mana parlimen telah dibubarkan pada 5 April 1995.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
1 Februari 2016 – HARAKAHDAILY 1/2/2016

13 comments:

Anonymous said...

Kah kah kah. Dah takde modal cari cerita lama utk fitnah orang. Mat sabu marah sbb cerita tk betul.

Ustaz porno ketua penerangan Pas diam membisu seribu bahasa. Pay per view di Jerman cina kafir DAP yg kasi kawtim. Kira dah jd talibarut DAP lah skrg gamaknya. he he he

Anonymous said...

Hebat! Sumber Rumah,Kepala...pakar siku kepala lutut punya hasill penyelidikan.Ini kaedah perang saraf tak guna ayat.Kipidap ...dongibab

Anonymous said...

Bkn org parti Amanah je marah, aku sendiri pn menyampah. Apa tujuan buka cite lama?? Mana hadi awang xnk tegur ke? Ulama palotak dia..

Unknown said...

Kalau kau bukan org PAN pasti kau x tergamak nak guna perkataan amanah tu.. So bila kau tergamak guna perkataan amanah tu maknanya kau org PAN tp malu nak ngaku sbb kes di atas tu..

Wpun aku pun x brp setuju jgk dibongkar kembali kes tu tapi mmg harakahdaily kini ada slot ala Hari Ini Dalam Sejarah ..jadi tarikh tertentu berkaitan dgn kes tertentu..

mansor said...

dengar cerita orang kelantan...pada hari kejadian petugas khalwat jabatan agama dah berkeliaran di hotel itu...sedangkan si perempuan boelum naik...dan hari tu rasanya cuti di kelantan,...ajaib....kerja sapa membuat perangkap....hari ini PAs sebuah parti yg ingin memperjuangkan Islam...tuturkata penuh firman dan sabda...kepiah, serban dan janggut sibuk melilit...sedang mengulang tayang aib orang yg tak pasti benar atau salah....hukum Tugan mana yg mereka pakai...sejak berbaik dengan UMNo , PAs mula memintas UMNO disegi perangai hodoh....HARAKAh akan berjaya menjadi lidah fitnah ..kalau gini caranya...lepas ni tak usah lah PAS cakap ttg Islam...

Anonymous said...

Syorga president mat saboo.. patutla pengikut pn bangang.. hati hitam legam

Unknown said...

Tektik puak pascai ni sama macam tok gurunya umno. Umno akan ulangtayang isu pas mengkafirkan umno dekat pilihanraya. Sekarang pas ungkit isu mat sabu yg dibela dulu. Soalan ambo,apa cerita dgn video stopa ali suatu ketika dulu ? Pascai sudah menempah maut unt dibungkus pd pru akan datang.

Anti Fitnah said...

Haramjadah sungguh ...
Perangai macam Yahudi laknatullah ...

Anonymous said...

IBNU HASYIM SETUJU KAH?

KALAU TAK SETUJU TAKKAN NAK PANJANG CERITA NI KAN...

Unknown said...

Harakah bongkar kes khalwat Mat Sabu yang telah berlalu 21 tahun bongkar sama kes mustapha Ali khalwat dalam bilik hotel baru adi.

Unknown said...

Harakah bongkar kes khalwat Mat Sabu yang telah berlalu 21 tahun bongkar sama kes mustapha Ali khalwat dalam bilik hotel baru adi.

Anonymous said...

Lagi malu jd penyokong parti islam Pas tp perangai serupa yahudi. Penyebar fitnah dan adu domba.

Harakah boleh jd akhbar penyambung fitnah spt utusan meloya dan berita hairan umno.

Rakyat semakin bijak menilai. Maklumat dunia tanpa sempadan di hujung jari.

Unknown said...

Ok saya berharap kes ini berakhir di sini.. Cukup x mahu pjgkan lagi.. Mat Sabu dah pun benas..harakahdaily hanya mengulang peristiwa yg tersirat dulu termasuk apa jua event yg lepas..noktah..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails