Monday, February 01, 2016

Husam Bongkar 2 Atau 3 Individu PAS Bertanggungjawab Gagalkan Hudud..


KOTA BHARU: Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa menyarankan dua individu penting dalam perlaksanaan hukum hudud di Kelantan bertanggungjawab kerana hingga kini gagal membawa usul pindaan Akta 355 ke Parlimen. 

Husam berkata, dua individu terbabit, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan. Menurutnya, kedua-dua mereka perlu bertanggungjawab dengan melepaskan jawatan masing-masing sekiranya gagal memberi penjelasan. 

“Saya mahu tiga individu itu dengan dikecualikan Presiden supaya bertanggungjawab dan harus memikul bebanan ini. Takiyuddin kalau tidak boleh jelaskan perkara ini boleh berhenti, letak jawatan kerana dia kena bertanggungjawab. Datuk Nik Amar kalau dia terbabit dia mesti letak jawatan,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan moderator, Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff pada Forum Akta 355 dan Hudud di Malaysia di Tunjong Banquet di sini, malam kelmarin. 

Selain Husam turut menjadi panel forum itu, Timbalan Presiden Parti Amanah Negara ( Amanah) Kelantan, Che Ibrahim Mohamed, Ketua Exco Agama Angkatan Muda Keadilan (AMK), Wan Ji Wan Yusoff dan pakar undang-undang yang juga ahli DAP, Prof Dr Abdul Aziz Bari. 

Mohd Amar merupakan Pengerusi Teknikal Jawatankuasa Kanun Jenayah Syariah II Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah manakala Takiyuddin merupakan Ketua Sekretariat Tetap Hudud Negeri. Terdahulu Husam yang juga Adun Salor mendakwa matlamat melaksanakan hukum hudud di Kelantan hanya mainan politik Pas dan Umno. 

Menjelaskan dakwaan itu, Husam berkata, pada 18 Mac tahun lalu terdapat seorang wakil kerajaan Pusat datang ke pejabat kerajaan negeri untuk memaklumkan usul berkenaan boleh dibawa ke Parlimen dan meminta Presiden Pas ketika itu membawa usul itu dengan serta-merta. 

“Yang datang 18 Mac adalah wakil sorang menteri bawa cadangan serta merta, perkara itu tidak dimaklumkan kepada Pas Pusat dan dua individu tersebut terbabit dengan perbincangan itu adalah mungkin Datuk Mohd Amar dan Datuk Takiyuddin. 
“Saya sempat berjumpa presiden di rumahnya dan beliau (Abdul Hadi) memberi keyakinan bahawa Kerajaan Pusat mengatakan usul tersebut boleh dibentangkan di Parlimen pada April (2015). 
“Bagaimana agenda sebesar itu hanya dibincangkannya dengan tiga orang sahaja dan akhirnya hari ini kita tidak dengar apa-apa. Sudah jelas yang menentukan perkara ini bukan Pas Pusat sebaliknya tiga individu berkenaan,” katanya. 

Dalam sidang medianya, Husam berkata, dengan menggunakan modal hudud, Umno berjaya memecahkan Pakatan Rakyat sekali gus merencatkan usaha pembangkang untuk menawan Putrajaya. Malah, beliau tidak menolak negeri dimiliki pembangkang seperti Kelantan boleh terlepas setelah pergolakan dalaman yang menyaksikan Pas terpaksa bersendirian. 
-sinarharian-

51 comments:

Anonymous said...

Mmg ngarut PAS yg ada la ni Datuk. Sata dah meluat tengok perangai2 mereka.

Unknown said...

Bongkar pun x guna jgk kalau x dibwknya ke polis ke sprm ke.. Mintak husam bertindak segera kalau dia anak jantan..

Anonymous said...

Saya nak tahu komen ibnu Hashim ni....

Anonymous said...

Saya nak tahu komen ibnu Hashim ni....

Anonymous said...

Ni la masalah kalu pemimpin guna siku kepala lutut...sarban besar tong sampah,janggut panjang berjela bukan penyelesaian

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Kalau nak taksub dgn TGLGE dan TGLKS pun jgnlah sampai nak hina/perlekeh sunnah nabi!!

Anonymous said...

Tak perlu taksub pada sesape kecuali Allah..

Ikutlah sunnah dan akhlak mulia Nabi. bkn hanya pd pakaian luaran tp kalu akhlak buruk pun tk guna. Mencemarkan Islam yg sebenar.

Anonymous said...

"Husang ni budok bijok" kata Arwah TGNA.
Takiyudeng, Nik Amar tongkat ali, altakiiri, altontowi RM10000, alabduhi, alzuhdi,mukhtar snek almaunah, akan terus merudumkan Parti Islam SeMalaysia (PIS) @ parti ulamak semalaysia (PUS)yg benderanya sama dgn bendera Bangladesh & Jepun.
Harap Ibnu Hashim ke Kelantan dgn segera.. 2016 hudud telah dilaksanakan dari SIKU hingga ke LUTUT.

Unknown said...

Org PAN pun 'bijak' jugok tapi kami x pilih masa muktamar.. Sbb bijak taksub pada DAP!!

Unknown said...

Akhlak buruk camana? cer citer.. Kalau langgar sumpah bai'ah dan harta wakaf dan bwk lari kerusi org tu kira camana plk akhlaknya..?

Anonymous said...

4.20 ...

yg perlekeh hukum allah ialah pasug yg permain hudud la

itupun tk faham ke

Anonymous said...

4.20 ...

yg perlekeh hukum allah ialah pasug yg permain hudud la

itupun tk faham ke

Anonymous said...

Pemilihan muktamar Pas guna kaedah cai judi. Fitnah maki hamun melabel sesama jemaah Islam dgn panggilan jahat utk kekal jawatan.

Perwakilan yg terpilih pun org tk hormat lg terutama tuang presideng kaki ponteng dan pemfitnah.

Kurangkan taksub pd manusia anda akan selamat. Tok guru ka tok lebai ka semua buat dosa. Golongan ni terawal dicampak dlm neraka krn perjudikan Islam.

Unknown said...

PAN pun ada cai..ini diakui oleh asmawi muni (sekarang pengerusi PAN Perak)..tapi saja korang buat x tahu kan? Sbbnya takut DAP marah!!

Unknown said...

Perlekeh hukum Allah hanyalah tuduhan liar spt ditiup angin lalu..tapi aku boleh confirm yg ada presiden parti tertentu tolak hukum Allah jika DAP tolak hukum Allah.. Korang nak tahu ke parti mana?

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Pemilihan muktamar Pas parti pak lebai malang guna cara judi wehh..

Parti ulamak songsang..kata ikut syariah Islam dan ajaran quran.

Amanah tu korang tuduh liberal plural mana nak sama dgn korang yg perjudikan Islam. kan kan?

Anonymous said...

dah la tak mau laksana hudud lps tu asyik nak pelekeh & cari salah orang. hodoh punya perangai... sepatutnya sama2 la usaha kearah tu tanpa perlu tanya dap dulu. klu ikut dap smpai bila2 tak bagi. ni agama kita, klu bukan kita yg pertahankan,siapa lg..

Unknown said...

Pada diaorang lebih baik harapkan TGLGE dan TGLKS daripada pemimpin Islam utk menegakkan hukum hudud.. Sbb tu kita tendang diaorang masa muktamar tahun lepas..

Anonymous said...

dulu mmg respek habih la husam ni tapi skrg rasa jijik pun ada.. kan elok kluar pas lps tu msk pan. habih cerita. kata nak perbaiki pas,, tapi cara mcm tikus pebaiki labu...

Unknown said...

Org nak komen kau x nak komen..lain kali bykkan membaca ehwal politik..kau tak tahukan yg Dr Mujahid sendiri menyalahkan penguatkuasa yg menjalalankan tugas cegah khalwat..tu pun liberal lah namanya..

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

tak kira sapa kalau lawan hukum Allah ada kuasa
tak mau jugak laksana hukum hukum Allah tunggulah padahnya
jauhi puak lepas sembah Allah sanggah hukum hukum Allah

Unknown said...

Pascai akan lenyap selepas pru 14

Anonymous said...

hudud just chop chop gi ngaji pondok dulu lah weyhh,
tok soh dok gilo ke dunio sangat lah weyh!

Anonymous said...

Tongkat Ali la weh" Nik Amar.
Pay for view" .. sapo plak weh..?

Anonymous said...

anonmuose 4.20.tulis pandai tentang sunnah nabi tetapi kau sendiri menhina sunnah nabi .apa ke bodoh jenis pemyangak Pas ni,kalau nak hina LGE dan LKS pun jangan tulis TG lah bodoh.ulamak kau ajar ke tulis TGLGE dan TGLKS?

Anonymous said...

KRONOLOGI HUDUD PAS SEPANJANG 2015

Jan - Banjir besar bukti Allah mahukan Hudud kata pemimpin Pas Kelantan
Feb - Draf Hudud adalah EMBARGO
Mac - Saya sanggup hilang jawatan demi Hudud kata mb Ahmad Yaakob
April- PAS sanggup kalah di Kelantan demi Hudud. PAS yakin Umno akan sokong Hudud di Parlimen

(SIDANG PARLIMEN MAC-APRIL: HUDUD DIKENCING KALI PERTAMA OLEH UMNO)

Mei - Pas tetap yakin dan percaya Umno takkan tipu Pas lg ttg hudud
Jun - Mahfuz dihalau keluar dewan rakyat krn pertikai janji umno. Ulama2 Pas dlm dewan berdiam diri seribu bahasa . Presideng Pas ponteng parlimen lg makan gaji buta makan angin ke Jepun.

Julai - Pas tetap yakin dpt bentang hudud 13 Okt ni
Ogos - PAS perang besar-besaran dgn Umno jika gagal bentang hudud di Parlimen kata nik amar
Sept - Pas harap kabinet baru najib percepatkan hudud. Pas yakin Umno takkan tipu Pas lg isu hudud.

(SIDANG PARLIMEN KEDUA : HUDUD DIKENCING LAGI OLEH UMNO)

Okt - PAS masih tak bercadang kemuka usul baru private bill utk mesyuarat Parlimen kali ni. Private bill ahli Parlimen Marang tiada dlm senarai mesyuarat Parlimen.

Nov - HUDUD SUDAH TAK BERBUNYI. Yg berbunyi KERJASAMA PAS UMNO DEMI KEBAIKAN ORANG MELAYU. PRESIDEN PAS SANGGUP JD PENASIHAT KPD NAJIB.

Dis - PAS SUDI BERKERJASAMA DGN UMNO DEMI ORANG MELAYU. PAS SUDI MAAFKAN DAN LUPAKAN KESALAHAN UMNO TERMASUK INSIDEN MEMALI. PAS TAK PERLU UNGKIT KESALAHAN LAMPAU UMNO. KERJASAMA PAS UMNO BUKA LEMBARAN BARU (ERTIKATA LAIN BERPADU LEBIH MUDAH UTK MEROMPAK KHAZANAH NEGARA DAN DUIT RAKYAT DGN KADAR SEGERA).

SEBENARNYA PEMIMPIN2 PAS LEBIH BERMINAT MELAKSANAKAN HUDUDUITTT..TAKBIRR 3X

(SIDANG PARLIMEN OKT-DIS : HUDUD DIKENCING KALI KETIGA OLEH UMNO)

Anonymous said...

an anon 7:23pm

Nak habaq mai..betul ke adun kafir DAP tlg settlekan pay per view ketua penerangan Pas di Jerman?

Kalo tk betul mtk tlg ustaz porno Pas saman org kafir tu demi maruah parti Islam ye walaun..

Anonymous said...

Ikhlas ke Pas Kelantan nak buat hudud kalau kecurian balak di sana melibatkan pimpinan atasan Pas? Dah bertahun2 curi balak. Mrk2 ni patut dihududkan dulu baru orang awam.

Golongan ulamak jahat akhir zaman yg perjudikan Islam.

Anonymous said...

Pas adalah parti asal selamat

Anonymous said...

Pas nak selamat di sgor sanggup baik dgn PKR . di PP peringkat awal sanggup baik dgn DAP . Di Kelantan sanggup baik dgn Umno. Apa ke jenis parti ni

Unknown said...

Bukan ke PAN lebih hormat TGLGE lebih dari TGHH?.. Ke selama ni PAN x perasan?

Unknown said...

Fitnah2 ni bo layan..

Unknown said...

Ada bukti ke? Ada ke laporan polis ke atau sprm ke?

Unknown said...

Nmpk sgt x brp cerdik politik.. PAS lebih kerusibdr PKR di Sgor.. Di Penang PAS sanggup berpatah arang dgn DAP demi hudud.. Di Kelantan lu apa citer nih.. Pas nk berbaik dgn PKR apa hal plk UMNO.. Tu lah byk sgt fitnah org tu yg tak keruan tuh..

Anonymous said...

PAS AKAN PERANG HABIS-HABISAN KALAU DITIPU UMNO LAGI ISU HUDUD - NIK AMAR

KOTA BHARU – Pas Kelantan memberi peluang kepada Kerajaan Persekutuan sehingga akhir tahun ini untuk menunaikan janjinya bagi membenarkan Rang Undang-undang (RUU) Persendirian berkaitan pelaksanaan hudud di Kelantan dibentangkan di Parlimen.

Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, jika ia tidak berlaku, kekecewaan tersebut bukan sahaja dirasai penyokong Pas, namun ia memberi kesan kepada semua pihak yang menyokong pelaksanaan hukum Islam itu.

“Kita tunggulah Oktober nanti untuk sesi Parlimen seterusnya. Kita beri peluang kepada Umno untuk menunaikan janjinya sehingga hujung tahun ini. Jika tidak, kita akan perang habis-habisan,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.
Beliau diminta mengulas RUU Persendirian berkaitan pelaksanaan hudud di Kelantan tidak akan dapat dibahaskan selagi agenda dan urusan kerajaan tidak selesai, sebagaimana yang dinyatakan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Mohd Amar berkata, Pas Kelantan menghormati dan bersikap adil dalam melihat perkara tersebut melalui banyak skop memandangkan dalam suasana kini, banyak perkara lain yang mungkin perlu mendapat pertimbangan sama.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Besar turut memberitahu, oleh sebab yang munasabah pihaknya masih memberi peluang kepada kerajaan pusat selesaikan dahulu segala keperluan kerajaan sebagaimana yang ternyata iaitu usul persendirian tidak boleh dibahaskan selagi agenda kerajaan di bawah peraturan mesyuarat tidak diselesaikan.

“Selepas ini (sesi Parlimen Oktober) kita ada sebulan lebih, masa itu panjang dan Insya-ALLAH masa itu kita harap Umno akan menunaikan janji mereka,” katanya. - sinarharian

hudud awak kat mana.. ditanya2 lg..hudud kat mana..

dlm serban pak lebai hadi ka..oh yg itu HUDUDUITTT..kah kah kah

Anonymous said...

MB dengan TMB kelantan bila nak letak jawatan? dulu kata akan letak jawatan jika tak dapat laksanakan hudud di kelantan. sekarang apa dah jadi? takkan kerana gilakan kuasa sanggup maruah tergadai? apa pun umum mengetahui pas memang sebuah parti yang gila kuasa dan jawatan. buktinya boleh dilihat di selangor. kerana kuasa dan jawatan pak lebai pas sanggup bersekongkol dengan DAP.

Unknown said...

Huiiihhh..x teringin nak bersekongkol dgn DAP.. jauh sekali jd talibarut DAP!!

Anonymous said...

DAP tlg kawtimkan pay per view ustaz siku lutut Pas. Mestilah ketua penerangan Pas dah jd talibarut DAP. Tak gitu? Kira rasuah ler ni. ha ha ha

Malu weh maruah adun parti Islam yg kantoi guna duit cina kafir DAP utk pay per view. ha ha ha

Anonymous said...

Betul ke fitnah?

Anonymous said...

Orang kampung semua dah tahu. hu hu hu

Unknown said...

Kalau tidak kerana pas mengkucar kacirkan masa muktamar dulu tidak jadi tertubuhnya Amanah. Umno bercakaran yg pembangkang bercakaran bila masa nak tawan Putrajaya kalau asyik dengan ego Sendiri.

Unknown said...

Kalau tidak kerana pas mengkucar kacirkan masa muktamar dulu tidak jadi tertubuhnya Amanah. Umno bercakaran yg pembangkang bercakaran bila masa nak tawan Putrajaya kalau asyik dengan ego Sendiri.

Unknown said...

Fitnah ni budaya PAN sejak mula berusaha nk singkirkan TGHH tp alhamdulillah masih gagal!!

Unknown said...

Ni fitnah atau benar?

Unknown said...

Sebenarnya kalau PAN respek TGHH lebih dari TGLGE mungkin kami telah memilih antara mereka utk terus memimpin PAS..tapi sebaliknya plk yg berlaku.. Redha je lah sbgaimana kami redha PAN tertubuh.

Anonymous said...

Fatwa wali2 Umno;

Hudud Adalah Rekaan Ahli Fekah Semata-mata - Dr Mahathir

Negara akan huru-hara sekiranya Undang2 Islam dilaksanakan - Najib Rosmah

“8 dpd 11 negara yg melaksanakan hudud dianggap sbg negara paling korup".


Abu Hurairah berkata, Rasulullah saw hersabda :

“Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat)”.

Anonymous said...

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menjalankan siasatan terhadap dakwaan skandal rasuah balak di Kelantan bernilai RM5 juta.

Bahagian Komunikasi Strategik SPRM dalam kenyataan media berkata, mana-mana pihak tidak sepatutnya membuat spekulasi sebaliknya berhubung dengan dengan agensi itu mendapatkan lanjut perkembangan siasatan.

“SPRM percaya usaha pencegahan rasuah dapat dijalankan dengan berkesan jika mendapat kerjasama semua lapisan masyarakat.

“Sebagai agensi tunggal pencegahan rasuah, adalah menjadi tanggungjawab SPRM menjalankan siasatan mengikut peruntukan undang-undag sedia ada secara bebas, telus dan profesional tanpa dipengaruhi mana-mana pihak,” kata SPRM.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dalam sidang media pada Rabu mendakwa SPRM tidak bertindak terhadap laporan skandal rasuah balak di Kelantan walaupun telah menyerahkan 50 dokumen berkaitan.

Anonymous said...

Mak tahu benar atau fitnah suruh ketua penerangan Pas nafikan lah berita ni.

Kalau ustaz siku lutut diam seribu bahasa maka benarlah tuduhan tsb walaun oii..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails