Sunday, January 31, 2016

DAP Sombong Mahu Rampas Kerusi PKR Sarawak. -Dr Xavier Jayakumar

PKR menyelar rakan sekutunya, DAP kerana parti itu bercita-cita mahu merampas kerusi milik parti Keadilan di luar bandar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

Mengakui wujud pergeseran antara kedua parti Pakatan Harapan itu, Naib Presiden PKR, Dr Xavier Jayakumar berkata partinya tidak mahu pertelingkahan yang sepatutnya boleh diselesaikan melalui perbincangan, akan menjejaskan peluang PKR untuk memenangi kerusi di kawasan luar bandar.

Xavier menyifatkan tindakan DAP sebagai sombong kerana berani menuntut kerusi luar bandar secara terbuka di media. Malah, DAP juga dilihat telah mengingkari perjanjian persefahaman Pakatan Harapan iaitu hanya meletakkan seorang wakil atau satu lawan satu untuk setiap kerusi.

“Perkara sedih berlaku di Sarawak iaitu DAP mencabar PKR untuk kerusi luar bandar. Jika mereka sudah masuk kerusi PKR dan mahu cabar PKR, kita sedih mengatakan bahawa kami tiada pilihan untuk menentang mereka.
“Jangan sesekali secara terbuka dan memberitahu yang anda (DAP) mahu bertanding di 24 kerusi kami (PKR) di luar bandar.
“Tindakan ini memberi tekanan kepada pemimpin. Janganlah sombong dan fikir orang-orang kita akan ambil lewa perkara ini,” kata Xavier dalam sidang media di Miri petang semalam, lapor The Borneo Post.

Beliau menggesa agar DAP berbincang dengan PKR terlebih dahulu sekiranya parti itu berminat meletak calon di kerusi luar bandar daripada secara terbuka mengumumkan niat mereka di media. Tambah Xavier, PKR juga berhasrat untuk meletak calon di kawasan bandar kerana partinya juga mempunyai sokongan di kawasan majoriti pengundi Cina itu.

Sebelum ini, kawasan bandar hanya ditandingi DAP kerana dianggap kubu kuat parti itu.

“Kami telah bekerja keras, berkorban wang dan tenaga. Orang kita telah dipukul, dipenjara dan diancam kerana cuba masuk ke kawasan luar bandar.
“Sekarang kita sudah kuat di luar bandar dan bila kami mahu menang di kerusi luar bandar, jangan bagitau kami yang anda (DAP) mahu ambil kerusi luar bandar dari kami,” tegasnya.

Mengulas lanjut, Xavier berkata PKR akan bertanding di tujuh kerusi luar bandar iaitu DUN BaKelalan, Murum, Belaga, Marudi, Telang Usan, Mulu dan Senadin di kawasan Zon Utara Sarawak.

Xavier berkata, semua kerusi luar bandar yang ditandingkan calon PKR dianggap sebagai ‘kerusi tradisional’ untuk parti itu sejak bertapak di Sarawak pada tahun 2000.

“PKR merupakan satu-satunya parti yang mempunyai wakil untuk semua negeri di Malaysia,” jelas beliau.

Beliau memberitahu, untuk Zon Utara, calon telah berkempen turun padang menemui penduduk sejak dua tahun lalu.

“KPI (Indeks Petunjuk Prestasi) kita tinggi. KPI disetkan oleh JPRN (Jawatankuasa Pilihan Raya Negeri) di bawah Baru Bian (Pengerusi PKR Sarawak) yang memantau pergerakan dan prestasi calon.
“Saya berani memberitahu bahawa calon telah melepasi KPI yang dikehendaki parti pusat, “ jelasnya lagi. (AIDCNews- 30/1/16 )
pkr

6 comments:

Anonymous said...

TAHUKAH ANDA : 9 DARI 10 CINA PRO DAP TAPIIII ANDA LAGI TERUK KERANA ANDA HIPOKRIT PUM PANG PUM PANG KATA CINA ITU CINA INI TAPI BELI HP, LAPTOP, BARANG DAPUR SEMUA KAT KEDAI CINA HEHHH - HATTA PAD BINI DAN PAD ANAK PEREMPUAN HAMPA PUN BILA DATANG HAID BELI KAT KEDAI CINA....... bahkan Mydin pun belambak jual barang dari kilang cina dap nih

PSM

Anonymous said...

Kah kah kah ........ ni satu lg parti taik (Dap) dah myla tunjuk besar kapla ! Molek lah itu pakatan harapan dah jadi pakatan taik ....... semua ada dlm tu ...... parti keras dan besar kapla ada,parti suka buat fitnah ada dan satu lg parti org2 kuciwa bawa lari kerusi yg dikenali PANtaik ! Susah2 sgt hang pa pakat2 gaduh la rebut kawasan biar Putra jaya terus diperintah oleh Raja Lanun sbb hang pa mmg suka buat taik !

Unknown said...

Kalau kau pikir macam tu alamatnya sampai bila2 pun kena akur dgn cina (baca DAP)..Macam PAN jugaklah nampaknya..akur memanjang..

Unknown said...

Anon 11:12, kau komen lah apa pun takkan masuk punya kat kepala org PAN...

napuhtshirt said...

Betoi jugak apa hang kata.....

napuhtshirt said...

Betoi jugak apa hang kata.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails