Wednesday, December 02, 2015

Tuduhan PAS/ISIS Bertentangan Dg Tuduhan Kerjasama PAS/UMNO -Mohd Zuhdi

 
PAS memulangkan 'paku buah keras' dengan membidas Parti Amanah Nasional (AMANAH) yang menyerang parti itu dengan mengaitkan PAS dengan pemikiran kumpulan pengganas Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS), menyebabkan Amanah ditubuhkan.

Pengarah Pusat Penyelidikan PAS (PPP) Mohd Zuhdi Marzuki berkata tuduhan terbaru Presiden Amanah Mohamad Sabu itu bertentangan momokan mereka sebelum itu bahawa PAS mahu bekerjasama dengan Umno membentuk kerajaan perpaduan.

Katanya, tuduhan cuba membentuk kerajaan perpaduan dan ISIS yang bersikap melampau terhadap pemerintah Muslim yang tidak sealiran serta mengangkat senjata tanpa jalan perdamaian, adalah paradoks.

"Jika PAS dituduh diserapi pemikiran ISIS, mengapa pula PAS dituduh mahu berkerjasama dengan pemerintah kerana pendekatan ini jauh berbeza dengan ISIS.

"Berdasarkan paradoks kedua-dua tuduhan itu, PPP melihat kepimpinan AMANAH lah sebenarnya yang semakin keliru dan celaru," katanya dalam satu kenyataan.

"Mereka tidak tahu, peluru mana yang mahu diguna untuk menyerang PAS. Mereka juga sedang mencari alasan memberikan jawapan kepada ahli-ahli mereka yang 'pening' bagi mewajarkan mengapa mereka keluar dari PAS."

Sehubungan, Mohd Zuhdi yang juga anggota jawatankuasa PAS pusat menasihatkan pemimpin Amanah menyelesaikan terdahulu kecelaruan mereka dan mencari titik persamaan supaya pelbagai aliran dalam parti itu dapat disetarakan pemikirannya.

Hari ini portal berita The Malaysian Insider melaporkan Mohamad sebagai berkata mendedahkan di antara punca Amanah ditubuhkan kerana PAS sudah diresapi pemikiran ISIS.

Beliau juga dilapor menuntut supaya siasatan terperinci dibuat pasukan keselamatan negara ke atas penyusupan pemikiran kumpulan itu yang menyebabkan suburnya budaya "takfiri". dalam PAS.

Laporan itu juga menyebut, budaya takfiri merujuk kepada tindakan mengkafirkan kumpulan yang berbeza pandangan dan menghalal pertumpahan darah.

2 comments:

Anonymous said...


Yang jelas ialah tuang presideng Mat Sabun Al-Syiah dan parti PANdir telah menjadi balaci sifu roket penang mali untuk melemahkan atau memusnahkan parti Islam supaya negara ini mengekalkan budaya sekular liberal yang bersifat hedonisme untuk diamalkan oleh kaum-kaum jahiliah. Jelas tuang presideng and the gang telah berbohong konon mahu mengalahkan parti DumBno dalam PRU14.

Anonymous said...

Yg jelas presideng pas chai hadi awang tlh berjaya dijinakkan oleh jibtuya. Tk lama lg akan gabung ug dgn umno. Jadi balaci kpd umno. Nasha dah jd balaci najib melalui Gmm ak gua mau mashuuk. Apa nasha bole buat? Nasihat? Why pas tk pecat dia? Nakhaie pn dah keluar umno. Meluat dia dgn umno. Nik beduh kata pas akan tawan kedah n tganu. Beduh tgh mimpi ni. Nk tawan kut mana. Pas dah pecah kpd amanah. Ini beduh or bodoh? Jwb le pas chai. Haha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails