Thursday, December 03, 2015

Trend Tak Minat Kahwin Awal, Kesuburan Wanita M'sia Membimbangkan.

Sebagai sebuah negara yang semakin maju, wanita Malaysia juga tidak dikecualikan daripada mendapat pendidikan yang lebih tinggi dan membina kerjaya. Tetapi beginikah contoh wanita Malaysia?

KUALA LUMPUR – Trend wanita Malaysia tidak minat berkahwin awal menyebabkan kadar kesuburan di negara ini berada di tahap membimbangkan dengan purata kelahiran yang dicatatkan turut menurun sehingga 1.9 orang bagi sebuah keluarga pada tahun lalu.
Jika pada tahun 1980-an, setiap pasangan di Malaysia mempunyai empat orang anak tetapi angka tersebut menurun kepada tiga orang pada tahun 2000. Lebih teruk pada tahun 2014, kadar kelahiran bagi setiap pasangan berkahwin di Malaysia terus merosot sehingga ke paras 1.9 orang anak sahaja.
Secara umum, angka terbaharu kadar ke­lahiran di Malaysia itu berada di bawah tahap penggantian normal da­­lam sesebuah keluarga iaitu 2.0 orang anak.
Paras kelahiran atau penggantian normal bermakna dua orang anak yang dilahirkan setiap pasangan hanya bersifat menggantikan kedua ibu bapa dalam sesebuah keluarga. Seandainya, Malaysia tidak memberi fokus dengan trend kadar kesu­buran dalam kalangan rakyatnya, negara ini dijangka mengikut jejak negara maju seperti Jepun yang mencatatkan kadar kelahiran 1.4 orang anak manakala Singapura 0.8.
Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Datuk Dr. Siti Norlasiah Ismail berkata, kemerosotan kadar kelahiran mempunyai kaitan langsung dengan sikap wanita masa kini yang memilih untuk berkahwin lambat, mementingkan kerjaya dan beranggapan kos menyara anak tinggi. (Kosmo)

2 comments:

Anonymous said...

purata seorg ank yg d lahirkn mmrlukan rm 1k.

Anonymous said...

ini adalah hakikat. dia menteri bolehlah brnak ramai.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails