Thursday, October 01, 2015

Mengapa Wee Choo Keong Keluar DAP?


 Wee Choo Keong


'Dap Parti Dinasti Lim’ – Wee Choo Keong

KUALA LUMPUR, 24 Mei 2010 – Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong kata Dap adalah parti keluarga Lim Kit Siang.

Malah peranan ‘Dinasti Lim’ semakin terserlah apabila anaknya menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang walaupun tanpa sokongan akar umbi.
Di dalam temubual eksklusif TV3 itu, Wee berkata, “Dap ni adalah parti keluarga dan memang dia perlu pecat saya oleh kerana dia perlu menjaga kepentingan keluargalah… untuk menjagakan Lim’s Dinasty …(atau) Dinasti Lim.
“Dan hal ini amat ketara kalau tidak kenapa pertuduhan itu adalah tidak menunjukkan kasih sayang, charge (tuduhan) yang sebegitu tak boleh terima.”
Menurutnya jika betul Dap jujur berpolitik untuk kepentingan rakyat, tentulah mereka menyelesaikan dan menyiasat isu rasuah pasir (di Selangor).
Wee berkata, kenyataannya sengaja diputar belit konon dulu dia keluar Dap atas kerelaan sendiri.
“Walaupun dia gagal menjadi menteri besar (Ketua Menteri) Pulalu Pinang (selepas gagal pelan) Tanjung 1, 2, 3, masa tu dia kata bye-bye politik P Pinang kan? Dia sudah jadi (-kan itu) perjuangan terakhir.”
“Bagaimanapun sekarang ahli keluarganya menjadi menteri besar (Ketua Menteri), sebab itulah mungkin dia tak berapa minat untuk siasat skandal perlombongan pasir di Selangor.”
Justeru, Wee menggesar Kit Siang berundur daripada politik.
Lim Guan Eng yang kini menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang memegang dua kerusi sebagai wakil rakyat. Dia adalah Ahli Parlimen Bagan dan Adun Air Putih di negeri itu.
Bapanya Kit Siang adalah Ahli Parlimen Ipoh Timur. -MediaUMNO


4 comments:

Anonymous said...

sesiapa pun dari politik mana pun pabila telah mufarakah dari induk yang memberi kejayaan hingga ketahap yang selesa akan tidak merasa kepuasan hidup selagi kuasa tidak diperolehi begitulah juga dengan MP DAP ini yang cuba mendapat simpati murah dari kalangan parti yang bermusuh dengan DAP,begitulah situasi berpolitik di Malaysia yang konon berdemokrasi,yang peliknya semua orang politik menyeru rakyat inilah negara demokrasi tapi sudah benci dengan parti sendiri dan lompat keparti lain mereka mula memburukkan keadaan.

Anonymous said...

Suruh dia tanding lawan LKS di Ipoh masa PRU 14 nnt. Cakap ja pandai WCK ni..

bat8 said...

Isu besarkah cerita lama ini? WCk satu nama besar dalam DAP berpuluh tahun dulu walaupun xsebesar nama Lee Lam Thye. Lebih elok nama Lee Lam Thye di seret sama. Satu yang menarik mengenai Lee Lam Thye ini. Bila beliau keluar DAP, beliau tidak memberi sebab mengapa beliau berbuat demikian. Beliau juga tidak menyerang DAP setelah keluar. Itu bezanya angara politician kelas pertama dengan politician kelas ketiga....yang lebih menarik Lee Lam Thye sehingga hari ini masih kapir..
.

Anonymous said...

Kutiplah Pak Ibnu....jangan tak kutip......jadikanlan politik adu domba ini sebagai satu haraki.......

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails