Friday, July 24, 2015

W/Rakyat PAS Lompat Parti Perlu Kosongkan Kerusi. -PAS S'gor.









Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan ahli Parlimen daripada PAS yang berhasrat meninggalkan parti bagi menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB) perlu mengosongkan kerusi yang dimenangi terlebih dulu, kata Setiausaha PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman.

Beliau berkata ini kerana kerusi berkenaan ditandingi dan dimenangi atas tiket PAS.

"Mengapa terlalu lama untuk isytiharkan diri keluar PAS? Kenapa perlu berselindung?," katanya dalam kenyataan mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini yang menyebut 3 wakil rakyat Selangor dikatakan menjadi sebahagian daripada GHB.

Adun Morib Hasnul Baharuddin; Adun Hulu Klang Saari Sungib; dan Ahli Parlimen Kota Raja Siti Mariah Mahmud (gambar), dilapor berkata mereka adalah sebahagian daripada GHB yang diuar-uar akan menggantikan PAS dalam pakatan pembangkang.

Bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu minggu lepas mengumumkan penubuhan GHB yang terdiri daripada pemimpin kanan PAS yang gagal dalam pemilihan parti bulan lepas.

GHB yang mengemukakan permohonan pendaftaran sebagai sebuah parti politik, dilihat sebagai pengganti PAS dalam gabungan pembangkang Pakatan Rakyat (PR) selepas DAP dan PAS memutuskan hubungan. Rakan kongsi ketiga dalam PR ialah PKR.

Khairuddin yang juga Adun Paya Jaras berkata PAS Selangor menyerahkan sepenuhnya kepada PAS pusat berhubung tindakan yang bakal diambil terhadap wakil rakyat parti itu yang berpaling tadah. - Bernama, 23 Julai, 2015.

4 comments:

Anonymous said...

Dulu Hassan Ali tak kosongkan kerusi pun walau dipecat.

Anonymous said...

GHB jangan layan PAS tumpukan gerak kerja kita. Usah toleh belakang. Biarkan penghuni PAS mabuk ketum/pil kuda. Dah ramai pemimpin-pemimpinnya yang sudah gila talak - meroyan cakap-cakap pun merapu! Balasan Tuhan kepada insan yang suka berpura-pura.

Anonymous said...

Geng haru biru yg pengecut.....
Letak jawatanlah sebagai ahli parlimen dan adun pas...........
Masuk bertanding atas tiket ghb laaa.......
Tak malu ke masih menjadi ahli pas..........

Anonymous said...

Dulu brohing ali tanding tiket pas ada baiah jugak ke? Dia lompat. Tak resign pun. Haha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails