Friday, July 24, 2015

BigBang Bakal Gegar Akhlak Remaja KL Jumaat Ini..

BigBang bakal gegar Kuala Lumpur Jumaat
Akhlak remaja Malaysia di Kuala Lumpur, bakal digegarkan oleh kumpulan K-Pop terkenal, BigBang selama dua hari bermula esok, di Stadium Putra Bukit Jalil

HALAMAN HIBURAN
KL: Akhlak remaja Malaysia di Kuala Lumpur, bakal digegarkan oleh kumpulan K-Pop terkenal, BigBang selama dua hari bermula esok, di Stadium Putra Bukit Jalil

Mengapa dikatakan 'Akhlak remaja Malaysia bakal digegarkan', ialah kerana program-program beginilah yang mempunyai saham besar dalam menggegar dan menghancurkan gaya hidup belia-belia ke arah menjauh dari agama dan pembangunan negara dalam ertikata yang sebenarnya. 

Kesedaran seperti inilah yang masih belum ada pihak-pihak kerajaan yang memerintah.

Ini dapat dibuktikan apabila wakil penganjurnya, IME Productions, Rachel berkata tiket acara BigBang 2015 World Tour [Made] In Malaysia pada 25 Julai ini telahpun habis dijual manakala tiket pada 24 Julai juga hampir habis dijual.

Malaysia merupakan negara keenam lokasi konsert jelajah kumpulan itu selepas Korea Selatan, China, Hongkong, Thailand dan Singapura dan populariti kumpulan idola Korea Selatan itu dijangka bakal menarik sejumlah besar peminat antarabangsa ke sini.  

Kumpulan BigBang terdiri daripada lima anak muda iaitu G-Dragon, T.O.P, Taeyang, Daesung, dan Seungri dan terkenal dengan lagu hits mereka "Haru-Haru" dan "Fantastic Baby" yang mendapat tontonan lebih 150 juta di YouTube  (IH).

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails